Showing posts with label Jom Makan. Show all posts
Showing posts with label Jom Makan. Show all posts

Sunday, September 8, 2013

Makan-makan sampai buntang di Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram

Assalammualaikum...

Hari ni CiKema ngan famili adik beradik suamiku en. Pejal gi makan-makan sampai buntang kat Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram Kuala Selangor. Ini kali pertama CiKema dan famili kecik kami sampai. Melayankan orang yang nak bersalin Isnin ni mengidam. Nanti dah berpantang, tak dapat makan ikan bakar dan makanan laut yang sedap-sedap plak kan. Sian mak buyong si birasku. Hehe

Diorang dah 2-3 kali datang situ. So memang takde hal punyalah nak mengorder makanan dengan menu yang sodap hingga menjilat jari-jariku, cari tempat plus view kat situ yang boleh tahanlah cantiknya siap mengadap laut lagi.

pinjam kat SINI






 Pantai Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
Opening Hours: 4.00 pm to 12.00am, 
Closed on Monday once every two weeks. 
For reservation :Tel. Number: 017-316 3117/019-2084452 
 
Tempat dia memang dekat sangat ngan pantai, bayu laut bukan sepoi-sepoi bahasa dah masa kami sampai tu. Boleh tahan kuat jugalah, maybe masa tu cuaca macam nak hujan. Memang nampak ombak tinggi jugalahkan. Air laut menghempas batu-batu yang ado di situ. Anak-anak semua memang syiok layan suasana dan keadaan di situ.

Service restoran tu memang tip toplah...kejap je makanan dah siap. Tak sempat panas bontot menunggu kat situ. Mungkin juga orang belum ramai time tu, so chef-chef memang sekejap jela memasak. Kami pun tak sempat sangat nak melayan suasana dan panorama di tepian pantai time tu. Kalau makanan dah sampai, tak boleh nak buat pe..Memang  tak boleh tahannn... ngap-ngap le...memang tak pandang dah kiri kanan. Tapi ibu mertuaku lalu nampak je, sebab ibu yang nampak sibuk mengagihkan makanan yang ado kat anak cucu dan menantu. Hehe

Sori tak de picca...kamera henpon tak beroperasi time tu. Sibuk ngap-ngap...ade ikan pari dan ikan ??? (xsempat ku ingat namanya) bakar, udang n sotong goreng tepung, ketam sambal, ikan keli masak asam pedas, ikan kerapu sweet sour n sayur kangkung goreng belacan. Air sampai 3 jug..air kelapa, tembikai 2 jug dan kendian datang pula air sirap. Memang minum sampai lobamlah...

CiKema kalau makan, memang kalau boleh nak kasi licin. Sian kat makanan yang ado jika tak dihabiskan. Tapi entah macam mana hari ni...tang makan ikan, ketam, sotong, udang bagai tu memang boleh telan. Sedap semuanya...tang air tu yang tak boleh tahan. Bila perut dah penuh ngan makanan..pas tu gi minum lagi bercawan-cawan air..dekat 3-4 kali kot. Maunya tak termuntah...

1st time in my life makan banyak sangat sampai termuntah. Padan ngan muka kan...En. Pejal pun dah cakap, kalau tak larat..jangan dipaksa-paksa...biar makanan tak habis, asalkan tak memudaratkan kita. Tu lepas muntah lah baru cakap kan. Memang tak leh nak buat pe. Nasib tak muntah depan-depan orang ramai tu. Mau tak lalu makan semua kang..

Berlari juga ke tandas, tapi tak sompek...terbuuuweeekkk gak kat tengah jalan. Then laju je terus ke tandas.. buek-buek tak de apa-apa yang berlaku. Ngeh..ngeh...then bersihkan segala muntah yang terkono kat tudung dan niqab. Nasib tak kuar banyak or semua yang dimakan tadi. Kuar yang last-last makan ratah ikan kerapu je. Kalau tak rugi je ibu mertuaku belanja makan kat situ. Huhu haru..haru...

Ok...jadikan pengajaran pas ni. Makan kena beringat pada orang yang tak dapat makan sama. Berhenti sebelum kenyang. Kalau dah buntang cam CiKema tu...angin bergejolak dalam perut semua...uweeekk uweekkk le pulak kan. Sori tu bukan mengandung tau...tu memang muntah sebab makan ter'ober'. Macam boleh simpan stok seminggu je kan. Jangan diikutkan hati dan hasutan syaitan lagi akan datang...pui..pui...pergi kau jauh2 setaannn...

