Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

O Kayla



Assalammualaikum...

Penantian satu penyiksaan. Tapi kalau bab menunggu anak yang bakal lahir tak patutlah guna ungkapan tu kan. Semua yang berlaku ade hikmah dariNYA. Due sekian-sekian haribulan tup-tup keluarnya hari lain.

Hari tu CiKema ade cerita pasal gi membuntangkan diri kat Aroma Ikan Bakar tu dok melayankan si mak buyong kan... Ha dah lahir pun permata hati yang kedua bagi my brother in law tu. Duenya 9 September 2013, tapi baby memang sayangkan bondanya...dah masuk spital 2-3 hari... dah guna induce... dah masuk ape kebenda tuk bukakan pintu rahim tu CiKema lupa/tak ingat namanya tu pun... dia tak mo keluar.

Naik stress bondanya. Macam CiKema juga sebelum ni. Stress juga bila baby over due 10 hari... konon-konon nak sama besday tapi idak le keluarnya pun. Back tu my biras... last-last dia minta czer jelah. Senang skit keje. Huhu

Elda Rahman's photo.
Amboi Kayla...dah motak n pandai senyum dah dia. Ala Tomei..tomei..Hehe

Maka lahirlah bayi yang diberi nama Nour'le Kayla Firell. Alhamdulillah... Selamat semuanya. Skang tengah berpantang kat Penang. Cucu my ibu mertua yang ke 13, lahir pun hari Jumaat 13.9.13. Ni pun tarikh yang tok uda dia dok sebut-sebut. Jadi kenyataan pulak kan. Tak sempat nak tunggu hari Malaysia... kalau lahir hari Malaysia, tiap-tiap tahun cuti on ur birthday kan...

O Kaylaa... Mak Usu dan keluarga mendoakan Kayla jadi anak yang solehah ye. Semoga dengan kelahiran Kayla akan bertambah lagi kebahagian kedua ayahanda dan bonda Kayla juga kak Lana. Tak lupa juga semua keluarga puan Mazenah Mahat, ibu mertuaku. Aamiin

Saturday, July 13, 2013

Anak-anak di surau...

Assalammualaikum...
sajo nak membebel ari ni. CiKema gi solat terawih di surau semalam. tak tau nape tah, mood agak tak betul ke. Salah CiKema ke, salah orang lain... entahlah. Apa yang pasti, CiKema agak tak puas hati juga laaa.

Kalau boleh kita ni nak ke surau/masjid... mestilah nak buat ibadat dan kumpul banyak pahala kan. Tambah-tambah bulan yang penuh keberkatan Bulan Ramadhan ni. Bila pergi surau time Isyak tu, memang kagumlah kan.. ramai orang sekarang ni. Ayah Ibu ramai yang join untuk merebut peluang mengumpul pahala sunat yang berganda-ganda kan... Tapi yang tak bestnye si anak-anak ni laaa pulak buat hal....

CiKema tau diorang ni budak-budak lagi... umur pun belum baligh. Kalau datang ke surau sekadar nak bermain je pun buat pe. Bukan stakat main dan buat bising...boleh plak tu berlari berkejaran... lupakan segala duka... aceceh... zaman kanak-kanak memang zaman paling indah kan. Aduhaii...tolonglah...

Nasib baiklah anak-anak CiKema tak join sama. Kalau ado skali semalam tu...dah lama CiKema piat telinga masing-masing. Dah soh diam...dah soh gi kat tempat solat... boleh diorang buat derkk je. Memang bikin panas je... grrrr...

Apa agaknye nak buek ngan sebilangan anak-anak yang macam ni? Kesian pada yang betul=betul nak solat tu. Asyik kena kaco je. Orang bagi taskirah tak mo dengar... solat apatah lagi... Cam no tu? Haruskah mereka ni dibiarkan? Dalam hati ada taman. Rasa macam nak tangan-tangankan je..hehe anak orang tu..macamlah berani sangat kan. :P

Mungkin video ni boleh dijadikan panduan.. :)



yang ni pun boleh juga... :)

 
Apa yang boleh CiKema buat adalah tegur-tegurkan je sambil-sambil tu berdoa untuk kebaikan diorang. Jangan sampai menyusahkan mak ayah esok2 sudah laaa. Harap bebudak tu semua boleh diperbetulkan lagi. Aamiin

Anak-anak CiKema pun kalau dibiarkan sama je. kena selalu tegur.. kena rajin perhatikan juga dan kawal diorang supaya tak buat perkara yang tak betul di tempat yang tak sepatutnya.

Solat terawih kat tempat korang cam ne pula? Jomlah kongsi cerita...

Friday, June 14, 2013

Kisah Ibu dan Bayinyaaa

Assalammualaikum...

