Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Sunday, September 1, 2013

KL Gangster 2 | Jaga2 Syamsul dah tau

Assalammualaikum

Sejak dua menjak ni kecoh dah kat FB rata-rata meng'update' status dah nengok citer KL Gangster 2. Wah...masing2 advance ke depan yer.. Movie tak kuar kat panggung tapi ramai yang dah tengok FREE kat intenet nih. Siapa punya keje lah agaknye? Bukan main berani dia meng'upload' filem KL Gangster 2 ni. Kebal sungguh si dia itu...

Apa lagi...bila dah boleh tengok FREE, ramailah yang pakat-pakat meng'download' filem KLG2 ni. Menda FREE kan mana taknye orang berebut-rebut. Masing-masing ambil kesempatan sebelum kena block link tu.

Jaga-jaga dia dah tau..

CiKema dah tengok ke cite tu? Idoknye punnn... CiKema masih belum berkesempatan menonton KLG2 tu. Sian kat Syamsul Yusof tu...dia penat2 buat filem, perah otak bikin skrip...berlakon..mengarah bagai...ade pulak petualang yang buat hal. Belum buat promosi secara besar-besaran untuk filem ni, tup...tup...dah boleh tengok FREE. Naya je kan..kan..

Kesian tuuu...huhu. Bagi CiKema setiap yang berlaku pasti Ade hikmahnya. Kalau filem bagus...mesti ramai yang akan ke panggung juga nanti. Dengar cite, ramai yang memberikan feedback yang sangat baik dengan filem ni. So..apa lagi Syamsul, jangan dok perap lama-lamalah filem KLG2 tu. Cepat2lah tayang yer...In Sha Allah, meletops lagi kali ni.

CiKema xtgk lagi tp husben dah download. Hehe

Tuesday, July 3, 2012

Antara Pemenang The Amazing Spider-Man Astro Ceria

Result untuk  Astro Ceria | The Amazing Spider-Man yang CiKema war2kan soh korang join sebelum ni dah kuar. Boleh tengok kat Astro Ceria - Senarai Pemenang Spiderman. Nanti bolehlah ambil tiket dan tengok cite The Amazing Spider-Man tu seperti kat bawah ni.


Alhamdulillah...CiKema letak semua nama anak2 ngan ayahnye skali en. Pejal le tu kan. yang sangkutnye nama en. Pejal. Sejak 2 menjak ni nama en. Pejal memang bertuah je. Syukur... Ade lagi..sepupu derang pun tersenarai gak antara pemenangnye. manyak syiok maaa...Bolehlah gi menonton beramai2 kan..tiket pun banyak dapat tu. Suka3...

Nama Pak Usu n Lana yang ado

Kali ni rasanya, CiKema tak dapat join sama. Memang tak pun...Dalam pantang..tu pasal tak letak nama sendiri..hehe..kalau tak giler kuasa meroyan gak nak pi sama2. Hehe..pantang buat cara pantang ek...Takkan semua nak terjah ye dak..tak sesuai.. Apa2 pun..tahniah juga pada semua yang dapat hadiah. Next time boleh cuba dan cuba lagi untuk movie yang lain plak...hehe

Astro Ceria - Untuk Kite Aje

Sunday, June 24, 2012

Nuffnang Premiere Screening - Brave

Alhamdulillah.. Khamis lepas, CiKema dapat jemputan ke Nuffnang Premiere Screening - Brave. 


Dapat2 je terus reply nak datang. Padahal tak tau lagi tu samada CiKema boleh ke tidak. Tapi kalau masih blom bersalin, CiKema terjah gak nanti...hehehe


Perancangannya...CiKema akan pergi ngan anak dara CiKema. Dapat tiket pun 2 je kan. So, kena pergi berdua jelah nanti. Lain kali dapat tiket lagi akan pergi ngan anak bujang plak. tu pun kalau dapat tiket kartun lah..kalu filem berat2 skit..ngan en. Pejal plak...hehe

Malam esok..sape yang dapat jemputan tu...kite jumpa kat Cathay Cineplex Damansara tu yer...




Astro Ceria | The Amazing Spider-Man


klik pic pun bole isi form gak..
22 Jun - 28 Jun 2012

Cepat isi form kat link NI di Astro Ceria untuk berpeluang memenangi barangan ekslusif 'The Amazing Spider-Man' atau tiket percuma untuk menonton tayangan filem tersebut pada 8 Julai 2012 di Cathay Cineplex, e@Curve.