Okey..datang sama-sama tapi balik tak sama. Singgah masjid baru dekat ngan simpang ke Aroma Ikan Bakar tu dulu untuk solat maghrib. Usai solat baru gerak balik. Redah kasi pecah je... Tak tau jalan pun...agak-agak je..janji sampai ke rumah. Alhamdulillah...

Kenyang lagi ni..tapi masih teringat-ingat kesedapan pelbagai jenis makanan yang di adap tadi. Rasa cam tak puas je... Eh tengok tu...tak padan ngan muntah, nak makan jeee korejenye yerr...

Dah. Tu je...nanti ade gambo CiKema letak kat post baru. Haha..

Friday, October 19, 2012

Sedaaapnye Batang Buruk Cik Siti Aja


Order..order..sape mau beli kuih batang buruk Cik Siti Aja ni.

Embedded image permalink
RM10 je sebalang
Bukan je boleh dijadikan kuih untuk raya nanti...tapi boleh juga dijadikan snek time menonton movie. Memang sedap tau... CiKema dah beli dan dapat2 je..tak sampai sehari dah habis. Berebut-rebut memasing anak-beranak melantak kuih batang buruk ni.

Nanti sape2 yang nak order, boleh bagitau CiKema kat no ni
012-2642259
free delivery kat Lembah Klang (Klang Valley)

boleh gak kalau nak tweet sendiri ngan tuan empunya diri

Cepat2lah order yer...nanti takut kempunan pulak bila tak dapat rase..hehe

Wednesday, June 13, 2012

Ade apa ngan IKEA Meatball?


Minggu lepas, CiKema terpandang post entry berkenaan IKEA Meatball ni. Mula-mula dari member satu bilik masa kat UiTM dolu iaitu Mummy Cha pasal IKEA Meatball. Pas tu Eyriqazz pun cite pasal IKEA Meatball gak. Hai macam berjanji buat post yang sama plak derang ni.

Bila nengok kat blog Mummy Cha...waduh2 memang terliur laaa. Tambah2 time lunch ni kan. Macam nak makan je pica tu semua..hehe


Nilah IKEA Meatballnye...pic dari Mummy Cha


CiKema tak pernah rasa. tu pasal le nak tau Ade apa ngan IKEA Meatball tu??? Sedap ke? Ce kabor pada CiKema... sebelum ni , dok sibuk cite Burger Bakar..la ni IKEA Meatball plak..hai macam2 musim laaa.... pas ni apa la agaknye ye...Buat terliur orang mengandung je...hehe

Dah macam rancangan jalan-jalan cari makan la plak...


Monday, December 19, 2011

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

Mungkin makanan ini boleh dijadikan amalan seharian kita mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Mari kita lihat khasiat makanan kegemaran Rasulullah S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita
rumah yang tidak ada makanan.
Kurma

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

Buah Tin / Ara

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

Buah Delima

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Monday, December 5, 2011

Masam2 je

La ni CiKema asyik dok suka makan hok masam2 je... tekak ni rase lain macam je...

jeng..

jeng.. 

ni lah yang dok selalu jadi santapan CiKema


limau ais/suam

laksa
sedap...

sedap..

klau laksa tu, siap tambah2 lagi perahan air limaunye. tom yam tu plak..klau tak masam lagi..tak berapa nak layan...en. Pejal makan dah ok je..tapi bila CiKema..ha semua rasa..cam tak cukup masam..ngeh..ngeh...

jeruk
asam boi

Masam2 je dah skang..cuba gak makan jeruk2 ngan asam boi...tak bleh blahlaaa...jeruk tu rase cam tak sedap pun...padahal siap beli lagi..makan le juga..tapi simpan kat dalam peti sejuk dah..tak tau sape nak makan nanti...asam tu plak...haiya terlalu masin...bluweekkk...

ni lah akibat buatan orang..hehe

Friday, September 3, 2010

Tak puas hati

Semalam buka puasa di Medan Mara
Pekena bubur Ani Sup Utara
Paberet tu..boleh kongsi dengan si kecik
Menu Cik Pejal ngan Kakak n Abang
Nasi ngan Sup Daging / Ayam
Air sampai 3 jenis Laici,Sirap Limau dan Limau Ais
Kawan2 Cik Pejal dengan juadah masing2lah


