Saturday, June 30, 2012

Menang Consol AEON Count & Win Contest


N3 kemenangan yang tak disangka2 ni. Sebelum ni saje je tanya2 kat mana nak nengok result AEON tu. 1 st round memang tak de nama CiKema atau en. Pejal pun. then baru2 ni Mama Zharfan ada published untuk keputusan 2nd Round plak.

perasan pun sebab sepupu CiKema sis Aisah yang mention/tag

Alhamdulillah..ade nama en. Pejal dapatlah hadiah saguhati. Saguhati pun dah buat CiKema gumbira. Al-maklumlah ini adalah kemenangan pertama guna slogan dan juga penyertaan di hari2 terakhir gitu. Masuk pun tak banyak...tak sampai 10 form yang hantar pun.

Dah rezeki anak2 kot. Syukur sangat2...Hadiah blom dapat lagi..tapi menurut  en. Pejal masa besday CiKema ari tu, wakil AEON dah ade call...dia soh tunggu surat je. Dah dapat surat nanti bolehlah claim hadiah tu.

Start Isnin ni..1 Julai hingga 31 Julai 2012 ade lagi contest dari AEON. Nanti cubalah yer...Manalah tau kali ni ade plak rezeki korang. Insya Allah... CiKema pun nak cuba lagi... Rasa bersemangat plak nak cuba dan cuba lagi... Tak kisah le menang ke tak..sekurang2nye join je dah ade peluang untuk menang apa2 hadiah daripada tak join langsung kan..kan...



Nasihat untuk semua




Jom Melancong dengan HZtours

Friday, June 29, 2012

Rejab Syaaban Ramadhan


Rejab bulan menabur benih.
Syaaban bulan menyiram tanaman.
Ramadhan bulan menuai.

Rejab menyucikan badannya.
Syaaban menyucikan hatinya.
Ramadhan menyucikan rohnya.

Rejab bulan menghfirah (keampunan).
Syaaban bulan syafaat.
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.


Rejab bulan taubat.
Syaaban bulan muhibbah.
Ramadhan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya.

Rejab diganda 70 pahala.
Syaaban diganda 700 pahala.
Ramadhan diganda 1000 pahala.

Sabda Nabi SAW : "Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku"
(Al-Hadis)

Pada bulan-bulan ini terbuka pintu langit dan terbukanya pintu Syurga. Dalam erti kata lainnya, bulan yang diterima Allah doa-doa hambaNya, bulan hambaNya menempah Syurga. Bulan yang digalakkan hambaNya banyak beristighfar, bulan yang mudah diterima keampunan dan taubat hambaNya, bulan untuk hambaNya perbanyakkan amal ibadat dan berbakti kepadaNya. Bulan  yang mudah untuk pencapaian keredhaanNya.

Sungguh beruntung siapa yang mengetahui dan beramal padaNya dan sungguh rugilah siapa yang tidak mengetahui dan tidak beramal padaNya. Janganlah sampai kita mengadap Allah nanti dengan kekosongan yang menghampakan, kita pulang dengan kemiskinan amal yang mengecewakan dengan tangisan air mata penyesalan yang tiada memberi erti apa-apa lagi kepada kita.

Selamat Beramal...



Thursday, June 28, 2012

Wednesday, June 27, 2012

Enjoy di RATU, Shah Alam

Dah pernah pergi RATU? Perpustakaan Raja Tun Uda kat Golf Club Shah Alam tu. Seronok tau...maklumlah...library baru. buku pun cantik2 dan baru2 juga. Setiap 3 minggu sekali CiKema sefamili akan ke sana. Dah pinjam buku, kenalah pulangkan. Sini derang bagi tempoh selama 3 minggu untuk 3 buah buku seorang samalah macam kalau kita pinjam buku kat Perpustakaan Negara (PN) gak.

Oleh kerana jauh dari Kuala Lumpur, nak pergi PN tu agak jauh ambil masa sejam juga le, CiKema mengambil alternatif lain untuk ke library. Saje nak mengalakkan anak2 minat pada buku juga..maka kiteorang pun pilih untuk ke RATU pula sebab dekat ngan rumah. Jarak pun dekat malah masa dan minyak pun dapat dijimatkan. Puchong-Shah Alam lebih dekat daripada Puchong-Kuala Lumpur kan...hehe

Layan je lah gambar masa pertama kali ke RATU. Lama dah Februari lalu...hehe baru nak cite ke? hehehe

Seronoknye si tecik ni

nak buat peace tak tau

dok atas bear ke apa tah ni???