Tetapi harus diingat untuk membaca terma dan syarat di SINI dulu. Secara ringkasnye CiKema bagi kat bawah ni...tapi lebih elok baca semuala...hehehe

Kriteria Kelayakan

Merujuk kepada kriteria kelayakan di bawah dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat lazim Peraduan, Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang telah mencapai Umur Kelayakan seperti yang tertera di bawah dan peserta atau ahli-ahli keluarga rapat mereka hendaklah merupakan Pelanggan Aktif Astro (“Active Astro Customer”) sehingga 22 Jun 2012.

Pemenang di bawah umur 18 tahun pada 22 Jun 2012 hendaklah ditemani oleh ibu bapa/ penjaga-penjaga semasa menonton tayangan istimewa."Pelanggan Aktif Astro bermaksud pelanggan servis Astro dan akaun Astro yang aktif dan tiada bayaran tertunggak dan berhutang kepada Astro dan tidak melanggar perjanjian melanggani Astro atau memberi arahan untuk berhenti dan/ atau penangguhan melanggan servis Astro pada tarikh pengumunan pemenang. Pemenang hendaklah kekal sebagai pelanggan aktif Astro sehingga tarikh pengambilan hadiah."

*ahli-ahli keluarga rapat bermaksud suami/isteri, anak-anak, ibu bapa, kakak-kakak dan abang-abang

Pemilihan Pemenang

Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, peserta ke-5 dan setiap peserta ke-5 berikutnya yang menghantar borang penyertaan dalam talian (online form) yang lengkap akan memenangi hadiah seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 16 di bawah (maksimum 5 pemenang setiap hari)

Sebagai tambahan, peserta ke 50, 100, 150, 200 dan 250 yang menghantar borang penyertaan dalam talian (online form) yang lengkap akan memenangi hadiah seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 16 di bawah.

Hadiah

Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, peserta ke-5 dan setiap peserta ke-5 berikutnya yang menghantar borang penyertaan dalam talian (online form) yang lengkap ke www.astro.com.my/ceria akan memenangi hadiah seperti berikut (maksimum lima (5) pemenang setiap hari)

• Satu (1) edisi terhad buku nota “THE AMAZING SPIDER-MAN”
• Satu (1) edisi terhad Tali Penyandang (Lanyard) “THE AMAZING SPIDER-MAN” dan
• Empat (4) tiket untuk tayangan istimewa “THE AMAZING SPIDER-MAN”

Sepanjang Tempoh Peraduan, penyertaan ke-50, 100, 150, 200 dan 250 yang menghantar borang penyertaan dalam talian (online form) yang lengkap ke www.astro.com.my/ceria akan memenangi hadiah seperti berikut

• Satu (1) set daripada lima (5) edisi terhad set patung “THE AMAZING SPIDER-MAN”;
• Satu (1) novel dan phonic box set “THE AMAZING SPIDER-MAN”;
• Satu (1) Marvel’s An Origin Story: “The AMAZING SPIDER-MAN’; dan
• Empat (4) tiket untuk tayangan istimewa “THE AMAZING SPIDER-MAN”

Nota:-

Tayangan istimewa “THE AMAZING SPIDER-MAN” akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 8 Julai 2012
Masa: 11:00pagi

Kalau berminat jangan lupa isi FORM The Amazing Spider-Man tu yer... Boleh gak dapat nengok filem free n dapat barangan eksklusif The Amazing Spider-Man tu...
campaign image

Friday, June 15, 2012

Tiket wayang Free di GSC Paradigm Mall

Sape nak tiket wayang free??? 
Sila lah terjah ke Paradigm Mall untuk print coupon cam kat bawah ni

print kupon ni tau
syarat2 kena klik pic tu untuk tumbesarannye.
ni CiKema dah translate ikut pahaman CiKema..hehe
  • Print kupon di atas untuk dapatkan tiket percuma di GSM Paradigm Mall Box-Office kaunter dari 16 Jun-20 Jun 2012 (dari jam 10 pagi dan ke atas)
  • Satu Original aka kupon ASLI boleh ditukarkan kepada 2 tiket, maksimum 4 tiket seorang atas dasar sape cepat dia dapat gitu. Tiket yang diambil adalah untuk tayangan pada hari yang sama.
  • Hanya untuk movies yang tersenarai ditayangkan di GSC Paradigm Mall sahaja
  • Hanya kupon ASLI yang akan diterima.





Monday, June 11, 2012

Dapat tiket wayang tapi...

