Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Friday, April 4, 2014

Tukar Buku 2.0


Bissmillahirrahmanirahim



Assalammualaikum...

Photo: JOM TUKAR BUKU. Bawa buku anda dan tukar dengan BUKU PTS.

Program bermula pukul 10 pagi esok.

#BUKUPTS - BUKU UNTUK SEMUA

Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC)
Sabtu lepas Cik Akma gi tukar buku macam yang kat atas ni. Anjuran Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC)
dan ditaja oleh karangkraf, BukuPTS, Idea Kreatif n KBBF. First time pegi untuk tukar buku. Cik Akma bawa macam2 buku untuk ditukar aritu. Memang tak baca dah...klau biarkan je kat gobok tu memang takde sape nak baca pun. Bila ada peluang tukar2 buku ni, memang syioklaa... Tak mengharapkan apa2... Memang pergi semata2 nak tukar2 buku je.


Photo

Melilau juga nak cari astaka ni, tapi Alhamdulillah akhirnya jumpa juga. So belek2 buku apa yang ada kat situ. Memang tak caya, banyak buku baru2. Cik Akma dan suami bawa je buku bebanyak... tak tau buku mana yang sesuai yang diorang nak. Bila kat sana... diorang memang tak kisah pun. Janji buku cerita katenya... so kesemua 30 buah buku yang kami bawa tu kira sedekah teruslah kat situ.













Photo: Buku ni dapat free dalam program tukar buku lama kepada buku baru anjuran PTS. Terima kasih puan Akmarwati Ab Rashid.. hihi

Inilah hasilnya... tukar dengan 9 buah buku dan novel baru. Yeayyy... dah tak payah beli buku atau novel dah. Syiok juga tukar2 buku ni. Boleh pilih2 buku mana yang berkenan dihati. Tak sabar nak baca semua dan tak sabar nak tunggu kot2 ade lagi program tukar ni lagi. Boleh tukar lagi... Boleh baca buku lain pula kan... Hehe


Photo

Hari tu bawa dua orang anak dara kecik tu. Cik Pejal aritu pula jumpa kenalan masa masuk treasure hunt. yang pakai topi putih tu nama nicknamenye Atok.

Photo

Mula2 sampai macam tak ramai je, dah nak dekat tengah hari makin ramai yang datang. Seronok kan...

Okey tu aje. Next time harap RAMFC dan BukuPTS buat lagi. Best!!!







Friday, October 18, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia edisi terlambat sudah...

Assalammualaikum...

Hehehe baru nengok cite Saya Sebenarnya Isteri Dia (SSIDia) ni.  Lakonan terbaik Tizz Zaqyah dan Izzue Islam. Trus ahkak jatuh cintan dek non... Masa tayang kat tv bulan Jun ritu CiKema tak tau n tak tengok pun. tu yang buat marathon SSIDia dari Episod 1 hingga 13 dalam 24 jam. Hahaha


Suka ngan lakonan both pendokong watak utama Tizz Zaqyah n Izzue Islam. Sangat real n tak macam berlakon. Ah Kak suka3...sukeeee sangat.

Tizz Zaqyah memang selalu dapat watak isteri yang pada mulanya tak diingini tapi last2 suami suka. Ade 3 drama yang CiKema pasan iaitu Nur Kasih, Saya Sebenarnya Isteri Dia dan juga Jodoh Itu Milik Kita. Si izzue Islam ni pula CiKema tak kenal pun. Pernah dengar nama dia naik pun sebab drama SSIDia ni kot. Lagi satu dia penyanyi dalam kumpulan ForTEEN kan. Tau-tau je dah kawin ngan Awin Nurin. Wanita yang lebih berusia 8 tahun dari dia. Tapi Awin nampak muda je kan... Aik...macam dalam drama SSIDia le pulak kan. Ala-ala kisah diorang kot or sekadar kebetulan... WaAllahualam.
Photo: r i n d u k a u s a n g a t  @awinnurin
Izzue n his wife Awin Nurin
Culik pic kat page Izzue Islam
Korang yang tak tengok lagi, meh tengok kat sini. CiKema bagi link je la...

