Showing posts with label All About Us. Show all posts
Showing posts with label All About Us. Show all posts

Thursday, January 3, 2013

Faris ke Sekolah

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Harap sihat2 la ye. Minggu ni memang CiKema sibuk skit. Kebetulan anak bujang CiKema si Faris masuk darjah 1 tahun ni. Semalam hantar ke sekolah bersama-sama en. Pejal. Kebetulan memang ramai parents yang hantar anak-anak ke sekolah semalam. Sesak memang sesak jadinya.

Keliru bila masing-masing nak letakkan anak kat kelas mana. Ini semua sebab ari orentasi Jumaat aritu, dah mengubah kedudukan kelas anak-anak tahun 1 ke kelas yang baru. Sape-sape anak dia yang ambil ujian untuk kedudukan kelas ari Jumaat lepas patut pahamlah bila kat notice board sekolah dah bertukar dari color putih ke kuning. kat situ pun dah mention kelas mana patut anak-anak tu ditempatkan.

Mungkin ada parents yang xtau pasal ujian Jumaat tu dah mula kelam kabut tetiba nak take part cikgu punya keje kan. tu pendapat CiKema la...sebab ada ibu bapa yang cakap kejap ikut kelas ari Jumaat tu..then ade juga yang cakap ikut senarai nama yang baru. Hai..yaaa....

CiKema?...ade kesah nak letak kat mana? yang penting dah ade senarai baru kat situ...so letak ajelah anak kat kelas yang baru. Nak pening-pening buat pe kan... Udah panjang lebar berleteq plak akak...hehe

Dah malas nak join bersidai kat depan kelas Faris, CiKema gi tengok si Kakaknya pula. Farhana memang dah tau kat kelas mana dia akan masuk, jadi tak delah kecoh-kecoh sangat kat depan kelas dia. Saje tengok..tu diaaa...dok belakang sekali Farhana. Tak kisah le..janji dia ade kerusi nak dok dalam kelas tu.

Okey...dua-dua anakku dah dok dalam kelas derang. Senang dah hati. Skang masalah nak bayar duit PIBG or apa yang patut kat cikgu pula. en. Pejal konon-konon nak pi tanya cikgu kelas la kan...hai...ade pula cikgu yang tetiba datang entah dari mana dok suruh mak ayah ni ke kantin sekolah. Pulak...

Photo: Berkobar-kobar!
Kakak n Abang siap dah nak ke sekolah ni
CiKema dah kena sebelum tu...tu yang pi ke kelas kakak. Bila kena kat en. Pejal pula...dia siap sound cikgu tu memang tak de nak bayar apa-apa ke? Then terus say Good Bye.. Bukan apa, ari pertama sekolah semalam tu...kalau boleh parents yang dapat bercuti nak le settlekan apa yang patut. Nak kena bayar ke apa. nak le juga tau...apa lagi nak kena buat..bukan saje nak datang mai sekolah dok tengok anak tu eh...Bukan saje-saje suka hati nak bercuti-cuti...dok gitu?

Hari-hari kot dah tengok derang. Cikgu ni macam tak paham pulak...dok halau-halau.... hai...sabo ajelah... CiKema kalau boleh nak menukar ejaan nama anak yang xbetul tu. Nak bagi duit untuk bayar tanda nama tu... penyudahnyaaaa...harap cikgu paham-paham ajelah bila CiKema letak duit banyak tu kat dalam fail anak tu. Itu pun tah paham ke idak. Mesej xsampai gak bila anak balik sekolah cikgu cakap duit tak cukup. Apa keheeeenyeee?

Budak darjah 1 apalah yang derang tau kan. Hari ni tak ke sekolah nak settle segala kemusykilan semalam. Firzanah demam. Sejak malam semalam sebenarnya. Demam dia kebah bila makan ubat. Ubat demam memang banyak kat umah, nak perabis dulu sebelum ke klinik nanti. Past tu...on balik bila time malam. So malam tadi badan dia memang hangat. Ibu dia ni tak senang hati.

Pagi tadi dah ke klinik sebab risau demam tak surut2 walaupun dah bagi ubat demam tu. Dapat ubat yang lebih kurang sama dengan yang ada kat umah. Hehe...tak pe, layankan je. Bagi gak ubat tu supaya baik demam tu. Harap cepat sembuhlah Firzanah ye. Ibu pulak rasa cam nak demam ni. Huhu

Saturday, December 15, 2012

Harimau Malaya kecundang

Assalamualaikum...semuaaa...

