Showing posts with label Jerebu. Show all posts
Showing posts with label Jerebu. Show all posts

Friday, June 28, 2013

Alhamdulillah..hujannn

Assalammualaikum...Alhamdulillah, setelah kelemasan dengan asap lebih kurang seminggu gitu...akhirnya hujan turun juga di Puchong ni. Syukur sangat...adelah juga perkembangan...nampaklah juga perubahan kan.

Asap dan jerebu dah berkurangan skit demi sedikit.. Anak-anak pula cuti 2 hari, kebetulan memang ari Isnin adalah cuti peristiwa pun...diorang ada sukan hari Ahad tu. Tak taulah macam mana bersukannya. Berjerebu teruk Ahad tu, CiKema sefamili memang dok umah je. Anak pun xjoin sukan kan

Semalam hujan turun petang tu, memang suka sangat...betapa nikmatnya hujan tu kan. Malam dah tak rasa panas, bau asap pun berkurangan..jerebu pun dah mendak ke bumi.

IPU still unhealthy so Selasa pun cuti lagi. Bila hujan turun lagi...wahhh...syiok sangat...gembira benor rasa di hati bila mana Allah masih menyayangi kita..Dia kurniakan dan limpahkan nikmatNya lagi.

Hari Rabu dah bole gi sekolah...tapi kakak dapat headache since semalam...so mc hari ni. Lambat pula dia..maybe sebab jerebu le tu. dah gi klinik ambil ubat dah...moga2 cepat sembuh ye sayang ♥

Lepas ni, harap jerebu xde lagi...pergilah jauh2 yer...sekian..hehe

Monday, June 24, 2013

Jerebu ada di mana2

Assalammualaikum...
Skang berjerebu je kan. Fening dah kepala ni haaa.. Duk umah pun rasa tak sihat je. Mana tidaknye dalam rumah, dalam bilik pun ade terbau asap walaupun tak keluar rumah. Macam mana nak sihat nyer?

Dengar cerita punca Jerebu ni adalah kerana pembakaran yang berlaku kat Indon tu. Nak dapat baja semula jadi dengan cara mudah dan cepat. Maka dibakor je segala pokok-pokok atau tanah-tanah yang bersemak-samun tu dan juga tanaman-tanaman lama dan tua tu. Senang nak buat penanaman baru gitu. Wahhh...fikir senang dia je kan. Tak delah fikir kesihatan manusia dan rakyat serantau ni haa... Kijam betul.

Perkara ni tiap-tiap tahun berlaku. Ade je alasan diorang ni...konon-konon syarikat yang terbabit tu adalah syarikat-syarikat dari negara serantau juga. Apa daa... siapa punya negara ni? Macam tak reti nak kuatkuasakan undang-undang la pulak kan. Siapa yang patut ikut cakap siapa ni? Jangan kerana nak naikkan ekonomi negara...apa yang berlaku buat-buat tak nampak je. Ini sudah lebeyyy...

Kesihatan rakyat serantau ni macam mana yer? Kalau dah tak tau nak buat macam mana, mintalah bantuan. Ini masih lagi sombong. Menyusahkan saja.. Penyudahnya... ramai yang dok hidu asap dan juga gas beracun ni ha... Sabo ajelah kan.

Stress dah ni. Baru nak baik selsema..dapat pula sakit tekak dek kerana udara yang tidak sihat. Alangkan orang dewasa pun rasa sakit...inikan pula bayi dan kanak-kanak. Kerajaan Malaysia pun macam lambat je bertindak. Bila tah nak buat pembenihan awan tu? Takkan takde bajet dah... Habis kat kempen-kempen dan poster billboard tu ke? Hmmm...sedeyy2..

Ya Allah, kau tabahkan kami semua menghadapi ujianMu ini. Permudahkanlah usaha untuk mengatasi masalah jerebu ini agar kami semua kembali sihat. Aamiin