Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Ciri-ciri Pemimpin

Assalammualaikum...

Parlimen dah BUBAR semalam kan. Tak lama lagi berkempenlah yer...
Pilihlah pemimpin yang ada ciri-ciri cam gambar kat bawah ni.

pinjam dari iluvIslam

Kalau susah sangat nak pilih... nak memangkah calon-calon yang sesuai sebagai pemimpin kita akan datang. Apa kata kita buat solat istikarah dari sekarang. Moga-moga Allah beri ilham atau panduan untuk memilih bakal suami pemimpin kita nanti. In Sha Allah

*ingat nak pilih bakal suami je kena buat solat istikarah...nak pilih pemimpin pun kena juga kan...

Thursday, March 14, 2013

Nak Jadi

Assalammualaikum...

Nak Jadi ke tak?

dari Huurun Aini Jannati
Masih cuba untuk jadi solehah untuk ke Jannah. Insya Allah...semoga dipermudahkan olehNya. Aamiin

Friday, January 25, 2013

Make Up Cara Islam

Assalammualaikum...

Sape kat sini suka pakai make up (mekap) angkat tangan... Kalau pompuan mesti suka kan. Nak nampak cantik tak gitu. Skang ni..lelaki pun suka pakai mekap...

Kalau ade anak perempuan..ha lagilah...memang suka dengan mekap ni. Maklumlah..gegirl kan...nak nampak cantik, comel dan cute. Tak pakai mekap tak cute ke? tak comel ke?

Ini bergantung pada self confidence masing-masing juga. CiKema memang lama dah tak bermekap ni. Sejak jadi surirumah lagi malas nak mekap. Masa bekerja dolu2 adelah juga pakai celak skit, blusher dan lipstik. Yang lain-lain tu tak pakai. Sebab CiKema memang tak pandai pakai mekap pun. Hehehe

Gambar dari SINI

Apa yang penting...Walaupun kita pandai bermekap atau tak... kita jangan lupa yang cantik yang kita nampak tu tak sama dengan kecantikkan didalam hati kite tu. Maka...Lagi Bagus kalau kita Make Up Cara Islam kan... :) TERBAIK!!!

Semoga kita sama-sama 'berMekap Cara Islam'. Mudah-mudahan kita dapat beramal sebanyak-banyaknya untuk saham dan bekalan di akhirat nanti. Insya Allah

Thursday, November 8, 2012

Nasihat dari Kubur




Pesannya...
1. Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.
2. Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.|
3. Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.
4. Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH
5. Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6. Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..
7. Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...

"Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185) -n.i-

Sumber: Himpunan Doa Harian & Doa Dalam Islam

Ya Allah, semoga kami dapat mempersiapkan iman dan amalan kami yang paling BAIK sebelum mengadapMu. Aamiin.



Monday, October 22, 2012

Didiklah Anak Ikut Sunnah Rasulullah


Sumber: Ustaz Don Daniyal

Untuk dijadikan panduan agar dapat mendidik anak-anak menjadi insan yang mulia di dunia dan akhirat. Insya Allah. 

♥ Ya, Allah jadikanlah anak-ankku serta zuriat keturunanku insan yang mulia dan mendirikan solat. Aamiin 



Sunday, October 21, 2012

Santapan Rohani

Setiap hari kita memerlukan makanan untuk membina tenaga agar dapat melakukan kerja. Makanan yang baik menghasilkan tubuh badan yang baik dan sihat. Maka untuk menjadi seorang insan yang baik kita bukan lah tertumpu dari segi fizikal sahaja, malah rohani juga perlu diberi perhatian.

