Showing posts with label Tudung. Show all posts
Showing posts with label Tudung. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

Tudung Labuh Sudah

Assalammualaikum semua,

Alhamdulillah sekarang ni nak masuk 2 bulan CiKema bertudung labuh. Ini terjadi apabila selalu ke Masjid Shah Alalm tu. Singgah solat kat sana beberapa kali. Kat situ kan ade orang jual-menjual. Tiap kali lalu situ, memang teringin nak beli tudung labuh.

Pertama kali beli tudung labuh, pas beli masuk kereta saje nak try2 je. Hajat di hati nak buat perubahan tu secara perlahan-lahan tapi En.Pejal soh pakai terus. Bukan tu je, CiKema siap beli niqab sebab tengok adik yang jual niqab tu sangat cantik berniqab. Terus pakai juga.

Bermulalah episod perubahan drastik CiKema. Harapan CiKema, perubahan ini akan menjadi sebahagian dalam hidup CiKema untuk sentiasa memperbaiki diri, mencari dan menambah ilmu akhirat bagi mendapat keredhaanNya sebelum bertemuNya nanti.
dari DrCinta

Buat masa ni, CiKema adalah seperti cawan yang masih kosong. Air tu  masih belum masak, belum di letak perasa, masih belum dikacau, masih belum boleh dibuat untuk dijamu pada para tetamu. Insya Allah, sedang berusaha mengisi kekosongan itu. Semoga dipermudahkan olehNya. Aamiin

Friday, November 9, 2012

Masih Sempat Berubah


Rasanya masih belum terlambat untuk kita berubah kan. 
Moh mulakan hari ini, kerana kita tidak tahu esok masih sempatkah lagi???
pic dari Kedai Online Atika Aula

❤Ya Allah, semoga kau perBAIKkan lagi diriku, keluargaku, keturunanku serta semua orang muslim juga anak cucu keturunan generasi akan datang agar sentiasa menjaga aurat. Aamiin 

Thursday, August 30, 2012

Gaya Tudung Najwa Latif

Tetiba CiKema nak mencuba Gaya Tudung Najwa Latif. Ni gara-gara nengok video klip lagu Kosong dan juga pics Najwa yang banyak bergaya ngan tudung bawal tu. Hajat di hati nak try pakai masa raye hari tu. Dah tengok kat blog AmekKaw! cara-cara nak memakainye...

ni le gaya tudung tu

Tapi bila cuba sendiri cam selekeh plak...memang tak reti nak bergaya cam bebudak skang..Al-maklumlah ibu orang dah skang. Buatkan untuk anak dara Ibu si Aqmar Farhana jelah...tapi tak juga menjadi...kena tengok balik dan kena try n error gak. Kakak nanti praktis yer...Ni Ibu bagi link sama untuk memakai tudung gaya Najwa Latif

comel kan...

Owh...Najwa ade Official Blog rupernye...boleh tahan ramai gak follower. Walaupun tak selalu update tapi follower manyakkkk woooo...hehe....Maklumlah artis kan.. jeles plak ke??? Dah rezeki dia kan. Tambah-tambah berbakat plak tu.


NajwaLatif 

Tahun ni nak SPM kan. Dalam blog dia pun ade cite yang dia dah kurangkan aktiviti nyanyian dia. Elok gak tu..tumpukan pada pelajaran plak. Nyanyi-nyanyi juga, pelajaran jangan dilupa...tak gitu?

Semoga Najwa terus maju. Good Luck in your SPM :)