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 1
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 2
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 3
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 4
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 5
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 6
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 7
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 8
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 9
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 10
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 11
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 12
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 13

Sebenarnya Saya Isteri Dia! Full Episode
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6    Episod 7
Episod 8    Episod 9     Episod 10  Episod 11  Episod 12  Episod 13

CiKema tak pernah baca novel tu, tapi akan baca kat Penulisan2u Saya Sebenarnya Isteri Dia dulu then maybe akan beli novel tu juga kot. Dalam drama ngan novel kompem lain cara penyampaiannye kan. So tak sabar plak nak baca novel...ngeh ngeh

Feeling pasan zaman muda remaja gitu. :P

Wednesday, June 19, 2013

PERASAN TAK ?

RENUNGAN DIRI & BERSAMA~

PERASAN TAK?...
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

Ambil gambar di SINI

PERASAN TAK?...
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?...
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

Ambil dari SINI
PERASAN TAK?...
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...
Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....
Ambil dari SINI


Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya...

Artikel ni di ambil dari post FB Rian Haikal

Memang CiKema ade penuh perasaan dan perasan tentang artikel di atas. Huhu..itulah manusia penuh dengan cubaan, cabaran, dugaan dan ujian dari PenCIPTA iaitu Allah SWT. Kita sebagai Hamba kena berusaha untuk menjadi insan yang bertaqwa untuk menuju ke syurgaNYA. In Sha Allah... Aamiin

Sunday, September 30, 2012

Novel Stanza Cinta

 
Baru nak baca novel ni. Macam biasa, pinjam kat RATU minggu lepas Mula-mula masa nak pinjam tak perasan yang novel ni dah diadaptasikan dalam bentuk drama. Memang tengok tajuk novel tu macam familiar je. Buku pun cantik dan masih baru. Seronok kalau dapat buku baru tau.

Ambil dari  perekacerita.com
Sampai kat umah en.Pejal bagitau yang novel tu dah jadi drama. Haa..baru teringat...memang ade tapi CiKema tak pernah tengok pun. Jadi..elok CiKema baca dulu novel tu. Dah habis nanti...baru cari kat tonton.com.my

dari tv3.com.my
 
Wah...Aaron Aziz yang berlakon.. Suka..suka..hehe...Harap masih ada cerita ni kat situ.Kalau tak...frustlah CiKema nak nengok si Aaron Aziz tu. Ceh..macam mati kuat kipas die hard fan plak..tetiba je..

Friday, August 31, 2012

Adam & Hawa ost Muara Hati


Saksikan drama bersiri Adam & Hawa, 
lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa, 
mulai 27 Ogos 2012,
setiap Isnin hingga Khamis, 
10 malam di Astro Mustika HD (134)

sumber : Adam dan Hawa

Tak lengkap rasenye kalau tak ade OST kan..
Moh layan OST Adam & Hawa ni...
Bestttt...


Muara Hati - Dato Siti Nurhaliza & Hafiz

(Hafiz)
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

(Dato Siti)
Kupercaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

(Hafiz & Dato Siti)
Demi cinta dalam hatimu
Kuyakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali...
Padamu...oooo..

(Dato Siti)
Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu

(Hafiz)
Hoo...
Jalanku berhujung padamu

(Hafiz & Dato Siti)
Kemanapun kan pasti kembali
Oooooo....

(Hafiz & Dato Siti)
Demi cinta dalam hatimu
Kuyakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali...
Oooooo....

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk...merasuk dalam hati
Cinta...

Thursday, August 30, 2012

Adam & Hawa di Astro Mustika HD

Waaa...cam best je drama bersiri Adam & Hawa ni. Bagi pembaca Novel Adam dan Hawa pastinya tertunggu-tunggu cerita tu kan. Nak tengok macam mana cerita dari novel diadaptasikan ke bentuk drama. 

