Showing posts with label Bola. Show all posts
Showing posts with label Bola. Show all posts

Wednesday, September 25, 2013

Listen!!! Saya Bukan BODOH by Aisya Mat Yo

Assalammualaikum semua...

Tentu semua dah dengar atau dah tau kisah sang isteri pada pemain bola terkenal Mat Yo kan. Video yang di'upload' sendiri untuk tatapan semua, kononnya nak menegakkan keadilan akhiranya membawa padah pada diri sendiri. Bukan apa, dari pada pemerhatian CiKema sendiri pun, memang tak wajar perkara sedemikian berlaku. Pas tu pi pulak upload nak tunjuk kat 1 Malaysia yang awak tu tak bodoh. Sebab ayat tu yang dok diulang-ulangnya... Saya Bukan Bodoh beberapa kali. Tapi... nampak sangat ade yang tak berapa cerdik kat situ...huhuhu

Meh nengok video tu.



So apa pandangan korang plak? Kesian pakcik guard tu kan. Dia hanya menjalankan tugas dia. Tapi kalau diprovoke mau tak hangin kan. Tu nampak cam pakcik tu nak kasi pelempang. Tak tau la cam ne nak cakap. Kalau pakcik guard tu ayah koranglah... apalah yang korang akan buat disebabkan kebiadapan orang-orang yang akalnya 1 nafsunya 9 ni.

CiKema jadi pelik gak, si Mat Yo tu boleh plak dia biarkan je. Kompius ngan orang lelaki yang akalnya 9 nafsunya 1 ni tapi tak buat apa-apa. Kot ye pun, cubalah elakkan pergaduhan berlaku. Tambah-tambah kita sebagai orang Islam kan. Inikan pula bergaduh ngan orang tua plak tu. Hai...kesabaran betul daku menengokkannye.

isteri-mat-yo
Cantik je orangnya tapi...
Amik gambar kat SINI

Teringat le pula arwah bapak CiKema bila nengokkan pakcik guard ni. Diorang suami isteri tak de rasa apa-apa ke? Diorang takde ayah ke? Hormatlah skit...

Sebagai perempuan yang penuh dengan kelembutan, yang punya kasih sayang patutnya bukan ini perlakuannya. Andai dia minta maaf je dan terus beredar dari situ. Dah tak jadi isu kan...kan.. APTB :P

Wednesday, June 19, 2013

PERASAN TAK ?

RENUNGAN DIRI & BERSAMA~

PERASAN TAK?...
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

Ambil gambar di SINI

PERASAN TAK?...
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?...
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

Ambil dari SINI
PERASAN TAK?...
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...
Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....
Ambil dari SINI


Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya...

Artikel ni di ambil dari post FB Rian Haikal

Memang CiKema ade penuh perasaan dan perasan tentang artikel di atas. Huhu..itulah manusia penuh dengan cubaan, cabaran, dugaan dan ujian dari PenCIPTA iaitu Allah SWT. Kita sebagai Hamba kena berusaha untuk menjadi insan yang bertaqwa untuk menuju ke syurgaNYA. In Sha Allah... Aamiin