Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Bomoh siap ade game apps tu...

Bissmillahirahmanirahimm

Assalamualaikum....

Cik Akma tak sangka sejak pamesnye tok moh nak cari MH370 yang ilang tu, tetibalah ade pulak orang yang dapat idea nak buat aplikasi permainan aka game apps gitu.
 
Wah makin pames tok moh. Memang tak sangka betul kan. kikiki
Setahu Cik Akma, MH370 tu masih belum jumpa lagi. Cuma beberapa buah negara yang mempunyai teknologi tinggi terlebih sudah dari Malaysia mengatakan ade terjumpa beberapa objek di lautan Hindi yang berkemungkinan milik MH370 tu. Sama2lah kite tunggu hasilnya. Sama ada benar atau tidak kenalah cek dan siasat dulu kan.

Apa-apa pun, CiK Akma sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua penumpang MH370 dan diharap keluarga mereka semua menerima apa jua ujian dariNya dengan tabah. In Sha Allah ade hikmah atas segala yang berlaku.

Monday, March 17, 2014

Tok Moh MH370

Assalamualaikum...

Dikala semua masih dalam mood bersedih atas kehilangan pesawat MH370 ni, tak sangka pulak ade yang buat macam-macam perangai pelik. Pelik dan tak masuk diakal pun ade juga. Negara kita ni dah maju kot. Tak payah lah tunjukkan betapa kunonya pemikiran dan amalan awak tu. Apo kono ekau jang??? Tak lari macam orang zaman Jahilliyah aje.

Rasanya Islam dah berkembang sejak lebih 1400 tahun yang lalu, tapi ade juga yang masih mengamalkan kepercayaan pemujaan ni. Tok Moh... Tahniahlah... awak dah pames... tak taulah apa sebenarnya tujuan awak buat macam tu. Nak memalukan diri sendiri atau nak menunjukkan kejahilan sendiri.

Lagi best ade pulak sekumpulan wartawan yang entahle... tak cukup berita cerdik yang nak dilaporkan kot... beramai-ramai dan berpusu-pusu nak tunjuk 1 dunia yang Malaysia ni masih mengamalkan ilmu sihir ni. Sungguhlah sedih Cik Akma rasa.

Memang nak kena tampo Tok Moh ni

Sumber gambo Warga Prihatin dan boleh baca kat SINI

So kat mana MH370 tu skang Tok Moh? Hebat sangat kabarnya? Dah jumpa ke? Boleh tahan berlagak Tok Moh ni. sampaikan menteri pun nak ditampornya... cewaaahhh... KJ sabor ajelah yer. Tok Moh ni memang nak kena tampo laju-laju... geram pulak nengoknye...

Apa-apa pun Cik Akma tetap mengharapkan semua yang ada dalam MH370 dalam keadaan selamat dan segera ditemui. amiinnn...

Thursday, March 13, 2014

Doa buat MH370



Assalammualaikum semua...


Seperti yang dah diketahui umum, sejak Sabtu lepas dah kecoh pasal kapal terbang MAS MH370 yang hilang tu. Sejak peristiwa tu negara kita ni dah menjadi tumpuan kerana ramai yang nak membantu dalam pencarian MH370 ni.

Macam-macam usaha dah dibuat tak kira dari luar negara mahupun dari rakyat Malaysia sendiri. Cik Akma harap kite sebagai rakyat yang prihatin ni janganlah putus asa dalam memanjatkan doa untuk mangsa-mangsa yang terlibat. Ramai tu penumpang dalam kapal tu termasuk anak2 kapal sekali. 239 orang bukan jumlah yang sedikit tak kiralah ianya penumpang dari negara mana sekalipun, tapi ini berkenaan dengan nyawa kan. Tambah2 lagi jika salah seorang dari mereka tu ada kena mengena ngan kita. Mungkin juga kaum kerabat atau kenalan kita. Maunye tak sedih kan...
    ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
    ”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]
Apa-apa pun Cik Akma mengharapkan MH370 ditemui dengan segera. Jika mereka ditimpa malapetaka, harap sangat ade petanda di mana-mana. Sekarang ni langsung xde kabar berita waima bangkai pesawat pun tak jumpa inikan pula penumpang2nya. Cik Akma tetap mengharapkan ade keajaiban... tapi Qada' dan Qadar Allah itu kite kena juga terima kerana kekuasaan Allah mengatasi segalanya.

