Tuesday, December 18, 2012

Petua Untuk Mudah Bangun Subuh...

Assalammualaikum...

Saje nak masukkan dalam blog ni. Panduan untuk diri sendiri yang kadang kala kantoi gak bangun subuh. Harap dapat dijadikan panduan untuk anak-anakku nanti.
Petua Untuk Mudah Bangun Subuh... :)
• Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
• Ambil wuduk sebelum tidur.
• Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
• Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
• Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
• Maafkan semua orang sebelum tidur.
• Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
• Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.

~ Ustaz Don Daniyal

Selain dari petua dia atas ni, apa agaknya lagi petua yang korang ada? Kalau sudi..kongsikanlah bersama yer...Thanks in advance :)

❤Semoga Allah menjadikanku serta keturunanku hambaMu yang sentiasa mendirikan solat. Aamiin❤

2 comments:

  1. tido yg awal tuuuuu memang betul :D

    ReplyDelete
  2. tido awal tu sgt setuju juga..kdb2 bila dah jd rutin bgn awal, bila kita tido lambat dia akan terjaga awal juga..:)

    ReplyDelete