Bawah pokok

ni plak baring2 kat tengah alam

main pijak2 bubble

kusyuk layan buku

sitecik ni pun sama

tak pandai baca..tengok gambar ajelah

Banyak buku2 kat sana. Kalau pergi RATU, biasanya CiKema akan ke bahagian kanak2 je. Bahagian dewasa tak pernah masuk. Kat area kanak2 tu pun banyak buku2 ilmiah, novel, motivasi dan macam2 untuk parents yang temankan anak2. So tak payah susah2 nak ke bahagian dewasa pun.

Nanti kalau sape2 yang berkunjung ke Shah Alam tu,boleh singgah dan tengok sendiri RATU tu. Maklumat lanjut boleh terjah http://www.ppas.gov.my/

Selamat Hari Lahir


Ye..hari ni hari lahir CiKema. Alhamdulillah dah 31 tahun CiKema diberi peluang untuk menikmati hidup di dunia ni. Sempena dah meningkat usia ni, CiKema berharap sangat CiKema menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Nak jadi isteri solehah pada suamiku dan ibu mithali buat anak2ku. Moga2 CiKema ngan keluarga bahagia hingga ke syurga. Aminnn


buat ucapan untuk diri sendiri gitu...haha...Baby dah overdue, tapi masih blom ada tanda2 nak kuar je...hai tak dapat le nak sama besday ngan baby..huhu..tak pe... ade hikmah semua ni kan..kan... Nak bagi ibu makan kek puas2 kot. Kalau dalam pantang mana boleh nak main terjah je makan sebarangan kan...hehehe

ade sape2 nak belanja kek? hehe

Overdue berapa lama la agaknye yer...Semoga anak yang bakal lahir nanti jadi anak soleh/solehah. Aminnnn

klik2 sini sama kalau ade sape2 nak bagi hadiah pada CiKema...hehe..
Thanks

Tuesday, June 26, 2012

Solat Sunat


Jadikan amalan setiap hari sebelum / selepas solat fardhu, penting untuk menampung kekurangan solat fardhu. Mari kita amalkan solat sunat rawatib.

Solat Sunat Rawatib

Amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT. 

Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba Ku, sempurna atau kurang'. 

Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan, 

Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan solat sunatnya...'

(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)


Monday, June 25, 2012

Hadiah dah lama terima

Lama dah dapat hadiah ni. Baru nak cerita kat sini. CiKema nak ucapkan terima kasih banyak2 pada penganjur yang sudi bagi hadiah2 ni. 

1. Saguhati dari Intan Berlian. Semua join ga dia dapat hadiah ni

2. Dapat tempat pertama hadiah dari Hsue Craft

depan kad

kat dalam kad 
dah siap bagi pada en. Pejal sempena besday dia bulan lepas. hehe

3. ni dari Sherrymacam2 ade

si tecik ku suka sangat bila hello kitty tu melekat kat shoe dia..hehe

4. yang ni dah tak ingat pun, tak sangka penganjur bagi hadiah
dari blog Adyshariz

macam2 ade..seronok tgk alat tulis byk..hehe

klik2 sini sama..hehe..Thanks

Sunday, June 24, 2012

Nuffnang Premiere Screening - Brave

Alhamdulillah.. Khamis lepas, CiKema dapat jemputan ke Nuffnang Premiere Screening - Brave. 


Dapat2 je terus reply nak datang. Padahal tak tau lagi tu samada CiKema boleh ke tidak. Tapi kalau masih blom bersalin, CiKema terjah gak nanti...hehehe


Perancangannya...CiKema akan pergi ngan anak dara CiKema. Dapat tiket pun 2 je kan. So, kena pergi berdua jelah nanti. Lain kali dapat tiket lagi akan pergi ngan anak bujang plak. tu pun kalau dapat tiket kartun lah..kalu filem berat2 skit..ngan en. Pejal plak...hehe

Malam esok..sape yang dapat jemputan tu...kite jumpa kat Cathay Cineplex Damansara tu yer...




