Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Petua Untuk Mudah Bangun Subuh...

Assalammualaikum...

Saje nak masukkan dalam blog ni. Panduan untuk diri sendiri yang kadang kala kantoi gak bangun subuh. Harap dapat dijadikan panduan untuk anak-anakku nanti.
Petua Untuk Mudah Bangun Subuh... :)
• Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
• Ambil wuduk sebelum tidur.
• Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
• Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
• Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
• Maafkan semua orang sebelum tidur.
• Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
• Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.

~ Ustaz Don Daniyal

Selain dari petua dia atas ni, apa agaknya lagi petua yang korang ada? Kalau sudi..kongsikanlah bersama yer...Thanks in advance :)

❤Semoga Allah menjadikanku serta keturunanku hambaMu yang sentiasa mendirikan solat. Aamiin❤

Wednesday, September 26, 2012

Petua Imam Syafie


Petua untuk dikongsikan bersama. Petua-petua amalan Imam Syafie.


Menajamkan Fikiran

  • Bercakap dengan orang soleh
  • Tidak banyak berbual kosong
  • Bergaul dengan para ulama'
  • Rajin bersugi (gosok gigi)


Menajamkan Mata

  • Duduk mengadap kiblat
  • Bercelak sebelum tidur
  • Memandang yang hijau
  • Berpakaian bersih


Menguatkan Badan

  • Berpakaian dari kapas
  • Memakai haruman
  • Makan daging
  • Kerap mandi


Elakkan pula perkara-perkara berikut

Merosakkan Mata

  • Melihat orang dibunuh
  • Membelakangi kiblat
  • Memandang najis
  • Melihat kemaluan


Melemahkan Badan

  • Banyak minum ketika makan
  • Banyak makan bahan masam
  • Banyak bersetubuh
  • Selalu cemas
Semoga petua-petua di atas dapat membantu :)




Wednesday, September 12, 2012

5 Petua Wajah Berseri


Petua 2 tu agak terkeliru sikit. Sebelum ni, CiKema baca kat mana tah...soh cuci muka dengan air biasa je sebelum tidur tapi yang ni lain plak. Tak sure yang mana satu betul.

Apa yang pasti, dah setahun dua jugalah CiKema takde cleanser untuk mencuci muka...Tak tau kenapa tak mau beli. Sekali skala je cuci muka guna pencuci en. Pejal..hehe :)