Jumaat datang lagi...hari ni CiKema buka FB, tertengoklah video kat bawah ni kisah seorang Ibu yang sangat tabah dengan Bayinya yang sangat istimewa. Sila tengok dulu video ni yer



Sumber dari Ikhwah Syar'i, Gaul dan Islami

Sangat menyentuh perasaan kan. Bergonang ayor mata den ni haaa...sebagai seorang Ibu, dah tentulah macam-macam perasaan ada bila berkenaan dengan anak. Apatah lagi jika anak tu berlainan, tak cukup sifat dan tak sama seperti orang lain.

CiKema sangat salute, kagum dan hormat pada Ibu Christian ni. Dia insan terpilih yang Allah nak tunjukkan pada kita semua betapa Allah beri nikmat yang banyak pada kita apabila mendapat anak-anak yang cukup sempurna sifatnya. Tugas kita sebagai ibubapa adalah menambahbaikkan lagi dengan mendidik mereka perkara yang baik, akhlak yang mulia dan mengajar mereka pendidikan agama Allah yang satu.

Peringatan untuk CiKema sama. Sayangi anak tak kira baik, buruk, sempurna atau tidak cukup sifatnya. Anak tu amanah Allah. Maka jaga dan didiklah anak sebaik mungkin untuk ke syurga Allah. Semoga Anak2 kita menjadi anak2 yang soleh dan solehah...Aamiin

Monday, November 12, 2012

Rahsia Perangai Anak

Bercerita pasal anak-anak pula. Nak tengok perangai masing-masing. Boleh dijadikan panduan mengenali mereka nanti.

ambil dari SINI

Anak Sulung

Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
-anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
-sering berjaya dalam hidup.
-lebih pandai mengambil hati orang tua.
-mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

Anak Tengah

Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga terasa terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

-lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
-lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
-suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
-sering merasakan diri mereka terpinggir.
-terlalu mengalah

Anak Bongsu

Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
-happy go-lucky dan yakin diri.
-manja.
-berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
-sukar membuat keputusan sendiri.

Anak Tunggal

Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

-sering merasakan diri mereka kesunyian.
-lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
-lebih bijak bergaul.
-lebih cepat matang.
-terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
-sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

p/s : Berikut ini disenaraikan ciri-ciri atau perangai-perangai seseorang mengikut kiraan bilangan anak dalam jumlah adik beradik. Sama adanya ianya tepat atau pun tidak, anda nilailah sendiri. Yang pasti, semua ini ditulis berdasarkan cerita-cerita orang tua, dan pengalaman-pengalaman orang lama. Ini adalah rahsia orang dulu-dulu dalam mengenali watak anak.

Sumber: Adam dan Hawa

Doa Nabi Ibrahim a.s (Surah Shaffat: Ayat 100)


Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!




Wednesday, October 24, 2012

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

Mula-mula sekali nak kreditkan info yang ingin dikongsikan ini pada Cerita Ita. CiKema ambil dari Cerita Ita agar dapat dijadikan panduan buat CiKema suami isteri dalam menjadi Ayah Ibu yang baik agar dapat mendidik anak-anak kami supaya menjadi insan yang mulia dan  berakhlak tinggi. Insya Allah.


Maka...untuk itu, kesilapan-kesilapan seperti yang dinyatakan seperti di bawah perlulah dielakkan.

1. Kesilapan pertama: 

Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


2. Kesilapan kedua: 

Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.


3. Kesilapan ketiga: 

Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: 


Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.


5. Kesilapan kelima: 

Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.


6. Kesilapan keenam: 
pic dari  SINI


Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: 

Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: 


Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: 


Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: 


Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: 


Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: 


Bertengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: 


Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: 


Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: 


Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)



Semoga adenye info ini, dapat mengelakkan kita dari melakukan kesilapan2 di atas. 

♥ Semoga CiKema dan En. Pejal jadi Ayah Ibu yang dapat mendidik zuriat keturunan kami mengikut sunnah Rasulullah agar anak2 dan keturunan kami menjadi hamba Allah yang soleh/solehah. Aamiin ♥

Thursday, September 27, 2012

Luangkan Masa untuk Anak

Bila tengok iklan kat youtube ni cam sedih gak rasa. 


Korang dah tengok ke? sesuai plak lagu Yuna...Ini tidak Adil.
jom terjah kat SINI.

CiKema la ni homemaker, tapi tak le pandai sangat jaga anak. Harap anak-anak ibu tak terabai cam tu. Moga-moga anak-anak ibu semua menjadi anak-anak yang soleh, beriman dan bertaqwa. Bahagia dan aman sentiasa di dunia dan di akhirat. Insya Allah. Aminn