Ibu: Selamanyaaa... Harimau Melaya....
Firzanah: Oh...Selamat Hari Raya

Eh..tetiba pulak dia...bila ibu nyanyi sekali lagi..memang betullah...Firzanah akan nyanyi selamat hari raya. Agaknye tu je yang dia pandai sebut. Belasah ajelah kan...rasanya sesuai lagi ajar anak tentang raya...dari hok laro-laro ajaaa...tetttt... :P

culik dari SINI
Ni semua kes bola semalam tulaaa... Kalah juga Harimau Melaya dipijak dek Gajah Putih..aduh..penyek sudah... 2-0 ...kosong..kosong..oooo...so aggreget jadi 3-1. Hmmm...sedey laaa..tak dapat lawan Singa auuummm...gitu. Aik..macam berjanji pulak...dolu final Malaysia vs Indon...la ni 2 dua xdapat jumpa di final AFF Suzuki 2012.

Semua orang dok marahkan pengadil tak fair n lovely lah...tuan rumah kasi padang cam sawah lah...tapi sedar tak sedarlah kan...kite tak perasan pun kesalahan sendiri. tapi lagi sekali...tak masuk si Fadhli yang kena kad merah tetiba tu yer...tu memang pengadil tidak adil...ini tidak adil...ini tidak adil...bagimu... ha..yang tu memang bikin panas. nampak le juga dia mengeluarkan perkataan yang tak elok pada pengadil tu. sib pengadil k-pop tu tak paham kan...kalau tak haruan je..huhu

Sape punya keje ni?
Back to cerita...kalau Malaysia dah memang terror, kenapa kat tempat sendiri hanya dapat sumbat 1 gol je? Nape aritu xsumbat bergol-gol...xdelah korang marah-marah tak tentu pasal pada warga Thai. Tak pasal-pasal nak boikot segala produk Thai. Akekeke... Ni, kat Thai tu jugalah nak try buat macam-macam. Udahle sana banyak bomoh Siam...dah tentulah tokleh nak lawan. huhuhu

CiKema tak bole nak boikot...Bab makan tak boleh tahanaa...wowoo...semua makanan Thai sdap kot. Tom Yam...Som Tam.. Nasi Goreng Pataya...hehehe...Walaubagaimanapun makanan Malaysia tetap dihati. kan..kan..

Biasalah bola ni...memang adatle... hari ni menang sok pula kalah cengitu lah seterusnya. Kalau nak menang selalu, kenalah rajin berusaha lagi. Korang macam mana plak semalam? Ape cite yer?

❤ Oklah...nak layan Running Man plak...oppss...jangan marah...lariikkkkk...hehehe 



Thursday, December 13, 2012

Sunyi Sepi tanpa komenMu

Assalammualaikum...

Lama sudah ku menyepi
Mencari idea tak kunjung tiba
Buka blog tapi xde entry
Macam mana orang nak komen daaa

Akekeke...saje cuba berbalas pantun ngan korang gitu. Entahle nape, selalu gak CiKema buka blog ni...tapi bila time nak buat entry je..idea tu mesti menghilang...walhal..sebelum tu meluap2 je rasa nak kabor kat semua orang yang ah kak ni haa...nak bercerite macam2...nak mengayat korang sampai caiyak...nak merapu meraban...nak cari pasal... tak termasuk mengumpat or mengeji yer...

Memang...macam-macam ado je raso yang den nak luahkan....tapi sayangggg...idea den..ilek...tetiba je otak jadi kram...tetiba je..terlayan BW...terlayan FB...terlayan cerita itu ini di blog sensasi...maka xjadilah entryku di sini..xdolah BE/ME...huhu...sop..sop...sedey konun...

Kosong..kosong..ooo

Hai...memang macam air Najwa Latif dah jadinye...air ape? Kosong...kosong..ooo... xde sape nak komen. Xde n3...maka tiadalah komen. Kini daku Sunyi Sepi tanpa KomenMu. Apo nak buek yooo? Ce cite...