 
Sebelum ni CiKema pernah bagitau yang CiKema ade menang hadiah tiket wayang MIB 3 kan... 26 Mei yang lalu, CiKema ngan famili berkobar2 gi amik tiket tu tau. Sebelum jam 10 pagi dah terpacak kat pawagam di @Curve tu. Okeylah..nak amik tiket tu tak delah prosedur susah2 sangat pun. tunjuk bil astro ngan ic anak2 je. dapatlah 4 tiket ngan 2 buah buku MIB 3 tu. 


dah amik, kiteorang pun pergilah sarapan. dah sarapan.... sambil2 menunggu ke masa tayangan jam 11 pagi tu, kami pun tengok2 la orang main futsal depan @Curve tu. Kebetulan plak ade Zaid AF pun main futsal. so tengok2 jelah... lagi 15 min nak tengok movie MIB 3..tup2 boleh plak 1 bangunan @Curve tu black out. Okeylah..nak buat macam mana kan dah black out, so kami pun tunggu la..sambil2 temankan famili sepupu anak CiKema aka Abang Ipar CiKema makan. 2 Famili gitu...kiteorang minum2 je sebab masih kenyang sarapan tadi.

 
org jahat dlm cite MIB 3

Dekat 2 jam lah black outnye...Ingatkan dah ade letrik bolehlah tengok movie tu kan...tak bolehla pulaak. So kena ganti hari lain... agak ternanti2 gak le dalam minggu tu..cam tak de apa2 pun. sebab derang (Cathay Cineplax) tu soh tengok website derang or FB untuk perkembangan terbaru. ari2 tengok..takde pun...sabo ajelah...

tetiba ari khamisnye tu...dapat surat laju dari Gedex...astro ceria bagi rupanya. Astro ceria ganti dengan voucher lain. Suka sangat2...tak sangka..ingatkan buat tak tau dah...hati dah macam kecewa gak tak dapat tengok movie MIB 3 tu..tetiba berbunga kembali bila dapat voucher Buena Vista.

Alhamdulillah...khamis baru2 ni (8 Jun 2012)..masa lunch hour gitu... CiKema n famili dapatlah tengok movie MIB 3 tu. Best3...


Ade lagi 1..CiKema agak terkilan...CiKema dah lama tak dapat tiket wayang dari Nuffnang... saje CiKema try2 comment kat Nuffnang untuk Premiere Screening of Snow White and The Huntsman tu. Tak sangka tau..komen CiKema yang agak merepek itu telah berjaya membuatkan CiKema di antara yang bertuah mendapat 2 tiket ke tayangan perdana tu...


tu laa...tapi...huhuhu...sedih bangat.... CiKema lambat buka email n bagi respon untuk jemputan tu. Maka... tak dapek lah kan...


Tak pe ade hikmah tu....hehehe CiKema akan cuba lagi..dan lagi..Insya Allah...ade rezeki CiKema ngan anak2..dapat juga lagi dan lagi nanti...Aminnn...korang pun kalau nak tiket wayang free. Cubalah yer...banyak betul yang nak bagi..macam  Nuffnang  tu...tiap2 bulan ade...antara nak ngan tak nak je...tak gitu?

klik2 sini sama..hehe..
Thanks
Jom Melancong dengan HZtours

Thursday, May 24, 2012

Alhamdulillah..Rezeki Anak2 pula..

Assalammualaikum..sebelum ni CiKema ade hantarkan penyertaan (isi form je) untuk anak2 CiKema kat Astro Ceria (Untuk Kite Aje) untuk MIB 3. Alhamdulillah..tadi dah tengok resultnye... 

tadaaaa...


apa yang anak2 akan dapat ??? Ha... ini lah dia
tadaaa...
lagi skali..hehe

Result boleh jengok kat Astro Ceria ni...
(link tu kejap je..dah due nnt ilang le..hehe)

Syukur, nama2 derang termasuk dalam senarai. Sepupu diorang pun ade same. Tu siap bagitau soh isi form tu cepat2..kalau tak, tak dapek nak nengok cite MIB 3 tu..Okey..this week dah ade aktiviti. Nonton movie MIB 3 1 famili...hehe

MIB 3..here we come


Jom Melancong dengan HZtours

Thursday, May 10, 2012

Komik Eori dan Giveaway dari Astro Ceria

Ni sebenarnya giveaway anjuran Astro Ceria. Lama dah dapat, baru nak cite...sib bukan makanan..kalau tak dah lama basi kan..hehe..


