Showing posts with label Bantuan. Show all posts
Showing posts with label Bantuan. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

KAKAK...SAYA NAK SEGELAS AIR KOSONG...BOLEH

Assalammualaikum...
Kisah di bawah ni bisa membuatkan CiKema bergenang air mata. Entahlah... cubalah korang baca..

 

Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.
“Kakak, saya nak segelas air kosong...boleh?"
Direnungkan wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.
“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.
“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.
“Tak perlu bayar.”
“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”
“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan
"ALHAMDULILAH" dan terima kasih.”
“Okey, ALHAMDULILAH. Terima kasih kakak”
Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang.
Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.
Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit yang serius. Dia telah dirawat di sebuah hospital di bandar tersebut, dengan dibawah pengawasan oleh seorang doktor pakar.
Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun dia sudah berusia.
Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.
“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”

MORAL OF THE STORY...
Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan ALLAH SWT sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang berada berdekatan kita.

via Pakar diari hati
Islam Itu Indah

 Semoga kita sentiasa beramal tak kira sekecil mana skalipun, In Sha Allah pasti Allah akan membalasnya. :)

Tuesday, April 30, 2013

Jom Menderma

Assalammualaikum... Kadang-kadang kite ni selalu lupa pada yang memerlukan bantuan. Jadi kat sini CiKema nak wujudkan satu entry bagi jalan atau laluan untuk salah satu cara untuk kita sama-sama membuat amal.

Ini juga untuk kesenangan CiKema pada masa-masa akan datang, untuk tidak lupa pada mereka ni. Takdelah susah2 nak godek2 mencari2 je kan...Selalu je share...derma sekali..pas tu lupa dah kat mana nak cari. Jadi kumpulkan satu tempat senang nak cari balik...hehe

Kat bawah ni adalah senarai badan kebajikan/individu yang memerlukan bantuan kita.

Jom Menderma...

dari FB Adik Hasif Ammar
Doktor pakar telah mengesahkan adik Hasif Ammar mengalami 'lerenggomalasia' di mana bahagian tekaknya lembut dan tidak boleh menelan secara normal.

ZAIDAH IBRAHIM - Ibu
154035351774 Maybank
Tel: 012-3529153

 

Rumah Anak Yatim Negeri Sembilan
Rumah Anak Yatim Melaka
Rumah Anak Yatim Johor
Rumah Anak Yatim Perlis
Rumah Anak Yatim Kedah
Rumah Anak Yatim Selangor

Pembangunan Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad,
No akaun: 562777200551 (untuk baik pulih / pembangunan asrama baru)

Rumah Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad,
No akaun: 512343531956 (makan / minum utiliti)

Pusat Pendidikan Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad,
No akaun: 562777200627 (untuk pendidikan)

Pengurusan Baitul Hidayah Malayan Banking Berhad,
No akaun: 512343532238 (untuk kebajikan / pendidikan saudara baru)
http://rumahanakyatimlimpahankasih.blogspot.com/

Tabung Poshe Positive Shelter Maybank : POSHE
Account number : 564557124750
SILA RUJUK PADA PUAN WAN HAVA WAN HUSSIN A.K.A (makwan)
No.2,jln.budiman 14,taman.mulia,bandar.Tun Razak,cheras,56000 kl
EMAIL: positiveshelter@gmail.com, fax: tel:/ LINES : HP 016-627-1883
Daftar sebagai sukarelawan di blog POSHE ini sekarang!!

*Masih banyak lagi ni...nanti update skit2... :)

Tuesday, April 9, 2013

Blogger Prihatin 2013

Assalammualaikum...

Sape sini memang suka tolong orang? Sangat Prihatin tentang masyarakat setempat juga yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Siapa yang memang sekarang ni terlibat dengan aktiviti kebajikan dan sukarelawan. Seorang blogger dan juga mahasiswa... Berumur tak melebihi 31 tahun ( adui..selalu syarat ni CiKema akan kantoi...dah terlebih umuq..huhu ) Sila angkat tangan... Haaa..mungkin andalah orang yang dicari-cari untuk dinobatkan sebagai Blogger Prihatin 2013.

from myMetro
Kena buat entry atau karya tidak melebihi 120 patah perkataan. Alaaa..mesti kacang je ni budak sekolah pun boleh buat kan..kan.. inikan pula korang pelajar U. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat link di myMetro Pelancaran Blogger Prihatin 2013. Sila rujuk Terma dan syarat. Tarikh tutup penyertaan 30 April.

Apa tunggu lagi...jadilah Blogger Prihatin :)