Showing posts with label Pray. Show all posts
Showing posts with label Pray. Show all posts

Monday, March 17, 2014

Tok Moh MH370

Assalamualaikum...

Dikala semua masih dalam mood bersedih atas kehilangan pesawat MH370 ni, tak sangka pulak ade yang buat macam-macam perangai pelik. Pelik dan tak masuk diakal pun ade juga. Negara kita ni dah maju kot. Tak payah lah tunjukkan betapa kunonya pemikiran dan amalan awak tu. Apo kono ekau jang??? Tak lari macam orang zaman Jahilliyah aje.

Rasanya Islam dah berkembang sejak lebih 1400 tahun yang lalu, tapi ade juga yang masih mengamalkan kepercayaan pemujaan ni. Tok Moh... Tahniahlah... awak dah pames... tak taulah apa sebenarnya tujuan awak buat macam tu. Nak memalukan diri sendiri atau nak menunjukkan kejahilan sendiri.

Lagi best ade pulak sekumpulan wartawan yang entahle... tak cukup berita cerdik yang nak dilaporkan kot... beramai-ramai dan berpusu-pusu nak tunjuk 1 dunia yang Malaysia ni masih mengamalkan ilmu sihir ni. Sungguhlah sedih Cik Akma rasa.

Memang nak kena tampo Tok Moh ni

Sumber gambo Warga Prihatin dan boleh baca kat SINI

So kat mana MH370 tu skang Tok Moh? Hebat sangat kabarnya? Dah jumpa ke? Boleh tahan berlagak Tok Moh ni. sampaikan menteri pun nak ditampornya... cewaaahhh... KJ sabor ajelah yer. Tok Moh ni memang nak kena tampo laju-laju... geram pulak nengoknye...

Apa-apa pun Cik Akma tetap mengharapkan semua yang ada dalam MH370 dalam keadaan selamat dan segera ditemui. amiinnn...

Thursday, March 13, 2014

Doa buat MH370



Assalammualaikum semua...


Seperti yang dah diketahui umum, sejak Sabtu lepas dah kecoh pasal kapal terbang MAS MH370 yang hilang tu. Sejak peristiwa tu negara kita ni dah menjadi tumpuan kerana ramai yang nak membantu dalam pencarian MH370 ni.

Macam-macam usaha dah dibuat tak kira dari luar negara mahupun dari rakyat Malaysia sendiri. Cik Akma harap kite sebagai rakyat yang prihatin ni janganlah putus asa dalam memanjatkan doa untuk mangsa-mangsa yang terlibat. Ramai tu penumpang dalam kapal tu termasuk anak2 kapal sekali. 239 orang bukan jumlah yang sedikit tak kiralah ianya penumpang dari negara mana sekalipun, tapi ini berkenaan dengan nyawa kan. Tambah2 lagi jika salah seorang dari mereka tu ada kena mengena ngan kita. Mungkin juga kaum kerabat atau kenalan kita. Maunye tak sedih kan...
    ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
    ”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]
Apa-apa pun Cik Akma mengharapkan MH370 ditemui dengan segera. Jika mereka ditimpa malapetaka, harap sangat ade petanda di mana-mana. Sekarang ni langsung xde kabar berita waima bangkai pesawat pun tak jumpa inikan pula penumpang2nya. Cik Akma tetap mengharapkan ade keajaiban... tapi Qada' dan Qadar Allah itu kite kena juga terima kerana kekuasaan Allah mengatasi segalanya.

Semoga usaha pihak yang terbabit dipermudahkan Allah. Diharap keluarga penumpang MH370 dapat menghadapi ujian Allah ini dengan tabah.

    لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
    ”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]
#PrayForMH370

Jangan berhenti Berharap...