Assalammualaikum...
Skang berjerebu je kan. Fening dah kepala ni haaa.. Duk umah pun rasa tak sihat je. Mana tidaknye dalam rumah, dalam bilik pun ade terbau asap walaupun tak keluar rumah. Macam mana nak sihat nyer?
Dengar cerita punca Jerebu ni adalah kerana pembakaran yang berlaku kat Indon tu. Nak dapat baja semula jadi dengan cara mudah dan cepat. Maka dibakor je segala pokok-pokok atau tanah-tanah yang bersemak-samun tu dan juga tanaman-tanaman lama dan tua tu. Senang nak buat penanaman baru gitu. Wahhh...fikir senang dia je kan. Tak delah fikir kesihatan manusia dan rakyat serantau ni haa... Kijam betul.
Perkara ni tiap-tiap tahun berlaku. Ade je alasan diorang ni...konon-konon syarikat yang terbabit tu adalah syarikat-syarikat dari negara serantau juga. Apa daa... siapa punya negara ni? Macam tak reti nak kuatkuasakan undang-undang la pulak kan. Siapa yang patut ikut cakap siapa ni? Jangan kerana nak naikkan ekonomi negara...apa yang berlaku buat-buat tak nampak je. Ini sudah lebeyyy...
Kesihatan rakyat serantau ni macam mana yer? Kalau dah tak tau nak buat macam mana, mintalah bantuan. Ini masih lagi sombong. Menyusahkan saja.. Penyudahnya... ramai yang dok hidu asap dan juga gas beracun ni ha... Sabo ajelah kan.
Stress dah ni. Baru nak baik selsema..dapat pula sakit tekak dek kerana udara yang tidak sihat. Alangkan orang dewasa pun rasa sakit...inikan pula bayi dan kanak-kanak. Kerajaan Malaysia pun macam lambat je bertindak. Bila tah nak buat pembenihan awan tu? Takkan takde bajet dah... Habis kat kempen-kempen dan poster billboard tu ke? Hmmm...sedeyy2..
Ya Allah, kau tabahkan kami semua menghadapi ujianMu ini. Permudahkanlah usaha untuk mengatasi masalah jerebu ini agar kami semua kembali sihat. Aamiin
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Monday, June 24, 2013
Saturday, November 10, 2012
Dr Afifi Al Akiti | Rakyat Malaysia Pertama jadi Pensyarah Oxford

Siapa kata bersekolah pondok tidak boleh berjaya?
Inilah dia hasil didikan dengan ilmu Allah.... Dr Afifi Al Akiti.
Dr Afifi Al Akiti menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 34 tahun. Beliau anak melayu pertama yang menjadi pensyarah di Universiti Oxford.
Latar belakang beliau dari pendidikan asas di Selangor seterusnya ke sekolah pondok di Indonesia, Maghribi dan Syria.
Beliau juga dilantik menjadi imam di Ireland. Meraih ijazah pertama dalam Bidang Falsafah Nasrani.
Beliau juga mampu menguasai 7 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Perancis, Latin, Arab, Inggeris, Jerman, Yunani.
Hebat betul! Mengkagumkan, bukan? Alhamdulillah, inilah contoh yang kita mahu. So, adik2 di luar sana. Jadikan si dia ni idola anda.
sumber: Darul Ulum Al-Islamiyyah
❤Semoga anak-anakku dapat jadikan ini sebagai contoh. Semoga anak-anakku juga keturunan generasi akan datang akan lebih berjaya bukan sahaja berjaya di dunia, malah berjaya juga diakhirat. Jangan mudah putus asa. Jadilah terbaik untuk penilaian Allah yang Maha Esa. Aamiin❤
Sunday, September 16, 2012
Selamat Hari Malaysia
CiKema ingin mengambil kesempatan ini
ingin mengucapkan
Selamat Hari Malaysia
buat semua Rakyat Malaysia
tak kira apa bangsa, agama dan fahaman politik
walau jauh mana pun kita berada
tapi Malaysia tetaaaap di hati
![]() |
| patriotik tak? tido pun nak ada bendera |
teringat masa sekolah dolu-dolu...suka layan lagu patriotik
antaranya Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang
memang syiok dengar time tu...bersemangat je rasa
la ni...hmmmm...xtau nak kate...
Tak rasa cam patriotik langsung...
lagi best lagu Janji Manismu dan Janji Tinggal Janji..hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)