Hai..sejak dua menjak ni memang banyak dah adaptasi novel ke drama/filem kan...kan...start dari Ombak Rindu, Kau Untukku bla bla (tak ingat filem apa punya banyak daaa hehe)...tapi tu filem yang ini drama bersiri. Ado banyak lagi rasenye dah buat drama bersiri cam gini gak, kali ni Adam & Hawa punya turn laaa.

Adam & Hawa karya Aisya Sofea

Adam & Hawa dah pun ke udara sejak ari Isnin 27 Ogos 2012 lalu. Baru 2-3 hari je. CiKema tak pernah baca novel tu, jadi layankan je dulu cerita tu kat Astro. Nanti kalau baca novel..tak puas hati plak macam cerita Bicara Hati.

Hero & Heroin

Adam & Hawa ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Mustika HD. Drama bersiri 80 episod tu...mau gak dekat-dekat 7 hingga 8 bulan baru habis ni. Tak pe, kalau dah tak sabar mau gak cari novel tu. Makin laris lah jualan Novel Adam & Hawa ni nanti. Insya Allah...

Kalau nak bertemu mesra ngan pelakon utama Adam & Hawa iaitu Aaron Aziz ngan Nadiya Nisaa boleh tengok kat bawah ni. Mesti seronok punyerr...

sumber : Adam dan Hawa

Teringin gak nak pergi...tapi en. Pejal tak suka crowd la plak...ngan anak 4 orang nak bawa lagi. Mau haru biru nanti...Sape yang pergi tu...amik gambo bebanyak yer. Jangan lupa kim salam kat derang...hehe :)

Wednesday, May 23, 2012

Kau Untukku


Hari ni kali ke dua CiKema tonton cite Kau Untukku kat ABO saluran 952. Tajuk macam familiar...tak pasan plak rupa-rupanya cite ni adaptasi dari novel Kau Untukku karya Aisya Sofea. Tak ingat plak, samada CiKema pernah baca ke tak novel tu. CiKema tengok cam tak teringat langung. Kompem tak pernah baca novel Kau Untukku..hehe


Tengok cite tu cam tak puas plak. Rasanya patut dijadikan drama bersiri cam Bicara Hati lah. Ade tak yang nak buat? Kalau ade...CiKema rasa lagi best kot..hehe

Sinopsis di ABO

The first time he met her, Ahmad Fuad was smitten by Nurul Umairah eventhough she was already taken. Fate took a cruel turn when Umairah’s fiancée Jefri, died in a motorcycle accident causing Umairah to lose half of her as well. She wasn’t ready to accept another love in her life especially when the person she thought she’d be married to died unexpectedly. Fuad was persistent and finally she opened herself up to him. But little that she knew there was somebody who is waiting for Fuad to come back to her. She was Ellina Tan Sri Salleh. She knew she was nothing compared to the wealthy and beautiful Ellina.

Umairah went and assume that Fuad only played with her heart to get back to Ellina who dumped him before. Devastated, she disappeared. Fate brought them together when they met again and Fuad managed to explain the whole truth that he is indeed in love with her. Find out how their lives intertwine in this romantic drama.



Sinopsis di belakang buku

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka?

Dalam filem Kau Untukku ade lagu Pelangi Senja nyanyian Stacy sebagai ost filem tu. Jom layan..

Pelangi Senja - Stacy

Ku bermimpi
Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta

Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Ku terjaga
Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...

Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Kini hanya, tinggal kenangan,
Hanya waktu menentukan,
Kita kan bersama...

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/12/lirik-lagu-pelangi-senja-stacy.html#ixzz1veKWbRz6

klik2 sini sama..hehe..Thanks

Thursday, April 19, 2012

Dapat gak tengok Bicara Hati :)

Salam semua... Kalau sebelum ni CiKema nak nengok Bicara Hati memang dah susah pasal Astro dah claim kan. La ni derang dah tak upload kat youtube. Dah guna server lain...pandai tul kan..hehe


Kalau korang nak nengok secara online boleh terjah kat blog NI. Kat situ dari episod 1 sampailah ke episod terkini ado... cuma ikut je apa yang dah diberitahu klau nak download pun boleh. Manalah tau kan, memang fanatik sangat ke...tapi tulah..kena hati2 gak dengan link yang derang bagi tu...sebab banyak sangat advertisment aka iklan gitu...