Pagi ni dah sarapan? Meh cuba



Sumber: Ustaz Don Daniyal

Ingat Menu kat Restoran je perlu sedap2... Menu untuk Santapan Rohani pun kenalah hebat-hebat dan terbaik juga. Selamat Beramal :)


Friday, October 19, 2012

Doa Perbaiki Diri

Biasanya kite memang tak sedar/sengaja buat kesilapan. Memang itu adalah lumrah hidup manusia, tapi kita bole berdoa Memohon agar Allah memperbaiki diri kita setiap masaseperti d oa di bawah ni:



Sumber: Ustaz Don Daniyal

Allah sangat suka pada hambanya yang sentiasa merendah diri memohon apa sahaja dariNya
Sememang itulah tugas kita dan kewujudan kita di alam fana ini hanya menjadi hambaNya yang soleh, beriman dan bertqwa padaNya.

Semoga hidup dan mati kita hanya kerna Allah. Aamiin



Thursday, October 4, 2012

Jom Solat

jumpa ni kat FB


Peringatan untuk diri sendiri. Anak2ku jomlah kita solat yer. Adik2ku jangan tinggal solat
Semoga kita tergolong bersama orang2 yang beriman dan bertaqwa kepadaNYA. Aminn

Wednesday, October 3, 2012

Mencintai kerana ALLAH


Manusia memang ingin bercinta dan dicintai. Dan kerana itu Allah jadikan Hawa sebagai peneman Adam. Tapi dalam bercinta tu, kita kenalah ingat bahawa tiada CINTA yang lebih AGUNG selain cintaNYA. 


"Mencintai kerana Allah itu tidak pernah merasakan kegalauan.

Mencintai kerana Allah itu tidak pernah merasakan kekecewaan.

Mencintai kerana Allah itu tidak pernah merasakan sakit hati.

Mencintai kerana Allah itu tidak pernah menangis kerana takut kehilangan.

Mencintai kerana Allah itu mencintai dari hati karena iman bukan dari pandangan.

Mencintai kerana Allah itu ketika galau, bahawa Allah senantiasa selalu bersama kita.

Mencintai kerana Allah itu ketika kecewa, bahawa Allah selalu memberi kedamaian untuk kita.

Mencintai kerana Allah itu ketika sakit hati, 
bahawa Allah yang mampu mengubatinya dan Dia-lah sebaik baiknya penolong kita.

Mencintai kerana Allah itu tidak takut kehilangan, 
kerana Allah lebih tau mana yang termampu oleh hambanya.

Dan mencintai kerana Allah itu ketika orang yang cintainya dimiliki oleh orang lain, 
dia akan berkata "semoga kau bahagia bersamanya."

Sumber: Islam Itu Indah


Maka janganlah nak frust menonggeng sangat kalau putus CINTA, Cinta manusia hanya sementara... CINTA kerana ALLAH yang KEKAL ABADI. Pesanan buat diri sendiri juga ni. :)

Wednesday, September 26, 2012

Petua Imam Syafie


Petua untuk dikongsikan bersama. Petua-petua amalan Imam Syafie.


Menajamkan Fikiran

  • Bercakap dengan orang soleh
  • Tidak banyak berbual kosong
  • Bergaul dengan para ulama'
  • Rajin bersugi (gosok gigi)


Menajamkan Mata

  • Duduk mengadap kiblat
  • Bercelak sebelum tidur
  • Memandang yang hijau
  • Berpakaian bersih


Menguatkan Badan

  • Berpakaian dari kapas
  • Memakai haruman
  • Makan daging
  • Kerap mandi


Elakkan pula perkara-perkara berikut

Merosakkan Mata

  • Melihat orang dibunuh
  • Membelakangi kiblat
  • Memandang najis
  • Melihat kemaluan


Melemahkan Badan

  • Banyak minum ketika makan
  • Banyak makan bahan masam
  • Banyak bersetubuh
  • Selalu cemas
Semoga petua-petua di atas dapat membantu :)




Sunday, September 23, 2012

Doa Pembuka Apa yang Tertutup


sumber: Isifu.my

Doa ini sesuai di amalkan apabila ingin memBUKA...

1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah...
2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat...
3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup...
4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup...
5) Hati yang tertutup utk berkahwin...

Semoga dapat memberi manfaat pada sesiapa yang membacanya.