Tengah dok menunggu time berbuka
Ada pula pengemis @ peminta sedekah datang
Biasalah...CK rasa diorang ni under sindiket
sebab tengok muka masing2 cam seronok je buat keje tu
dah tak segan or malu dah pun
biasanya orang2 yang dijumpai akan buat isyarat tak mo la
ade juga yang bagi je singgit dua sebab nak soh derang blah cepat
klau tak lagi lama derang kat situ


yang CK tak puas hati ni
ada sorang akak ni lah
nampak sihat walafiat je
pakai tudung labuh..berbaju kurung
pakai selipar tp CK nampak dia siap pakai gelang kaki lagi
kiteorang buat tak tau jelah
muka tak nampak cam orang susah pun
selamba je minta duit kat orang2 yang tengah nak berbuka kat situ


yang tak tahannye...kat jari2 tangan dia
amboi...banyak benor cincinnye..bling2 you...kalah CK tau..
emas plak tu..siap tindik hidung lagi
yang kat hidung tu pun emas juga
macam tu susah ke? mewah je
dah jadi tak kesian pun
jadi menyampah adalah...
ade hati lak tu nak repeat
boleh datang lagi kat tempat kiteorang after berbuka
adeh..selamba tak malu tahap dewa..akeke


bila dok pk2 balik
sehari derang minta sedekah mau jumpa orang more than 100 kan
yelah..tambah2 time skang ni..ramai yang sibuk shopping raya kan
kompom derang dapat lebih wang
kalah orang yang bekerja ni
aduyai..keje senang betul derang kan...


so CK rasa pihak berkuasa kena ambil tindakan lah
janganlah biarkan gejala ni berleluasa
mencemarkan imej negara je
apa kata korang plak?

Thursday, March 18, 2010

All About Mee di Blok E, Pusat Bandar Damansara

Jom Makan. Orait...Lunch tadi Cik Kema bersama Cik Pejal pi makan lunch kat All About Mee di Pusat Bandar Damansara (PBD). Saje makan berdua je. Romantik skit.Haha...:P

all about mee not all about me

Kafe ni kecik je tapi ramai betul orang datang makan kat sini. Terletak di antara El Wafa Travel ngan kedai Roti. Berdekatan dengan MAHSA College. Kafe ni hanya dibuka dari pukul 10am hingga 4pm je setiap ari bekerja. So klau nak pergi tu, tak bole pi masa hujung minggu atau cuti umum. Hmm..frust gak..tak leh nak bawa anak2 makan sama2.Huhu..apa2 pun kalau nak seribu daya...kan. Enjoys!

menu lunch kami

Cik Pejal makan Nasi dengan Ikan bersos Thai (Rice With Fish Thai Sauce) dan Cik Kema plak makan kueh teow sup. Menu kat sini ade banyak tapi lebih kepada mee la..nama kedai pun all about mee kan.hehe...

kusyuknye Cik Pejal santap

Cik Pejalnye cam sedap je. Nasi dia bukan ngan ikan je, siap ade coselow lagi. Cam makan western food la plak. Biasala..ngap skit..best3..

makan sampai abis....licin...

Dek kerana kesedapannya yang tak terhingga, habis licin kiteorang makan..nyum..yum..Plus lapar gak sebenarnya. Yer la time lunch.

lokasi kafe

So kalau sape2 nak mencuba. Jom la ke sana. Usha google map laa. Haha..tokei kedai ni kena blanja Cik Kema pas ni sebab promote kedai dia..ngeh3 :P

Wednesday, March 10, 2010

Chicken Chop at Station 21, Food Court Bangsar

Jom Makan. Ni cik Kema nak kongsi tempat tuk jom kita pi makan. Cik Kema ngan family dah pergi beberapa kali ke gerai Station 21 ni. Memang sedap tuk makan segala jenis Western Food. Chicken Chop ada, Beef Steak ada, Speghetti ada..eh..macam-macam adalah..

Bulan lepas Cik Kema n family together2 p sana makan Chicken Chop. Haha lambat tul upload.

Chicken Chop Black Papper Sauce
Harga : RM12.00/plate


Kalau nak minum plak, ade dua gerai yang jual air buah gelas besar. So kali ni Cik Pejal yang pilih air Teh O Limau Laici. Sedap...

tengok tu, adik pun siap pegang sebab nak minum air Teh O Limau Laici
Size Jumbo Harga: RM7.00

Kalau nak cari tempat ni memang senang sangat. Food Court Bangsar dan Bangsar Village landmarknye. Tak pun meh tengok peta ni.

google map kan senang

Apa lagi..kalau dah teringin tu...jom serbu..hehe :P