Tapi tulah..bila dah dapat tengok Bicara Hati tu sakit plak hati tau. Tak abis2 cerita pasal si Razif...Razif...Razif je. Bosan tul...klau ikutkan dalam novel, tak delah plak cite lebih detail pasal si Razif tu pun. Asyik2 Razif..dah macam dia pelakon utama plak. Tak kuasa tul...nyampah...

Josiah Hogan sebagai Razif

Pandai plak si penulis skrip ubah2 citer. Dah tak macam cerita dalam novel tu...dah banyak sangat diubah2 pun. Hmmm..tak taulah korang rasa cam ne? yang pasti CiKema rasa, cite tu seolah2 dah dirombak banyak sangat dari cerita asal...kesucian cite tu dah tak ado..huhu..

klik2 sini sama..hehe..Thanks

Sunday, April 15, 2012

Mengintai Cinta Khalifah

goffy

Baru je abis membaca novel Mengintai Cinta Khalifah tulisan A. Ubaidillah Alias aka Ustaz Cinta. Tak sangka ingatkan sekadar novel rekaan semata2 je..tapi dalam masa yang sama sempat juga Ustaz Cinta menyelit dan mempromosikan blognye. hehe

Mula2 baca novel ni, memang agak berat penceritaannye...novel ni cerita seorang remaja mencari erti sebuah legasi demi memimpin cintanya menuju syurgawi. Bila membaca novel ni kita turut juga termotivasi diri, dalam masa yang sama menilai kecintaan kita pada Ilahi. Betapa kita terlalu mengejar kecintaan dunia hingga terlena dek pelbagai elemen yang kebetulan terjadi di dunia yang nyata ini.

Fuhhh!!! takut gak bile diceritakan mengenai organisasi Freemason dan kumpulan Illuminati. Tambahan juga diceritakan sekali mengenai elemen yang bermotifkan diversi iaitu sex, song, smoke, screen and sport.

Diversi ialah mengalihkan perhatian umum daripada fokus terhadap perkara prioriti. Diversi ini dilakukan untuk membuang rasa tanggungjawab dan obligasi dalam jiwa setiap individu. Agar terpenuh dalam mindanya adalah populariti artis, fesyen, trend, hiburan, fantasi dan mimpi-mimpi duniawi.

Menariknya novel ni turut dimuatkan tauladan dan sunnah nabi antaranya seperti petikan ini...

"Nabi tidak pernah memarahi isterinya dalam soal keduniaan. Sebarang urusan makan minum, menjahit pakaian dan mengemas rumah semuanya diuruskan oleh nabi sendiri. Malah dia tidak pernah menyuruh isterinya membuat kerja untuknya. Sebaliknya dia akan sama-sama membantu isterinya membuat kerja. Nabi adalah seorang yang optimis dan mudah bekerjasama."

"Sebaik-baik manusia yang paling baik terhadap isteri dan anak-anaknya, dan akulah manusia yang terbaik di kalangan kamu." Hadis ini menyeru supaya kita menirusikap nabi yang penyabar dan tahu mengawal emosi.

Memang padat dengan ilmu agama. Kalau baca novel ni mesti membuatkan korang ingin belajar lebih mendalam lagi tentang kecintaan mengikut cara yang sebenarnya. Cara Islam...betapa indahnya cinta agama itu...Islam itu indah...apabila kita mencintai ilmu Islam itu sendiri.... Insya Allah, Allah akan membuka seluas-luasnya kasih sayangnya pada kita. Waalhualam...

Semoga kita menjadi seorang Islam yang sebenar-benarnya agar sama-sama menuju syurga yang abadi dan hakiki. Aminnnn...


klik2 sini sama..hehe... 
Vote 4 me plzzz. 
Thanks