Wednesday, May 30, 2012

BISMILLAH 5~Penyembuh Pelbagai Penyakit


Maksudnya:
1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Cara Merawat:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air. Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar disentuh, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan i’tikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit. 

Dengan izin Allah, mudah-mudahan sembuh penyakit yang dihidapi. Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar serta bertawakal, Allah jua Yang Maha Penyembuh...


Jom Melancong dengan HZtours

Tuesday, May 29, 2012

7 Kalimat : Dipandang Mulia di Sisi Allah dan Malaikat


Sabda Rasulullah S.A.W :

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "


1. Mengucapkan Bismillah semasa hendak melakukan sesuatu atau apa-apa pekerjaan.


2. Mengucapkan Alhamdulillah apabila selesai melakukan sesuatu/pekerjaan.


3. Mengucapkan Astagfirullah jika lidah terlanjur kata atau melihat perbuatan maksiat.


4. Mengucapkan Insya Allah jika ingin berbuat sesuatu di hari esok @ akan datang.


5. Mengucapkan La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan diingini.


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.


7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang hari tidak kira siang ataupun malam.


Jom Melancong dengan HZtours

Monday, May 28, 2012

Pelembut Hati dan Pendinding Diri


Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami/isteri anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan semasa anak /suami/isteri sedang tidur nyenyak. InsyaAllah.


Jom Melancong dengan HZtours

Sunday, May 27, 2012

Cara Mendidik Anak Semasa Mengandung


Ni khas untuk ibu-ibu mengandung termasuk CiKema sendiri..hehe


Ingatan buat diri sendiri gak ni. Kadang2 tak leh mengawal emosi..huhu

Sumber: Kami Respek Artis Mendalami Islam


Jom Melancong dengan HZtours

Saturday, May 26, 2012

Tasbih Jari




Takde tasbih dah bukan jadi masalah untuk berzikir kan. Guna je jari..lagi senang..dah ikut sunnah Rasulullah SAW.

Sumber: Kami Respek Artis Mendalami Islam

Jom Melancong dengan HZtours

Friday, May 25, 2012

GIVEAWAY BANTAL FLANNEL

klik banner utk join
tamat 31 Mei 2012

tag kawan2 untuk join sama

Moga2 ade tuah dan rezeki untuk menang hadiah. Aminn
Jemputlah join 

Jom Melancong dengan HZtours


APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?


WAKTU SUBUH


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


WAKTU ASAR


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


WAKTU MAGRIB


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


WAKTU ISYAK


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


QIAMULLAIL


Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. 

Sumber : Kami Respek Artis Mendalami Islam

Jom Melancong dengan HZtours

Thursday, May 24, 2012

NASIHAT IMAM ABU HANIFAH TENTANG KEHIDUPAN




Jom Melancong dengan HZtours

Alhamdulillah..Rezeki Anak2 pula..

Assalammualaikum..sebelum ni CiKema ade hantarkan penyertaan (isi form je) untuk anak2 CiKema kat Astro Ceria (Untuk Kite Aje) untuk MIB 3. Alhamdulillah..tadi dah tengok resultnye... 

tadaaaa...


apa yang anak2 akan dapat ??? Ha... ini lah dia
tadaaa...
lagi skali..hehe

Result boleh jengok kat Astro Ceria ni...
(link tu kejap je..dah due nnt ilang le..hehe)

Syukur, nama2 derang termasuk dalam senarai. Sepupu diorang pun ade same. Tu siap bagitau soh isi form tu cepat2..kalau tak, tak dapek nak nengok cite MIB 3 tu..Okey..this week dah ade aktiviti. Nonton movie MIB 3 1 famili...hehe

MIB 3..here we come


Jom Melancong dengan HZtours

Wednesday, May 23, 2012

Ayatul Kursi

Kelebihan Ayat Kursi:

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam.
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanya kematian.


Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.

Sumber : Kami Respek Artis Mendalami Islam

Jom Melancong dengan HZtours

Kau Untukku


Hari ni kali ke dua CiKema tonton cite Kau Untukku kat ABO saluran 952. Tajuk macam familiar...tak pasan plak rupa-rupanya cite ni adaptasi dari novel Kau Untukku karya Aisya Sofea. Tak ingat plak, samada CiKema pernah baca ke tak novel tu. CiKema tengok cam tak teringat langung. Kompem tak pernah baca novel Kau Untukku..hehe


Tengok cite tu cam tak puas plak. Rasanya patut dijadikan drama bersiri cam Bicara Hati lah. Ade tak yang nak buat? Kalau ade...CiKema rasa lagi best kot..hehe

Sinopsis di ABO

The first time he met her, Ahmad Fuad was smitten by Nurul Umairah eventhough she was already taken. Fate took a cruel turn when Umairah’s fiancée Jefri, died in a motorcycle accident causing Umairah to lose half of her as well. She wasn’t ready to accept another love in her life especially when the person she thought she’d be married to died unexpectedly. Fuad was persistent and finally she opened herself up to him. But little that she knew there was somebody who is waiting for Fuad to come back to her. She was Ellina Tan Sri Salleh. She knew she was nothing compared to the wealthy and beautiful Ellina.

Umairah went and assume that Fuad only played with her heart to get back to Ellina who dumped him before. Devastated, she disappeared. Fate brought them together when they met again and Fuad managed to explain the whole truth that he is indeed in love with her. Find out how their lives intertwine in this romantic drama.



