Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

BenCInta macam tiru cite Enough je



Assalammualaikum...
Hehe...kontroversi tak tajuk entry kali ni? Kalau tau dek pelakon filem BenCinta dan kaum kerabat yang terbabit dalam filem ni, agak-agak apalah yang diorang akan buat pada CiKema yer. Jangan saman ah kak ek... Ini sekadar pendapat dan juga apa yang CiKema nampak dan tengok je.
Ambil pic ni kat SINI

Sebenarnya... sekarang ni CiKema tengah tengok the making of BenCinta. Lakonan Farid Kamil dan Nora Danish. Bila di amati, macam pernah tengok je cerita ala-ala cengini. Seingat CiKema pelakon utama cite yang CiKema tengok tu cite omputih la kan... pelakon dia adalah Jennifer Lopez. So googling le kan..maklumat dihujung jari je...

Wokey, cari je Jennifer Lopez bukan cik Kuih Lapis yer. Maka kluarlah beberapa maklumat tentang J. Lo ni termasuklah filem lakonannya. Dia kan fames ngan menyanyi kan tapi dia pun boleh berlakon juga. So...bile tengok2.. okey dah nampak.. Cite BenCinta ni sama dan macam serupa dengan cerita Enough.
tanya kat en.wiki pasal ENOUGH ni yer

CiKema tak taulah jalan cerita keseluruhan cerita ni macam mana, kalau nak tengok kat panggung rasanya tak la kan. Tapi kalau dapat tiket FREE pergi je... hehe... So tunggu ajelah 4-6 bulan nanti kuarlah kat Astro Mustika ke, Citra ke or maybe tunggu tahun baru punya movie kuar kat tv ajelah. Kejap je cite-cite melayu ni kuar kat panggung, pas tu nanti mesti kuar juga kat tv. So sedar tak sedar...timbul je kat tv nanti.

Nak ulas panjang-panjang pun tak tau, kalau nak tengok cite BenCinta tu boleh nengok je kat panggung wayang. Sebab dah tayang pun since 26 September yang lalu. Kalau korang penyokong fanatik filem tanahair, segeralah ke panggung yang terdekat ye. Ala...terjah je mana2 yang sempat. Kalau dah suka kan... hehe

Itu aje. Sekian..

Sunday, September 1, 2013

KL Gangster 2 | Jaga2 Syamsul dah tau

Assalammualaikum

Sejak dua menjak ni kecoh dah kat FB rata-rata meng'update' status dah nengok citer KL Gangster 2. Wah...masing2 advance ke depan yer.. Movie tak kuar kat panggung tapi ramai yang dah tengok FREE kat intenet nih. Siapa punya keje lah agaknye? Bukan main berani dia meng'upload' filem KL Gangster 2 ni. Kebal sungguh si dia itu...

Apa lagi...bila dah boleh tengok FREE, ramailah yang pakat-pakat meng'download' filem KLG2 ni. Menda FREE kan mana taknye orang berebut-rebut. Masing-masing ambil kesempatan sebelum kena block link tu.

Jaga-jaga dia dah tau..

CiKema dah tengok ke cite tu? Idoknye punnn... CiKema masih belum berkesempatan menonton KLG2 tu. Sian kat Syamsul Yusof tu...dia penat2 buat filem, perah otak bikin skrip...berlakon..mengarah bagai...ade pulak petualang yang buat hal. Belum buat promosi secara besar-besaran untuk filem ni, tup...tup...dah boleh tengok FREE. Naya je kan..kan..

Kesian tuuu...huhu. Bagi CiKema setiap yang berlaku pasti Ade hikmahnya. Kalau filem bagus...mesti ramai yang akan ke panggung juga nanti. Dengar cite, ramai yang memberikan feedback yang sangat baik dengan filem ni. So..apa lagi Syamsul, jangan dok perap lama-lamalah filem KLG2 tu. Cepat2lah tayang yer...In Sha Allah, meletops lagi kali ni.

CiKema xtgk lagi tp husben dah download. Hehe