Astro Ceria | The Amazing Spider-Man


klik pic pun bole isi form gak..
22 Jun - 28 Jun 2012

Cepat isi form kat link NI di Astro Ceria untuk berpeluang memenangi barangan ekslusif 'The Amazing Spider-Man' atau tiket percuma untuk menonton tayangan filem tersebut pada 8 Julai 2012 di Cathay Cineplex, e@Curve.

Tetapi harus diingat untuk membaca terma dan syarat di SINI dulu. Secara ringkasnye CiKema bagi kat bawah ni...tapi lebih elok baca semuala...hehehe

Kriteria Kelayakan

Merujuk kepada kriteria kelayakan di bawah dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat lazim Peraduan, Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang telah mencapai Umur Kelayakan seperti yang tertera di bawah dan peserta atau ahli-ahli keluarga rapat mereka hendaklah merupakan Pelanggan Aktif Astro (“Active Astro Customer”) sehingga 22 Jun 2012.

Pemenang di bawah umur 18 tahun pada 22 Jun 2012 hendaklah ditemani oleh ibu bapa/ penjaga-penjaga semasa menonton tayangan istimewa."Pelanggan Aktif Astro bermaksud pelanggan servis Astro dan akaun Astro yang aktif dan tiada bayaran tertunggak dan berhutang kepada Astro dan tidak melanggar perjanjian melanggani Astro atau memberi arahan untuk berhenti dan/ atau penangguhan melanggan servis Astro pada tarikh pengumunan pemenang. Pemenang hendaklah kekal sebagai pelanggan aktif Astro sehingga tarikh pengambilan hadiah."

*ahli-ahli keluarga rapat bermaksud suami/isteri, anak-anak, ibu bapa, kakak-kakak dan abang-abang

Pemilihan Pemenang

Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, peserta ke-5 dan setiap peserta ke-5 berikutnya yang menghantar borang penyertaan dalam talian (online form) yang lengkap akan memenangi hadiah seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 16 di bawah (maksimum 5 pemenang setiap hari)

Sebagai tambahan, peserta ke 50, 100, 150, 200 dan 250 yang menghantar borang penyertaan dalam talian (online form) yang lengkap akan memenangi hadiah seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 16 di bawah.

Hadiah

Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, peserta ke-5 dan setiap peserta ke-5 berikutnya yang menghantar borang penyertaan dalam talian (online form) yang lengkap ke www.astro.com.my/ceria akan memenangi hadiah seperti berikut (maksimum lima (5) pemenang setiap hari)

• Satu (1) edisi terhad buku nota “THE AMAZING SPIDER-MAN”
• Satu (1) edisi terhad Tali Penyandang (Lanyard) “THE AMAZING SPIDER-MAN” dan
• Empat (4) tiket untuk tayangan istimewa “THE AMAZING SPIDER-MAN”

Sepanjang Tempoh Peraduan, penyertaan ke-50, 100, 150, 200 dan 250 yang menghantar borang penyertaan dalam talian (online form) yang lengkap ke www.astro.com.my/ceria akan memenangi hadiah seperti berikut

• Satu (1) set daripada lima (5) edisi terhad set patung “THE AMAZING SPIDER-MAN”;
• Satu (1) novel dan phonic box set “THE AMAZING SPIDER-MAN”;
• Satu (1) Marvel’s An Origin Story: “The AMAZING SPIDER-MAN’; dan
• Empat (4) tiket untuk tayangan istimewa “THE AMAZING SPIDER-MAN”

Nota:-

Tayangan istimewa “THE AMAZING SPIDER-MAN” akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 8 Julai 2012
Masa: 11:00pagi

Kalau berminat jangan lupa isi FORM The Amazing Spider-Man tu yer... Boleh gak dapat nengok filem free n dapat barangan eksklusif The Amazing Spider-Man tu...
campaign image

Birthday GiveAway And Up Your Follower by Ainie

klik banner utk join

tag kawan2 utk join sama

Moga2 ade tuah dan rezeki untuk menang hadiah. Aminn

Jom Melancong dengan HZtours