Semoga usaha pihak yang terbabit dipermudahkan Allah. Diharap keluarga penumpang MH370 dapat menghadapi ujian Allah ini dengan tabah.

    لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
    ”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]
#PrayForMH370

Jangan berhenti Berharap...

Thursday, September 26, 2013

O Kayla



Assalammualaikum...

Penantian satu penyiksaan. Tapi kalau bab menunggu anak yang bakal lahir tak patutlah guna ungkapan tu kan. Semua yang berlaku ade hikmah dariNYA. Due sekian-sekian haribulan tup-tup keluarnya hari lain.

Hari tu CiKema ade cerita pasal gi membuntangkan diri kat Aroma Ikan Bakar tu dok melayankan si mak buyong kan... Ha dah lahir pun permata hati yang kedua bagi my brother in law tu. Duenya 9 September 2013, tapi baby memang sayangkan bondanya...dah masuk spital 2-3 hari... dah guna induce... dah masuk ape kebenda tuk bukakan pintu rahim tu CiKema lupa/tak ingat namanya tu pun... dia tak mo keluar.

Naik stress bondanya. Macam CiKema juga sebelum ni. Stress juga bila baby over due 10 hari... konon-konon nak sama besday tapi idak le keluarnya pun. Back tu my biras... last-last dia minta czer jelah. Senang skit keje. Huhu

Elda Rahman's photo.
Amboi Kayla...dah motak n pandai senyum dah dia. Ala Tomei..tomei..Hehe

Maka lahirlah bayi yang diberi nama Nour'le Kayla Firell. Alhamdulillah... Selamat semuanya. Skang tengah berpantang kat Penang. Cucu my ibu mertua yang ke 13, lahir pun hari Jumaat 13.9.13. Ni pun tarikh yang tok uda dia dok sebut-sebut. Jadi kenyataan pulak kan. Tak sempat nak tunggu hari Malaysia... kalau lahir hari Malaysia, tiap-tiap tahun cuti on ur birthday kan...

O Kaylaa... Mak Usu dan keluarga mendoakan Kayla jadi anak yang solehah ye. Semoga dengan kelahiran Kayla akan bertambah lagi kebahagian kedua ayahanda dan bonda Kayla juga kak Lana. Tak lupa juga semua keluarga puan Mazenah Mahat, ibu mertuaku. Aamiin

Wednesday, June 19, 2013

PERASAN TAK ?

RENUNGAN DIRI & BERSAMA~

PERASAN TAK?...
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

Ambil gambar di SINI

PERASAN TAK?...
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?...
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

Ambil dari SINI
PERASAN TAK?...
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...
Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....
Ambil dari SINI


Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya...

Artikel ni di ambil dari post FB Rian Haikal

Memang CiKema ade penuh perasaan dan perasan tentang artikel di atas. Huhu..itulah manusia penuh dengan cubaan, cabaran, dugaan dan ujian dari PenCIPTA iaitu Allah SWT. Kita sebagai Hamba kena berusaha untuk menjadi insan yang bertaqwa untuk menuju ke syurgaNYA. In Sha Allah... Aamiin

Friday, October 19, 2012

Doa Perbaiki Diri

Biasanya kite memang tak sedar/sengaja buat kesilapan. Memang itu adalah lumrah hidup manusia, tapi kita bole berdoa Memohon agar Allah memperbaiki diri kita setiap masaseperti d oa di bawah ni:



Sumber: Ustaz Don Daniyal

Allah sangat suka pada hambanya yang sentiasa merendah diri memohon apa sahaja dariNya
Sememang itulah tugas kita dan kewujudan kita di alam fana ini hanya menjadi hambaNya yang soleh, beriman dan bertqwa padaNya.

Semoga hidup dan mati kita hanya kerna Allah. Aamiin



Sunday, September 23, 2012

Doa Pembuka Apa yang Tertutup


sumber: Isifu.my

Doa ini sesuai di amalkan apabila ingin memBUKA...

1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah...
2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat...
3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup...
4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup...
5) Hati yang tertutup utk berkahwin...

Semoga dapat memberi manfaat pada sesiapa yang membacanya.