Showing posts with label Bicara Hati. Show all posts
Showing posts with label Bicara Hati. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

Adam & Hawa di Astro Mustika HD

Waaa...cam best je drama bersiri Adam & Hawa ni. Bagi pembaca Novel Adam dan Hawa pastinya tertunggu-tunggu cerita tu kan. Nak tengok macam mana cerita dari novel diadaptasikan ke bentuk drama. 

Hai..sejak dua menjak ni memang banyak dah adaptasi novel ke drama/filem kan...kan...start dari Ombak Rindu, Kau Untukku bla bla (tak ingat filem apa punya banyak daaa hehe)...tapi tu filem yang ini drama bersiri. Ado banyak lagi rasenye dah buat drama bersiri cam gini gak, kali ni Adam & Hawa punya turn laaa.

Adam & Hawa karya Aisya Sofea

Adam & Hawa dah pun ke udara sejak ari Isnin 27 Ogos 2012 lalu. Baru 2-3 hari je. CiKema tak pernah baca novel tu, jadi layankan je dulu cerita tu kat Astro. Nanti kalau baca novel..tak puas hati plak macam cerita Bicara Hati.

Hero & Heroin

Adam & Hawa ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Mustika HD. Drama bersiri 80 episod tu...mau gak dekat-dekat 7 hingga 8 bulan baru habis ni. Tak pe, kalau dah tak sabar mau gak cari novel tu. Makin laris lah jualan Novel Adam & Hawa ni nanti. Insya Allah...

Kalau nak bertemu mesra ngan pelakon utama Adam & Hawa iaitu Aaron Aziz ngan Nadiya Nisaa boleh tengok kat bawah ni. Mesti seronok punyerr...

sumber : Adam dan Hawa

Teringin gak nak pergi...tapi en. Pejal tak suka crowd la plak...ngan anak 4 orang nak bawa lagi. Mau haru biru nanti...Sape yang pergi tu...amik gambo bebanyak yer. Jangan lupa kim salam kat derang...hehe :)

Wednesday, May 23, 2012

Kau Untukku


Hari ni kali ke dua CiKema tonton cite Kau Untukku kat ABO saluran 952. Tajuk macam familiar...tak pasan plak rupa-rupanya cite ni adaptasi dari novel Kau Untukku karya Aisya Sofea. Tak ingat plak, samada CiKema pernah baca ke tak novel tu. CiKema tengok cam tak teringat langung. Kompem tak pernah baca novel Kau Untukku..hehe


Tengok cite tu cam tak puas plak. Rasanya patut dijadikan drama bersiri cam Bicara Hati lah. Ade tak yang nak buat? Kalau ade...CiKema rasa lagi best kot..hehe

Sinopsis di ABO

The first time he met her, Ahmad Fuad was smitten by Nurul Umairah eventhough she was already taken. Fate took a cruel turn when Umairah’s fiancée Jefri, died in a motorcycle accident causing Umairah to lose half of her as well. She wasn’t ready to accept another love in her life especially when the person she thought she’d be married to died unexpectedly. Fuad was persistent and finally she opened herself up to him. But little that she knew there was somebody who is waiting for Fuad to come back to her. She was Ellina Tan Sri Salleh. She knew she was nothing compared to the wealthy and beautiful Ellina.

Umairah went and assume that Fuad only played with her heart to get back to Ellina who dumped him before. Devastated, she disappeared. Fate brought them together when they met again and Fuad managed to explain the whole truth that he is indeed in love with her. Find out how their lives intertwine in this romantic drama.



Sinopsis di belakang buku

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka?

Dalam filem Kau Untukku ade lagu Pelangi Senja nyanyian Stacy sebagai ost filem tu. Jom layan..

Pelangi Senja - Stacy

Ku bermimpi
Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta

Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Ku terjaga
Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...

Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Kini hanya, tinggal kenangan,
Hanya waktu menentukan,
Kita kan bersama...

