Pada yang tengah bercinta tu..Jangan asyik bercnta je tau. Nikah itu dapat mengelakkan korang dari membuat dosa. Dapat pahala lagi. Ni ade sedikit tips untuk berkahwin.
Sumber: Mimbar Syahadah
Antara Dalil dan Hadis tentang Perkahwinan
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)
Rasulullah bersabda : Barang siapa diantara remaja yang berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku.
(HR Ibnu 'Addi)
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)
tip yg baik...tq berkongsi..:)
ReplyDelete