Wednesday, October 24, 2012

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

Mula-mula sekali nak kreditkan info yang ingin dikongsikan ini pada Cerita Ita. CiKema ambil dari Cerita Ita agar dapat dijadikan panduan buat CiKema suami isteri dalam menjadi Ayah Ibu yang baik agar dapat mendidik anak-anak kami supaya menjadi insan yang mulia dan  berakhlak tinggi. Insya Allah.


Maka...untuk itu, kesilapan-kesilapan seperti yang dinyatakan seperti di bawah perlulah dielakkan.

1. Kesilapan pertama: 

Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


2. Kesilapan kedua: 

Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.


3. Kesilapan ketiga: 

Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: 


Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.


5. Kesilapan kelima: 

Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.


6. Kesilapan keenam: 
pic dari  SINI


Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: 

Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: 


Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: 


Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: 


Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: 


Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: 


Bertengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: 


Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: 


Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: 


Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)



Semoga adenye info ini, dapat mengelakkan kita dari melakukan kesilapan2 di atas. 

♥ Semoga CiKema dan En. Pejal jadi Ayah Ibu yang dapat mendidik zuriat keturunan kami mengikut sunnah Rasulullah agar anak2 dan keturunan kami menjadi hamba Allah yang soleh/solehah. Aamiin ♥

Saturday, October 20, 2012

Antara Am dan Johan


Korang suka sape? Yang mana satu pilihan kelambu kalbu?

Amik pic ni kat FB Adam dan Hawa
Skang memang jadi sebutan jejaka or hero Melaya dua orang ni. Al-maklumlah Adam dan Hawa punya penangan. Setiap malam tak sabar menonton kan.

Kakak: Ibu suka Adam ke lelaki tu? (Johan)
Ibu: Ibu suka Johanlah (saje nak usik)
Kakak: Alaaa....ibu ni (frust le tu pasal xsama..akeke)
Ibu: Nape? Akak suka Adam kan..
Kakak: Ha ah

Dah memang heronya si Adam. Kompemlah minat Adam kan. Hehe...Kalau ikut paras rupa, si Johan tu putih dan hensem lebih dari Am lah. Dah Aaron Aziz tu best actor...ramailah orang yang suka dia kan..kan..kan..Norman Hakim pun boleh tahan...klau tak takkan Mimie tu nak..hehe

Rupa paras n kehenseman tu kan berbeza-beza pada setiap orang. Sangat subjektif. En. Pejal cakap dia suka Aaron Aziz pasal muka dia nampak bersih. Dia akui yang Aaron Aziz ni biasa2 je dan tak hensem mana pun berbanding En. Pejal sendiri ler kan..(akekeke...xbaik gelakkan orang le) tapi muka AA tu nampak ikhlas.  Maka bila dah ikhlas tu nampak kejujuran dan pastilah menyerlahkan lagi kehenseman. gitulah katenye..

Korang pula cam ne?

Thursday, October 18, 2012

Thanks Bosses Ayah :)

Bismillah hirrahman nirahim dan Assalammualaikum buat semua.

Ni patutnya dah lama cite. Sorilah lambat pula berterima kasih pada bos-bos ayah. Hadiah dah dapat tapi tak sempat le pulak nak say thank you. Maybe Ayah dah say thank you...

Mr.Tan siap ambil utk bagi pada Ayah
Farihah suka tido kat sini
Sempena kelahiran Aqmar Farihah, bos-bos Ayah ade berikan hadiah. Cantik playmat Singa with bantal Bee tu. Farihah sangat suka terutamanya Sun yang sentiasa tersenyum tu. Buat Farihah senyum jika tiada siapa yang nak layan dia.
Ayah's Bosses
Anak-anak ibu nak say  something to Ayah's Bosses ke?

Ada Ibu. Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Bos pada semua bos-bos Ayah dengan ucapan

17 Oktober

Kakak: Semoga Bos Ayah semua be nice to Ayah (Aamiin)
Abang: Abang harap bos Ayah kasi bonus banyak2 sebab Ayah work hard everyday (Aamiin)
Kak Firzanah: Semoga Ayah jadi bos macam bos2 Ayah (Aamiin)

Owh..ade gak hari untuk bos yer. Selalu untuk pekerja je kan. Anyway, Hepi Belated Bos Day untuk semua bos-bos di mana jua berada. Bekas majikan ibu pun, ibu nak wish juga. La...ni Ayah pula jadi bos ibu. Hehe



Saturday, September 29, 2012

Honey Madu Wanted

Mai..Mai..semua...sape mau jadi my honey madu? Waa...memang syioklah semua kaum adam yang dengar statement ni kan. Tambah-tambah kalau yang nak carikan tu sang isteri..hai memang macam orang mengantuk diberi bantal...disorong bantal...dicampak bantal gitu...