Wednesday, September 19, 2012

20 Perkara Membawa Ke SYURGA


Macam-macam perkara yang boleh kita lakukan kalau nak masuk SYURGA kan.
Mungkin 20 Perkara ni, jika kita amalkan boleh membawa kita ke SYURGA. Insya Allah

Selamat Beramal dan Beribadah hanya pada Allah SWT.

Friday, September 14, 2012

Makna Doa Qunut

Ramai yang mungkin tak tahu makna Doa Qunut. Yang tak tahu tu kenalah berusaha mencari. Lebih -lebih lagi CiKema sendiri. Jadi nak letak kat blog ni bagi senang nanti nak soh anak-anak CiKema hafal dan tahu maknanya sekali. Takdelah sekadar hafal je tapi tak tau makna macam CiKema kan... 

Bila dah tahu maknanya, akan lebih khusyuk solat kita nanti. Bila dah khusyuk..Insya Allah...kita akan sentiasa ingin melakukan yang terbaik untuk akhirat hendaknya. 


Boleh juga semak balik mana-mana yang tersalah agar dapat diperbetulkan. CiKema pun ade yang tersalah-salah baca ni. Buat pembetulan agar tidak terus salah di masa-masa akan datang.Tak gitu??? :)
Harap dapat dijadikan rujukan buat anak-anak ibu nanti. Insya Allah..



Saturday, September 1, 2012

Perkara MAKRUH ketika Solat


Secara sedar atau tidak banyak juga perkara Makruh yang kita buat ketika solat. CiKema pun kadang-kadang ade juga TERbuat perkara-perkara MAKRUH seperti di atas tu... Anda bagaimana? Insya Allah... sama-samalah kita cuba perbaiki dari semasa ke semasa yek.. 


Monday, August 13, 2012

Iktikaf 10 Malam Ramadhan Terakhir

Pejam celik..pejam celik dah nak abis Ramadhan tahun 1433H kali ni. Rasanya sempat lagi CiKema kongsikan bersama beberapa tip-tip untuk kita ber'Iktikaf' di 10 malam terakhir Ramadhan. 


sumber dari Ustaz Don Daniyal


Selamat Beramal, semoga amalan kite akan diterimaNya nanti. Insya Allah..Aminn

Thursday, July 26, 2012

Bertudung Labuh

Sumber: Sys Ecig

Bulan Puasa ni bolehlah kite berhijrah ke arah yang lebih baik... Insya Allah. 

*CiKema..bilalah agaknye yer...

Wednesday, July 18, 2012

Petua memperoleh Zuriat

CiKema tertarik dengan tajuk Usaha untuk Zuriat dan cuba mengambil sedikit petua ni dari blog Ummu Muhammad. Ini adalah khas buat pasangan suami isteri yang masih belum dan lambat mendapat zuriat. 

Sebenarnya nak bagi petua ni pada adik CiKema sendiri dan juga adik sepupu CiKema. Derang dah cuba macam2 cara tapi masih belum dikurniakan zuriat lagi. Mungkin petua dari Ummu Muhammad ni boleh membantu mereka. Juga pada mana2 pasangan yang dalam usaha mendapatkan zuriat.

Petuanya:

1. Suami isteri ambil kurma segenggam sorang. kurma dikisar bersama susu kambing..masing-masing pakat minum air tadi sama banyak..buat sekali je seumur hidup. 

(Ni macam senang je..tak lama lagi bulan puasa kan..kurma senang dapat kat mana2..cuma kena cari susu kambing ajelah...blend2 dah jadi cam air yogurt plak kan...tentu sedap kan...hehe)

 
Kurma

2. Minum susu kambing, makan kurma 7 biji setiap hari.

 
Susu Kambing

3. Amalkan membaca surah Maryam ayat 1-12 setiap hari.

 
Baca Al-Quran

Harap petua tu dapat membantu dengan izin Allah. Insya Allah... Tapi kalau nak baca lebih lanjut kenalah ke n3 Usaha untuk Zuriat dari Ummu Muhammad. Penerangannya lebih terperinci dan detail gitu. 

Selamat Mencuba.