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/12/lirik-lagu-pelangi-senja-stacy.html#ixzz1veKWbRz6

klik2 sini sama..hehe..Thanks

Tuesday, May 15, 2012

Tukar Decoder Astro Beyond

Assalamualaikum....Sebelum ni CiKema ade cite pasal nak nengok cite Bicara Hati adalah sedikit keciwa ngan tersedu sedannye kan. Ingatkan astro Prima je yang terkena rupa-rupanya masa dapat tengok channel free yang astro bagi tempoh hari tu...banyak gak le channel yang tak dapat tengok. Tekan2 je channel tu, kadang ade...bila tekan balik..terus padam tak nampak apa2.

Apa lagi, Cik Pejal pun kol le astro helpdesk untuk buat aduan. Kira cam tak adil le kena bayar gak, tapi channel yang sepatutnya kiteorang boleh tengok tak dapat tengok. Ini boleh bikin marah. Dah setahun perkara ni kiteorang buat derk je... lama2 cam tak sabar dah..tu yang kol gak buat aduan.

installer tgh sibuk bekerja

Setelah mengayat2..akhirnya Cik helpdesk tu pun soh tukar kepada beyond. Kompemla tak nak pasal nak kena tambah bayaran, tapi Cik helpdesk tu cakap ni just tukar decoder je..pakai decoder beyond tak perlu subscribe beyond...tapi kalau rasa2 nak, boleh terus on je bila-bila masa. Call derang je nanti...

sms pada astro le tu

Lega skit, bukan apa...malas nak tambah2 $$$ lagi. Kalau boleh nak jimatlah kan. So 2-3 ari pas kol, datang le installer untuk pasang decoder tu. semua tukar...dari decoder, piring UFO sampailah ke wayar semua dia tukar. then dia amik le decoder lama yang dah lebih 3 tahun kiteorang guna. banyak tul jasa decoder ngan remote tu...hehe

decoder lama

tukar yang baru


Pasang astro pun sebab nak channel cantik je. Kalau senang nak dapat channel dan cantik clear bagai tak pasang astro pun..boleh gitu??? 

Pas ni bolehlah layan Bicara Hati..yeayyy yeaayyy... :)

Hadiah untuk Hari Ibu & Hari Guru boleh cari kat sini

Thursday, April 19, 2012

Dapat gak tengok Bicara Hati :)

Salam semua... Kalau sebelum ni CiKema nak nengok Bicara Hati memang dah susah pasal Astro dah claim kan. La ni derang dah tak upload kat youtube. Dah guna server lain...pandai tul kan..hehe


Kalau korang nak nengok secara online boleh terjah kat blog NI. Kat situ dari episod 1 sampailah ke episod terkini ado... cuma ikut je apa yang dah diberitahu klau nak download pun boleh. Manalah tau kan, memang fanatik sangat ke...tapi tulah..kena hati2 gak dengan link yang derang bagi tu...sebab banyak sangat advertisment aka iklan gitu...


Tapi tulah..bila dah dapat tengok Bicara Hati tu sakit plak hati tau. Tak abis2 cerita pasal si Razif...Razif...Razif je. Bosan tul...klau ikutkan dalam novel, tak delah plak cite lebih detail pasal si Razif tu pun. Asyik2 Razif..dah macam dia pelakon utama plak. Tak kuasa tul...nyampah...

Josiah Hogan sebagai Razif

Pandai plak si penulis skrip ubah2 citer. Dah tak macam cerita dalam novel tu...dah banyak sangat diubah2 pun. Hmmm..tak taulah korang rasa cam ne? yang pasti CiKema rasa, cite tu seolah2 dah dirombak banyak sangat dari cerita asal...kesucian cite tu dah tak ado..huhu..

klik2 sini sama..hehe..Thanks

Saturday, March 10, 2012

Tengok Bicara Hati buat sakit hati jer


Memang geram nengok cite Bicara Hati tu tau... tambah2 kalau babak tang Razif ngan Linda..menyakit kan hati je. Kalau ikut dalam novel seperti yang CiKema baca kat online Linda je yang buat orang sakit hati. Tapi dalam telemovie kat Astro Prima tu..si Razif pun penulis skrip ngan pengarah saje buat orang meluat tengok dia. Sabo ajelah...
Marsha jadi Linda

