Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, May 29, 2013

Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus


Assalammualaikum...

Wah tak sangka Ustaz Azhar Idrus ni... makin tua..makin menjadi gitu kan. UAI selamat bernikah satu lagi. Tahniah3...ini adalah isteri ke 3 UAI. Nampak macam muda lagi tu. Hehe kalau dah jodoh kan...


Di apit oleh Isteri2


ustaz-azhar-uai-kahwin-3
Sebelah sini pun isteri UAI juga.

Semoga perkahwinan UAI berkekalan hingga ke akhir hayat juga hingga ke syurga hendaknya. Aamin :)

Pada yang masih bujang tu...Moh kita usha3 apalah tip2 perkahwinan UAI ni yer. UAI dah 3... korang tu bila lagi? Hihi



13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Sumber: Islam Itu Indah

Sunday, March 17, 2013

Merawat dan Menyihatkan Hati

Assalammualaikum...

Apa ada pada hati? Kadang-kadang kita lupa nak merawat dan menyihatkannya.



Sumber dari: Tudung Labuh Muslimah

Masih dalam proses. Insya Allah akan diaplikasikan dan diamalkan selalu. Moga Allah sentiasa berikan hidayahNya dan panduan untuk mendorong hati kita agar sentiasa bersih dan sihat. Aamiin

Wednesday, December 19, 2012

Rambut banyak gugur

Assalammualaikum...Alhamdulillah kalau ada yang sudi jawap salam tu..hehe.

Hari ni nak bercerita pasal rambut gugur. Ya, Allah...tak tau nak cakap apa. Kalau diikutkan hati ade rase gusar dan risau gak bila tiap kali buka ikatan rambut....tu diaa...manyaaakk sangat rambut yang sangkut. tu belum sauk ngan tangan...apatah lagi kalau sikat rambut. Hai...dah kompem2lah akan jadi macam pic kat bawah ni...bannnyaaakkk kan..kan...

Pic dari SINI
Sejak Farihah 3 bulan sampai la ni 5 bulan dah...hari-hari rambut gugur tak hingat. Biasanya CiKema takkan sikat rambut pasal cam trauma n nak ke ala-ala histeria juga bila tengok rambut sendiri yang banyak nooo gugur... So, CiKema akan buat tak tau je. Kalau tanggal ikatan rambut tu...cepat-cepat buang or simpan rambut yang gugur tu.

Suami CiKema, en. Pejal plak suka la dia menegur...sian bini aku ni...dah nampak kulit kepala laaa..dah nak botak laa. Hishhh...dari orang tak mo pikir..boleh jadi terpikir jugalah pasal rambut ni. Sabo ajelah...

Jadi dok godek-godek terjumpalah pasal isu rambut gugur ni kat Pa&Ma. Memang sangat membantu info kat situ. Selain tu ade juga jumpa tentang punca rambut gugur dan juga tips untuk mengurangkan keguguran rambut ni. Terima kasihlah...semua tu amat-amat membantu CiKema yang kadang-kadang naik gile pressure bila fikir pasal rambut.

Takut sangat kepala botak...nanti dah xcantik...teettt..hehehe....alaaa...bukannya tak pakai tudung pun, orang tak nampak punnn nyee kan..kan...saje nak kasi hati sedap... Almaklumlah..rambut tu kan mahkota..mau naik gile meroyan kalau botak dah..xde rambut huhuhu.

Isu rambut ni dah biasa bagi CiKema atau mungkin juga pada ibu-ibu yang lain. Tambah-tambah orang yang beranak kecil yang umur baby barunya pun blom sampai setahun. Anak-anak CiKema pun bukannya sorang tapi dah 4 orang...Memang dah biasa alami masalah ni. Cuma banyak dengan tak je.

CiKema ni pun bole tahan selalu skip makan. Bukan rambut je gugur...tenaga pun macam nak gugur gak. Memang kena makan banyak kalau menyusukan anak. Kalau tidak...ibunya pengsan...anak pun sakit perut kelaparan...kesian-kesian.

Okey...semoga hormon dalam badan CiKema ni cepat kembali normal hendaknya. Tak ada lagi masalah rambut gugur dah...so takdelah nanti Farihah nak explore meniarap merangkak dok tersangkut terperangkap ngan rambut ibu je kan..hehehe

❤ Sape nak kongsi cite pasal masalah ni? Sila-silakanlah...mana tau ade tips tu...nanti kongsilahkan sekali. 

Terima kasih sudi ke sini
Nanti jangan lupa mai lagi

campaign image

Tuesday, September 25, 2012

Tips untuk Anak Jadi Pintar


Sumber: Anak Alidz

Semoga tips ini dapat membantu dalam usaha kita membentuk anak-anak dan generasi akan datang menjadi pintar. Bukan sahaja pintar berkenaan perkara-perkara di dunia ini...Insya Allah pintar juga tentang akhirat. Aminnn...


Tuesday, September 18, 2012

Tips Perkahwinan

Pada yang tengah bercinta tu..Jangan asyik bercnta je tau. Nikah itu dapat mengelakkan korang dari membuat dosa. Dapat pahala lagi. Ni ade sedikit tips untuk berkahwin.


Sumber: Mimbar Syahadah

Antara Dalil dan Hadis tentang Perkahwinan

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32) 

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari) 

Rasulullah bersabda : Barang siapa diantara remaja yang berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. 
(HR Ibnu 'Addi)


"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)