Sinopsis di belakang buku

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka?

Dalam filem Kau Untukku ade lagu Pelangi Senja nyanyian Stacy sebagai ost filem tu. Jom layan..

Pelangi Senja - Stacy

Ku bermimpi
Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta

Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Ku terjaga
Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...

Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Kini hanya, tinggal kenangan,
Hanya waktu menentukan,
Kita kan bersama...

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/12/lirik-lagu-pelangi-senja-stacy.html#ixzz1veKWbRz6

klik2 sini sama..hehe..Thanks

Tuesday, May 22, 2012

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.

Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH Pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah Turunkan kepada Jibrail.

2. “BISMILLAH untukmu Dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap Mata pun sejak BISMILLAH diturunkan Kepada Adam.” (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin Terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang Dan terlempar Semua syaitan.

4. Demi Allah Dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit Melainkan menjadi ubat untuknya Dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu Melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
 

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia Dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memula kan sesuatu Perkara yang baik.

6. Jumlah Huruf dalam BSMILLAH Ada 19 huruf Dan malaikat Penjaga neraka Ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas’ud berkata: “Sesiapa yang ingin Allah Selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap Hari.”

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata,”Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya Dan kamilah Kehebatannya.”

 

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan Mengangkat namanya Di syurga yang sangat tinggi Dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan Bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur,maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian Dan kebakaran, maut mendadak Dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim,hinalah Dan masuk ketakutan Dalam hati si zalim serta naiklah keberanian Dan Kehebatan kepada si pembaca.


Sumber : Kami Respek Artis Mendalami Islam


Jom Melancong dengan HZtours

Monday, May 21, 2012

Alhamdulillah...Menang hadiah utama

Alhamdulillah, suka sesangat. Tak sangka sebenarnya. Dapat komen dari Eqbal Zack yang CiKema adalah pemenang Utama Digi WWWOW "Blog It and Win!". First time jadi pemenang utama. Syukur sangat2.


ni komen dari Eqbal Zack kat post CiKema

Bila tengok kat blog Eqbal Zack dah ada post pemenang Digi WWWOW "Blog It and Win!" tu. Hari ni punya post tu. CiKema dengan pantasnye dah memberi segala detail yang berkaitan.Hehe...


result boleh tengok kat SINI

Apa yang berlaku baru2 ni memang ade hikmahnye. Post CiKema hilang bukan 100 post tapi lebih 200 post tau.. Ternyata Allah nak bagi yang lebih baik rupa-rupanya... DIA balas dengan kemenangan yang tak diduga ni. Syukur Alhamdulillah...

Ini sekadar pemberitahuan...sebelum ni MiaLiana ade bagitau dia nak bagi cenderahati. Dia siap buat post lagi kat blog dia berkenaan penghantaran hadiah pada semua yang terlibat mengundi dia dalam Digi WWWOW tu. Cite pasal CiKema pun ado skali. Hehe..

Sila klik SINI kalau nak baca siapa lagi yang dapat cenderahati tu sama.

Syukur kepadaMu Ya Allah... 
RezekiMu melimpah ruah buatku. 
ni juga rezeki suami dan anak2ku. 
Alhamdulillah...

Jom Melancong dengan HZtours

Rahsia Surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Harap dapat SHARE dengan sahabat anda yang lain. . . 

Semoga pahala menyebarkan ilmu ini berterusan. . Insya Allah..

Sumber : Kami Respek Artis Mendalami Islam


Jom Melancong dengan HZtours

Saturday, May 19, 2012

9 jenis anak syaitan

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

Sumber : Kami Respek Artis Mendalami Islam

Jom Melancong dengan HZtours

Friday, May 18, 2012

Tudung dari Kedai Kak Siti

Dah terima tau. Sejak hari Khamis lepas lagi. Memang Kak Siti dah bagitau nak pos tudung-tudung tu tapi tak sangka plak sebelum habis Digi WWWOW award, Kak Siti dah siap2 pos.

Tebal bebenar bungkusan Pos Laju ni

CiKema dapat 2 helai tudung dan 2 helai shawl pasal undi yanmie dan juga denaihati. lagi 3 tudung tu, Kedai Kak Siti bagi free pasal CiKema promote Kedai Kak Siti aka mengayat2 soh Kak Siti jadi sponsor ga dari akmarwati.com tu..hehe..eh takdelah...mungkin Kak Siti nak hadiahkan pada CiKema kot. Saje nak bersedekah...Insya Allah, kalau kite rajin memberi, Allah akan tambahkan lagi rezeki kite tu kan...kan..

Alhamdulillah..rezeki tudung gitu

Bukan CiKema je yang seronok dapat tudung bebanyak tu, si budak tecik ni pun sibuk tumpang seronok gak. Siap jadi model cilik tak bertauliah untuk tudung dari Kedai Kak Siti.

Sila lihat dak tecik ni. konon2 perasan model tudung gitu..hehe
 Ini baru2 jadi model, tak berapa nak pandai senyum.

Ini bila sudah naik syeihhh gitu..sudah pandai posing plak dia. 
Senyum lebor lagi..akeke

Alhamdulillah..syukur dapat rezeki berupa tudung gitu. Terima kasih juga CiKema ucapkan pada Kedai Kak Siti yang sudi dan bermurah hati jadi sponsor kat ga CiKema tu. Korang jangan lupa like Kedai Kak Siti tau..hehe

Hadiah untuk Hari Ibu..boleh cari sini