Tapi yang lebih emo bagi CiKema bila time nak nengok cite tu kat Astro Prima setiap Selasa jam 9:00 malam..Ya Allah..memang menyakitkan hati..tak tau le ape keheeenyeee..channel tu bersedu sedan..memang bengkek je..kejap cakap ade suara..kejap takde..haiyaaa...  Suami CiKema pun siap cakap toksah tengok lah cite tu..argghhhh...mane boleh.. orang dah layan kan...iskkk.. tak best betul lahhh...

Ekceli perkara ni dah lama berlaku, sejak tengok Raja Lawak 5 lagi dan sejak CiKema pindah kat Puchong ni. Dahlah bayar mahal mase nak cari tune ari tu..tengok2 channel Astro Prima sedu sedan plak..klau nak call soh betul kan balik dah confirmlah kena bayor lagi..Bengang2..

Hero & Heroin

Penyudahnye..tengok Bicara Hati Online kat youtube ajelah. Sib ade yang baik hati upload kat sana. Kurenglah skit sakit hati ni..hehe..

Kalau korang ade yang tertinggal episod drama Bicara Hati kat tv tu..haaa..jangan hantuk2 paler kat dinding or sepak terajang perabot kat umah tu yer..memang cari penyakit. Skang semua dah senang..usha2 je kat youtube..semua dah dihujung jari anda. Nak tengok ulang2 sampai lebam pun boleh..hehe

tapi sakit gak hati bile nak tengok cite Ashiteru tetiba dah kena block ngan Grand Brilliant.. sabo ajelah..

Sunday, February 19, 2012

Semalaman mengadap Novel Bicara Hati online

Haha..tak pernah CiKema buat perangai sampai tak tido satu malam dek kerana membaca novel secara online. Hari ini dalam sejarah le tu..CiKema terjebak membaca novel Bicara Hati karya Damya Hanna di blog Encik Nakal. Ni semua kes nengok cite Bicara Hati bersiri kat Astro Prima tapi selalu je tak dapat tengok. pas tu rase cam pernah je baca novel tu..tapi apesal le tak ingat langsung jalan ceritanya. Rupa2nye..memang tak pernah baca..hai kedaung sungguh..patutlah tak ingat pun..hahaha

fHsnF NOVEL BICARA HATI
Kalau korang nak baca boleh terjah kat SINI

Memang seronok membaca novel tu, tu yang kalau boleh nak abiskan juga membacanya. Bila baca novel tu..barulah tau adelah yang diubah sana sini serba sikit dari jalan cerita asal. Patutlah ade episod pasal Razif nak bunuh diri tu, CiKema agak emo. ape kehelnyelah mamat ni gila sampai nak bunuh diri bagai pasal si Zahlia tak terima cinta dia. Macam tak percaya ketentuan Allah je. pas tu nak bunuh diri..geram je tengok tau..tapi bila baca novel tu..takde plak..haiya, pandai2 plak penulis skrip ni mengubah jalan cerita..sabo ajelah..

Apa2 pun memang seronok baca novel ni. sampai terbawa2 ke dalam mimpi gitu. Memang selalu CiKema baca novel... bukan novel ni je tau..sampai termimpi2..dan sampai nangis2 keluar ayaq mate bagai..huhu sedey sedeh..pandai betul penulis2 novel ni mengolah jalan cerita sampai terbawa2 emosi. Hebat sungguh... 

Moh kite layan dulu OST cite BICARA HATI ni. 


Bicara Hati | Lena AF9
Pinjamkan hatimu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasihku
Hanya untukmu
Setia rinduku nyata pada mu

Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya
Kasihmu hanya untukku
Percaya rindumu nyata pada ku

Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku
Biar hati kita jadi satu

CiKema : Nanti nak layan episod2 yang tertinggal plak..hehe

Don't forget to join my GiveAway dari akmarwati.com
klik2 sini sama..hehe..Thanks