Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

Berkorban Raya tahun ini



Assalammualaikum

Alhamdulillah..tahun ni en.Pejal buat korban. Tertunai juga hasrat untuk buat korban walaupun 1 bahagian. Janji ado... tu pun ingatkan dah tak dapat. Last minute baru nak pi tanya kan... nasib baik lah ade lagi lembu punya bahagian. Dah rezeki kami agaknya... Syukur..

Pagi2 raya, CiKema buatkan rendang instant. Kalau nak diikutkan nak membuat rendang ala-ala mak CiKema. Permintaan Kakak, tapi dek kerana tak berapa cukup bahan-bahan dan membeli belah di malam raya yang sudah pastinya stok tak berapa nak ada maka jadilah rendang CiKema bercampur dengan rendang pek instant yang ado di pasaran. Itu pun nasib juga ade ayam nak dibuat rendang, kalau tidak...selamat lah kan..tak jadi merendang CiKema raya korban ni.

1st time beraya kat rumah sendiri. Kebiasaannya akan ke rumah mak or ibu mertuaku untuk celebrate raya. Tapi kali ni, cuti en. Pejal pun sehari... anak-anak sekolah pun cuti sehari juga. Punya kedekut cuti...huhu... Nak buat macam mana, bila lebih mengutamakan duniawi dari akhirat. Agak je tu...andaian CiKema semata-mata. Frust tak dapat beraya kat umah mak maybe. Mak pun ade tanya, balik raya ke dak. Mak buat korban 1 bahagian juga kat depan rumah. Macam seronok je, tapi buat hari rabulah. Anak dah sekolah maka tak dapeklah den ke rumah omak. Sedeyyy...

Okey dah siap masak semua, anak-anak ngan en.Pejal sempat solat raya. CiKema sempat dengar khutbah raya je. Terkilan juga sebabkan lambat bersiap tak dapat solat raya which is sejak CiKema baligh tak pernah lagi bersolat sunat raya. Huhu...
Photo: Eid-Mubarak!
tunjuk kuku kaki jelah..yang lain dah selamat di sedekahkan dan juga dimasak untuk makan beramai-ramai bersama jiran tetangga yang bergotong-royong menyempurnakan korban pada Raya kali ini
Pas settle solat, balik umah makan rendang ngan nasi impit yang sempat CiKema masak malam raya. Kehkeh... Sebelum ke surau untuk upacara menyembelih lombu, sempat jiran depan ajak datang beraya kat umah. Segan plak, sebab CiKema tak buat apa-apa sangat kalau nak ngajak menjamu datang ke rumah. Aci tak kalau goreng nuget je. Kesian kan, tak pernah reti nak bersosial di ari raya untuk mengajak jiran tetangga datang beraya kat umah sejak dok kat Puchong ni. Kalau ajak pun, kenalan kami dan keluarga terdekat je. Maybe yang tu yang tak berasa segan kan.

Dah beraya, kami ke surau nengok lembu. Tengok-tengok lombu yang ade bahagian kami dah selamat dikorban kan, tapi masih ade nyawa-nyawa ikan lombu...sesuai ke? Kebetulan masa tu nak mengorbankan lombu yang ke tiga. Sempatlah nengok.

Okey.. lama sangat dah tak tengok lembu disembelih depan mata. Kalau kecik-kecik dulu memang selalu tengok kat kampung. Kecik tak kecik jugalah lebih lah 20 tahun kan. So ini, kali pertama sejak kawin dan beranak empat gitu. Then snap2 juga time melapah lembu. Ramai juga yang pertama kali nak belajar melapah. En. Pejal antaranya, belajarlah mereka bersama-sama. Seronok...

Kami kaum ibu-ibu ni pula, menolong memotong apa yang patut untuk persediaan memasak untuk gotong royong kali ni. Bila cik Kiah dah berkumpul, macam-macam lah cerita. Seronok join membantu... sebab CiKema ni, kureng juga bersosial ngan jiran2 kat sini. Maka, inilah waktunya nak berkenal-kenalan dan mana-mana yang dah kenal nak bagi lekat pula dalam ingatan nama-nama diorang. Gila teruk punya ingatan dan communication skill... al maklumlah, ah kak ni low profile...muahahaha

Dah solat Zohor, kerja pun dah settle... kami balik le ke rumah dulu berehat. Nak menunggu kan juadah yang disediakan tentulah ambil masa. So kite lelapkan mate dulu di rumah. Usai solat Asar, en. Pejal dapatlah menapaw kari daging dan juga sup tulang. Bawa ke rumah abang ipar sebab ibu mertuaku dah ade kat sana. Juadah itu kami kongsikan bersama-sama dan memang sedap bila dapat makan daging fresh tambah-tambah daging korban ni. Hingga menjilat jari... yum..yum.. Seeedaaappp..

Okey, raya korban tahun ini seronok juga bila kita buat korban dan dapat berkumpul dengan jiran tetangga. Walaupun cuti sehari, tapi hikmahNya sangat bererti pada kami sekeluarga. Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua. :)

Wednesday, July 31, 2013

Baju Raya punya kisah

assalammualaikum...
Cuba baca cerita kat bawah ni.

dari FB Saya Benci Harga Barang Naik!
So? Apa pendapat korang? macam-macam cerita kan. Kot ye pun, tak dapat baju raya jangan lah sampai mengamuk cengitu sekali. Nasib baiklah suami tu cedera je, kalau terbabas meroyan terlebih ke sampai tersungkur tak bernyawa kang nayaaa je udah jadi kes lain pulak. Bulan puasa ni bawak-bawak la banyak bersabar ye. Memang banyak ujian...sebab Allah nak tahu tahap mana iman kita.

Semoga kita sentiasa perbaiki IMAN kita setiap hari. Aamiin :)






Wednesday, August 29, 2012

Selamat Hari Raya

Dengan ini saye...sebagai penyimpan mohor-mohor besar mengistiharkan esok Raya..yeay..yeay.. Raye.. Seronoknye nak raye... ace ce ce..

Raya dah seminggu lebih baru nak buat ucapan raye...Sowi bebanyak yer. Tak sempat nak wish raye pada semua. Raye blom abis lagi kot...Orang puasa sebulan beraya pun sebulan...Walaupun CiKema puasa tak cukup sebulan... hehe


CiKema nak mengambil kesempatan ini ingin memohon kemaafan pada semua tau... sekiranya ade terlebih or terkureng dalam berblog selama ini. Tambah-tambah pula dalam mengendalikan ga di mana ade kemungkinan CiKema memberikan hadiah pada korang tu agak lambat (meme ado pon...sorry yer) atau ade yang tak berapa syiok dapat hadiah tu. Maaflah ye...yang baik tu datangnye dari Allah dan yang kurang tu adalah dari ketidaksempurnaan CiKema yang sekadar insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Maaf Zahir dan Batin yer.

Semoga raya anda sentiasa ceria dan gembira bersama orang yang tersayang. Alhamdulillah...raya tahun ni CiKema dan keluarga beraya dengan Orang Baru. Insya Allah akan menyusul cerita-cerita raya pas ni..hehe