Selalu sangat tengok Astro Ceria saluran 611..terpanggil ler nak menghantar penyertaan. Giveaway ni bulan Mac kot..lama kan..hehehe... Alhamdulillah, Komik Eori tu pun dah dapat. Suka betul kakak membacanya.


Tak rugi tengok dan layan Astro Ceria tu tau...pasal CiKema pun terjebak skali nengok cite kartunnye..akekeke... Ada macam2 giveaway yang dianjurkan. sblom ni CiKema pernah cuba untuk Marvel The Avenger...tapi sayanggg..tak dapat..huhu..lambat tahu. 

La ni ade lagi giveaway kalau korang nak cuba iaitu MIB 3 aka Men In Black 3. Kena isi form kat website astro ceria tu. 100 penyertaan pertama akan dapat 2 tiket free dan juga barangan eksklusif MIB3. Ikut terma dan syaratlah kan. Kena isi skang untuk berpeluang menang hadiah best dan menarik sebab penyertaan tu dari 7 Mei hingga 13 Mei 2012 ni. Cuba jangan tak cuba...

Astro Ceria
'Untuk Kita Aje'

Apa nak bagi untuk Hari Ibu dan Hari Guru ni? Terjah sinilah yer...

Friday, January 13, 2012

Ombak Rindu | Baru je dapat tengok..hehe


Minggu ni barulah CiKema dapat nengok cite terhangat di pasaran masa ni iaitu Ombak Rindu. Tak tengok kat pawagam or Astro First pun, pinjam dari biras je.  Murah2 je beli DVD ori la ni katenye.. RM10 je. Wah3...memang murah, tapi CiKema ni bukan jenis spesis kumpul-mengumpul...so takdelah nak membeli2 pun.. Pinjam jer..tedetut...akeke

Dulu

cover terbaru crt to Syafiq

Giler lama dah baca novel Ombak Rindu tu, dah lebih 10 tahun rasenye. So ade gak yang ingat2 lupa..bila nengok citer tu...haaa..barulah menjelma kembali gambaran2 citer yang CiKema baca. adelah yang CiKema rase, cam tak berapa sama...mostly banyakle yang serupa..dah name pun adaptasi dari novel tu kan...rasenye semua dah tau kan...CiKema ni lambat banyak... ketapi slow bangat, baru pasang tayar..akekeke


Mase nengok babak di atas, dua-dua anak CiKema dengan secara kebetulan cakap ... Eh macam Duyung Ibu... tu masa nonton ngan kakak..then mase tengok ngan abang plak.. dia cakap...wahhh..cantiknyee, macam Duyunglah ibu..akeke..tak sangka. Dua-dua nampak Lisa Surihani tu macam ikan duyung tambah2 kaler bedsheet tu pun keemasan cam citer Duyung..korang ade pasan tak? Budak2 tak pikir pun derang wat ape, walaupun ade babak2 ala2 ranjang..tapi tak de pun...so tak de lah derang terpikir yang tak elok...kire oklah kan..kan

Apa yang pasti..menitis ayor mato den mase nengok filem Ombak Rindu ni...anak dok tanye2 plak...Ibu nangis ke? Haiyaaa...kacooo jeee... ekceli malu sebenarnye nangis depan derang plus cite tu memang sedey maaa... tapi CiKema tak hingatlah plak mase bace novelnye, CiKema ado nangis2 ke?...ado kot...biasalah kalau dah terbawa2..kompemlah menangis gak...hehehe..

Macam tak cukup je nengok, dengar cite nak buat da series plak..elok gak tu. boleh sambung2 cite tu..setau CiKema novel Ombak Rindu tu bersambung2...3 novel gak le kan..tu pun tak sure, pasal banyak bebenor bace novel. la ni tak bace dah..lama tak gi library...kalau nak membeli plak..haduiii..mau bercinta kat kedai buku tu..banyok bebenor novel..sampai tak tau nak pilih yang mana satu..akekeke

Pas ni novel manalah plak derang nak buat cite ek?

 

Monday, December 5, 2011

MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY

klik banner untuk join
tamat pada 7 Dis 2011

BERIKAN "SATU" TAJUK FILEM

Smashh!!!

CiKema nak cuba nasiblah, tajuk kat atas tu..adalah smashh!!! haaa...nak la juga ade filem yang berkaitan ngan badminton...macam mana jaguh2 badminton negara mengharumkan nama negara...kalau tak pun, pasal squash pun boleh..janji apa2 yang boleh di'smashh' gitu..akekeke

harap2lah menambat hati Mak Dara. Amin