Ni cite dah lama, sesaje en. Pejal nak mencari-cari pasangan untuk dijadikan isteri. As a wife bohonglah CiKema tak jeles tapi at the same time... CiKema nak le juga bersedia awal-awal kot2 jadi kenyataan. Maka...di fb en. Pejal cuba mencari...kot ada antara rakan yang boleh rekemen kan...

siap ber'status' di fb lagi
Memang status berani mati ni...ada yang sokong, ade juga yang membangkang...yang menyokong tu of koz le kaum Adam...kaum Hawa pastilah bengang dan cuba gak membangkang kan..

CiKema? Berdoa je yang terbaik...Kalau dengan berMADU tu baik untuk kami...Insya Allah CiKema akan cuba terima segala dugaan dan ujian dari Allah. Kalau tak baik...minta sangat2 Allah jauhkanlah ye dak..tak mau lah terjadi porak peranda plak nanti. Nauzubillah...

En. Pejal with Hunny Madu
Cantik kan Hunny Madu tu, yang pasti itu bukanlah calon-calonnye yer. Mau kena kejor yop kejor or perambat ngan kayu, parang, bom, pistol, peluru berpandu, keris, cota...etc... plak dek suaminya nanti. Wife orang tu...dah le Hunny Madu skang berbadan dua. Tak pasal-pasal jadi kes lain plak...xmo..xmo..

Hunny Madu n her husband
Tapi tu lah...en. Pejal pernah cakap yang dalam dia mencari cinta...(memang kena banyak bersabar..kadang sampai xsabar gak le juga :D) dia juga adalah punca orang lain bertemu jodoh. Contohnye laa kan...dia melamar si gadis ni untuk di jadikan isteri, then gadis ni bagitau keluarga dia. Agak2 keluarga si gadis ni terima ke? Ha...kompemlah terus keluarga derang mencari menantu yang solo buat anak derang dengan segera. Yerlah...kalau boleh, biarlah si gadis dengan si bujangkan. Tak gitu?

ni plak ngan penari masa majlis Raye di opis en.Pejal
Jadi...gitulah nasib my en.Pejal (my nasib gak le..huhu) ... masih belum bertemu dengan orang yang sesuai untuk membentuk tanggapan yang baik dalam berPOLIGAMI ni. Maklumlah, selama ni...banyak sangat tusukan yang tak elok pasal POLIGAMI, padahal perkara tu bukan berDOSA BESAR kan...tapi digembar-gemburkan dan dilaksanakan dengan cara yang SALAH. Tu yang ramai yang tak suka MADU ni... (kata BoBoi..kenapa panggil madu, apesal tak panggil RACUN je..betul gak kan)

Alaa...CiKema nak bagitau lebih-lebih memang tak pandai sangat. Tapi tulah, takut juga kalau cakap je lebih, nanti dah jadi betul-betul...haaaa... mau menangis tak berlagu plak. Bagi CiKema, semua tu ketentuan dari Allah kan...DIA yang tahu sama ada hambanya sesuai atau tidak dengan ujianNYA.

Korang macam mana? Mau ke jadi Honey Madu CiKema? Tetttt...

Friday, September 28, 2012

Dah macam lampu disko

 
Lampu kat rumah CiKema ni dah macam dapat penyakit jangkit-berjangkit pula. Sebelum ni, dalam bilik tidur utama. Kemudian bilik anak. La ni kat tandas pula.

from google
Bilik utama tu, takde lah macam lampu disko. Bila on, lambat sangat lampu tu menyala. Tapi yang kat toilet ni dah memang macam lampu kat disko je. (Tak pernah masuk disko untuk berjimba pun yer). Sakit pula mata. Kejap menyala. Kejap padam..sabo ajelah

Heran juga, macam mana orang suka berjimba kat disko tu... boleh layan yer. Dengan lagu yang membingitkan telinga lagi...Derang tak pening ke ngan suasana tu? 

