Tuesday, April 1, 2014

Feed the Homeless with Kindness



Bismillahirahmanirahimmm..

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, Sabtu malam Ahad yang lalu 29 Mac 2014 jam 11.59mlm bertempat di depan perhentian bus berhampiran McD kotaraya, Cik Akma dan suami telah turut serta program Feed the Homeless bersama dengan adik2 pelajar dari UM.



Ini pertama kali Cik Akma dan suami join walaupun dah ade niat tu dari tahun lepas lagi. Niat dah ade tapi dek kerana kekangan masa dan dok fikirkan anak2 lagi tu yang tak join2. Tapi malam tu Alhamdulillah, jadi kenyataan untuk turut serta. :)

Ambil dari page FB Kindness.my

Malam tu group kami dibahagi kepada 2 di mana 1 group akan berjalan area Petaling Street dan Bangkok Bank dan 1 group lagi area Puduraya. Apa yang perlu dilakukan oleh kami, mengagihkan makanan dan minuman pada orang2 yang tido atau tidak berumah (homeless) tu di kawasan yang dah ditetapkan. Kalau yang berjaga tu boleh terus bagi kat diorang dan yang tido tu jangan diganggu, cuma letak ajelah disebelah mereka. In Sha Allah, esok pagi makanan dan minuman yang diberikan tu boleh dijadikan sarapan atau alas perut mereka.

Tiap kali lalu dekat diorang tu rasa sebak pula Cik Akma. Kesian dan macam2 lagilah rasanya. Apa yang boleh Cik Akma lakukan hanyalah berdoa, hidup mereka akan lebih baik di masa akan datang tanpa perlu tido di kaki2 lima lagi. Itulah kehidupan malam di tengah-tengah kota raya yang maju ni. Masih lagi ade yang tak berumah dan terpaksa tido beralaskan kotak je. Tu belum tentu makan minum mereka lagi kan.

dah habis khidmat masyarakat barulah bergambar2an...hihihi


Kite2 yang bertuah ni memang boleh berkata dan bersangka je macam2 pasal mereka. Tapi hakikatnya, hanya Allah saja yang tahu hati mereka dan kesusahan mereka tu. Diorang bukan meminta2 pun. Malah ade je di antara mereka tu dikala rakan2 mereka mencari2 tempat untuk merehatkan badan dan melelapkan mata, masih bekerja walaupun hanya mengutip botol2 plastik yang ade untuk dijual dan menambahkan pendapatan.

Walaupun mak buyong ni penat berjalan-jalan, tapi ade rasa kepuasan di situ sebab dapat memberi khidmat yang tak seberapa dan semana pun pada masyarakat yang memerlukan di situ. Sambil-sambil tu terimbas dan terimbau juga kenangan silam zaman persekolahan dan bercinta dolu2. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain kan. Kisah dolu2... huhuhu


Cik Pejal kena berucap skit...hehe

Siang sangat sibuk dengan warga kota mencari rezeki tika malam berubah wajah dan terserlah satu sudut hidup yang tidak kite sangka. Sebab tulah, sahabat-sahabat nabi dan pemerintah yang baik terdahulu akan meninjau setiap malam untuk melihat rakyat negara yang mereka tadbir. Mereka sangat risau dan tidak dapat tidur lena setiap malam jika tidak dapat membantu dan menyelesaikan masalah rakyat. Di harap pemimpin2 kite sekarang pun bergitu juga. Aamiin

Okey, harap next time Cik Akma dapat join lagi. Kali ni nak bawa anak-anak sekali supaya mereka dapat ikhtibar, hati sentiasa lembut dan sedia membantu juga memberi apa jua khidmat pada yang memerlukan. In Sha Allah...

No comments:

Post a Comment