Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

Nak Istikharah

Assalammualaikum...

Setiap kali timbul kekeliruan atau kesukaran membuat keputusan atas sesuatu perkara penting dalam hidup, pastilah kita akan cuba mencari jalan penyelesaian dengan cara berbincang dan juga meminta petunjuk dari yang Maha Esa. Maka ramai yang akan cuba membuat solat Istikharah selagi mana keputusan yang hendak dibuat itu menemui jalan buntu.

CiK Akma tak tahu sangat tentang Istikharah ni. Kemungkinan disebabkan masih dalam kejahilan maka CiK Akma tidak mempraktikkan amalan Istikarah ni. Rupa2nya banyak sangat kehebatan dan kelebihan Istikhrah dalam kelancaran hidup sebagai hambaNya yang taat pada perintahNya.

Ambil dari SINI
Ada juga kesalahan dalam melakukan Istikharah ni. So Cik Akma akui memang banyak kekurangan CiK Akma. Lepas ni memang kena selalu buat Istikarah sebelum membuat apa2 keputusan agar keputusan dan pilihan yang dibuat tidak salah dan tidak menyenangkan hati. Diharapnya dapat petunjuk yang baik, benar dan betul dari Allah SWT.

Jadi kenalah solat Istikarah dengan cara yang betul kan. So boleh follow yang ni untuk dijadikan panduan agar segala keputusan yang dibuat tu mengikut syariah dan petunjuk dari Allah SWT juga.


 

Okey dah tahu cara yang betul sekarang... siapa nak buat Istikharah???? Jomlah kite.... :)

Saturday, July 13, 2013

Anak-anak di surau...

Assalammualaikum...
sajo nak membebel ari ni. CiKema gi solat terawih di surau semalam. tak tau nape tah, mood agak tak betul ke. Salah CiKema ke, salah orang lain... entahlah. Apa yang pasti, CiKema agak tak puas hati juga laaa.

Kalau boleh kita ni nak ke surau/masjid... mestilah nak buat ibadat dan kumpul banyak pahala kan. Tambah-tambah bulan yang penuh keberkatan Bulan Ramadhan ni. Bila pergi surau time Isyak tu, memang kagumlah kan.. ramai orang sekarang ni. Ayah Ibu ramai yang join untuk merebut peluang mengumpul pahala sunat yang berganda-ganda kan... Tapi yang tak bestnye si anak-anak ni laaa pulak buat hal....

CiKema tau diorang ni budak-budak lagi... umur pun belum baligh. Kalau datang ke surau sekadar nak bermain je pun buat pe. Bukan stakat main dan buat bising...boleh plak tu berlari berkejaran... lupakan segala duka... aceceh... zaman kanak-kanak memang zaman paling indah kan. Aduhaii...tolonglah...

Nasib baiklah anak-anak CiKema tak join sama. Kalau ado skali semalam tu...dah lama CiKema piat telinga masing-masing. Dah soh diam...dah soh gi kat tempat solat... boleh diorang buat derkk je. Memang bikin panas je... grrrr...

Apa agaknye nak buek ngan sebilangan anak-anak yang macam ni? Kesian pada yang betul=betul nak solat tu. Asyik kena kaco je. Orang bagi taskirah tak mo dengar... solat apatah lagi... Cam no tu? Haruskah mereka ni dibiarkan? Dalam hati ada taman. Rasa macam nak tangan-tangankan je..hehe anak orang tu..macamlah berani sangat kan. :P

Mungkin video ni boleh dijadikan panduan.. :)



yang ni pun boleh juga... :)

 
Apa yang boleh CiKema buat adalah tegur-tegurkan je sambil-sambil tu berdoa untuk kebaikan diorang. Jangan sampai menyusahkan mak ayah esok2 sudah laaa. Harap bebudak tu semua boleh diperbetulkan lagi. Aamiin

Anak-anak CiKema pun kalau dibiarkan sama je. kena selalu tegur.. kena rajin perhatikan juga dan kawal diorang supaya tak buat perkara yang tak betul di tempat yang tak sepatutnya.

Solat terawih kat tempat korang cam ne pula? Jomlah kongsi cerita...

Wednesday, June 19, 2013

PERASAN TAK ?

RENUNGAN DIRI & BERSAMA~

PERASAN TAK?...
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

Ambil gambar di SINI

PERASAN TAK?...
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?...
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

Ambil dari SINI
PERASAN TAK?...
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...
Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....
Ambil dari SINI


Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya...

Artikel ni di ambil dari post FB Rian Haikal

Memang CiKema ade penuh perasaan dan perasan tentang artikel di atas. Huhu..itulah manusia penuh dengan cubaan, cabaran, dugaan dan ujian dari PenCIPTA iaitu Allah SWT. Kita sebagai Hamba kena berusaha untuk menjadi insan yang bertaqwa untuk menuju ke syurgaNYA. In Sha Allah... Aamiin

Tuesday, December 18, 2012

Petua Untuk Mudah Bangun Subuh...

Assalammualaikum...

Saje nak masukkan dalam blog ni. Panduan untuk diri sendiri yang kadang kala kantoi gak bangun subuh. Harap dapat dijadikan panduan untuk anak-anakku nanti.
Petua Untuk Mudah Bangun Subuh... :)
• Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
• Ambil wuduk sebelum tidur.
• Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
• Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
• Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
• Maafkan semua orang sebelum tidur.
• Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
• Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.

~ Ustaz Don Daniyal

Selain dari petua dia atas ni, apa agaknya lagi petua yang korang ada? Kalau sudi..kongsikanlah bersama yer...Thanks in advance :)

❤Semoga Allah menjadikanku serta keturunanku hambaMu yang sentiasa mendirikan solat. Aamiin❤

Thursday, October 4, 2012

Jom Solat

jumpa ni kat FB


Peringatan untuk diri sendiri. Anak2ku jomlah kita solat yer. Adik2ku jangan tinggal solat
Semoga kita tergolong bersama orang2 yang beriman dan bertaqwa kepadaNYA. Aminn

Saturday, September 1, 2012

Perkara MAKRUH ketika Solat


Secara sedar atau tidak banyak juga perkara Makruh yang kita buat ketika solat. CiKema pun kadang-kadang ade juga TERbuat perkara-perkara MAKRUH seperti di atas tu... Anda bagaimana? Insya Allah... sama-samalah kita cuba perbaiki dari semasa ke semasa yek..