Hari ni CiKema ngan famili adik beradik suamiku en. Pejal gi makan-makan sampai buntang kat Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram Kuala Selangor. Ini kali pertama CiKema dan famili kecik kami sampai. Melayankan orang yang nak bersalin Isnin ni mengidam. Nanti dah berpantang, tak dapat makan ikan bakar dan makanan laut yang sedap-sedap plak kan. Sian mak buyong si birasku. Hehe
Diorang dah 2-3 kali datang situ. So memang takde hal punyalah nak mengorder makanan dengan menu yang sodap hingga menjilat jari-jariku, cari tempat plus view kat situ yang boleh tahanlah cantiknya siap mengadap laut lagi.
pinjam kat SINI |
Pantai Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
Opening Hours: 4.00 pm to 12.00am,
Opening Hours: 4.00 pm to 12.00am,
Closed on Monday once every two weeks.
For reservation :Tel. Number: 017-316 3117/019-2084452
Service restoran tu memang tip toplah...kejap je makanan dah siap. Tak sempat panas bontot menunggu kat situ. Mungkin juga orang belum ramai time tu, so chef-chef memang sekejap jela memasak. Kami pun tak sempat sangat nak melayan suasana dan panorama di tepian pantai time tu. Kalau makanan dah sampai, tak boleh nak buat pe..Memang tak boleh tahannn... ngap-ngap le...memang tak pandang dah kiri kanan. Tapi ibu mertuaku lalu nampak je, sebab ibu yang nampak sibuk mengagihkan makanan yang ado kat anak cucu dan menantu. Hehe
Sori tak de picca...kamera henpon tak beroperasi time tu. Sibuk ngap-ngap...ade ikan pari dan ikan ??? (xsempat ku ingat namanya) bakar, udang n sotong goreng tepung, ketam sambal, ikan keli masak asam pedas, ikan kerapu sweet sour n sayur kangkung goreng belacan. Air sampai 3 jug..air kelapa, tembikai 2 jug dan kendian datang pula air sirap. Memang minum sampai lobamlah...
CiKema kalau makan, memang kalau boleh nak kasi licin. Sian kat makanan yang ado jika tak dihabiskan. Tapi entah macam mana hari ni...tang makan ikan, ketam, sotong, udang bagai tu memang boleh telan. Sedap semuanya...tang air tu yang tak boleh tahan. Bila perut dah penuh ngan makanan..pas tu gi minum lagi bercawan-cawan air..dekat 3-4 kali kot. Maunya tak termuntah...
1st time in my life makan banyak sangat sampai termuntah. Padan ngan muka kan...En. Pejal pun dah cakap, kalau tak larat..jangan dipaksa-paksa...biar makanan tak habis, asalkan tak memudaratkan kita. Tu lepas muntah lah baru cakap kan. Memang tak leh nak buat pe. Nasib tak muntah depan-depan orang ramai tu. Mau tak lalu makan semua kang..
Berlari juga ke tandas, tapi tak sompek...terbuuuweeekkk gak kat tengah jalan. Then laju je terus ke tandas.. buek-buek tak de apa-apa yang berlaku. Ngeh..ngeh...then bersihkan segala muntah yang terkono kat tudung dan niqab. Nasib tak kuar banyak or semua yang dimakan tadi. Kuar yang last-last makan ratah ikan kerapu je. Kalau tak rugi je ibu mertuaku belanja makan kat situ. Huhu haru..haru...
Ok...jadikan pengajaran pas ni. Makan kena beringat pada orang yang tak dapat makan sama. Berhenti sebelum kenyang. Kalau dah buntang cam CiKema tu...angin bergejolak dalam perut semua...uweeekk uweekkk le pulak kan. Sori tu bukan mengandung tau...tu memang muntah sebab makan ter'ober'. Macam boleh simpan stok seminggu je kan. Jangan diikutkan hati dan hasutan syaitan lagi akan datang...pui..pui...pergi kau jauh2 setaannn...
Okey..datang sama-sama tapi balik tak sama. Singgah masjid baru dekat ngan simpang ke Aroma Ikan Bakar tu dulu untuk solat maghrib. Usai solat baru gerak balik. Redah kasi pecah je... Tak tau jalan pun...agak-agak je..janji sampai ke rumah. Alhamdulillah...
Kenyang lagi ni..tapi masih teringat-ingat kesedapan pelbagai jenis makanan yang di adap tadi. Rasa cam tak puas je... Eh tengok tu...tak padan ngan muntah, nak makan jeee korejenye yerr...
Dah. Tu je...nanti ade gambo CiKema letak kat post baru. Haha..
Oowah..lain kali makan biar berpada hehe. bestnya dapat berkumpul ramai2 makan bersama :)
ReplyDeleteMmm ... banyak sgt bahan dalam net sekarang... banyak yg
ReplyDeletemerapu dari fakta... terus terang saya kata...
tulisan awak memang best... sesuatu yg dari hati akan sampai gak ke hati..
Also visit my site: Affiliate Malaysia