Moral of the story..beli je lampu baru ke..starter baru ke..dah masa untuk ganti yang baru le tu. Akeke :P

Thursday, September 27, 2012

Luangkan Masa untuk Anak

Bila tengok iklan kat youtube ni cam sedih gak rasa. 


Korang dah tengok ke? sesuai plak lagu Yuna...Ini tidak Adil.
jom terjah kat SINI.

CiKema la ni homemaker, tapi tak le pandai sangat jaga anak. Harap anak-anak ibu tak terabai cam tu. Moga-moga anak-anak ibu semua menjadi anak-anak yang soleh, beriman dan bertaqwa. Bahagia dan aman sentiasa di dunia dan di akhirat. Insya Allah. Aminn

Friday, September 21, 2012

Tidurlah wahai Anak

 
Koleksi gambar tidur Firzanah. Kalau di suruh tidur memang susah tapi kalau tak soh tido... tetiba je dia akan tertido. Asal sempat je. Ni pun sib tempat-tempat yang sesuai. 
Tido ngan bendera..Patriotik sungguh

Kiki pun join sekali

kepenatan mandi manda di Lost World of Tambun

Thursday, September 20, 2012

Kucing untuk Menguji

Bismillahirahman ni rahim

Assalamulaikum.. CiKema sekadar nak berkongsi.

Kadangkala Allah hantar
'kucing' untuk menguji kita
samada kita sayang atau tidak
dgn rezeki Allah. .
--Dia tidak meminta ikan untuk
digoreng
--Dia tidak meminta pinggan
yang elok ketika makan
--Dia tidak meminta air untuk
membasuh tangan
--Dia tidak meminta tisu untuk
lap mulut
# dia hanya meminta sisa
makanan kita yang tidak habis
Tapi ?
Kenapa kita masih tidak bagi ?

P/s : Bersyukur lah kerana
rezeki sedikit yang diperoleh ,
berkongsilah dengan sesiapa
termasuk makhluk Allah yang
comel ini iaitu 'kucing'. .
Kelak kita akan mendapat
rezeki yang lebih lagi dari
Allah . InsyaAllah .



Ni Kiki dan anaknye Oyen.

Rasa cam sian plak pada Kiki bila si Oyen hilang. Hilang pun masa Oyen dah pandai berdikari. Lama dah hilangnye, masa CiKema dalam pantang lagi. Maaflah Oyen, kami tak sabar menjaga Oyen. Mungkin ade tuan yang lebih baik di luar sana dari CiKema ngan famili. 

Anak-anak pun sayang kat Oyen tapi dah tiba masanya Oyen hidup sendiri. Pernah jumpa Oyen kembali tapi Kiki dah tak kenal anaknya lagi. Dia pun dah dapat melupakan si Oyen yang entah ke mana pergi. Hilang kan berganti. Kiki macam mengandung je lagi. Insya Allah tak lama lagi dapat baby. Hehe

Saturday, September 15, 2012

Kuat nangis ler

Penatnyeee...seharian melayan si tecik Farihah yang comel ni...(xde orang nak puji..kite puji anak sendiri akekeke) Ya Allah memang menguji kesabaran sungguh...kuatnye dia menangis. Nangis tu bukannye skit2...kalau boleh nak terkeluar anak tekak. 

nangis dahh
tarik napas jap
okeh...nangis lagi guna high pitch
Macam-macam cara nak stopkan nangis...kejap bagi susu...kejap dodoi kan...kejap balut aka bedunglah..kejap tengok diapers dia..kot-kot dia yak or pee...Sampai naik lenguh le juga dibuatnya. tahap dah sakit-sakit belakang jadinya. Banyak sangat aksi-aksi mendodoi, menyusu ... hai. macam-macam ado...lah.
tido pun
kot ye pun nak tido...xyah la nangis2 ye sayang
tangan siap terangkat lagi..mimpi apa la tu ye?
owhhh...1Malaysia yer sayang
tu lah ragam si Farihah. Blom  lagi kakak-kakak dan abang. Ibu kena lebih banyak bersabar dalam mengasuh dan mendidik anak-anak ibu. Semua ni ujian kan..ibu percaya ada hikmahnya nanti. :)

Ibu doa anak-anak ibu akan membahagiakan ibu dan ayah di dunia dan akhirat. Insya Allah