Wednesday, June 27, 2012

Enjoy di RATU, Shah Alam

Dah pernah pergi RATU? Perpustakaan Raja Tun Uda kat Golf Club Shah Alam tu. Seronok tau...maklumlah...library baru. buku pun cantik2 dan baru2 juga. Setiap 3 minggu sekali CiKema sefamili akan ke sana. Dah pinjam buku, kenalah pulangkan. Sini derang bagi tempoh selama 3 minggu untuk 3 buah buku seorang samalah macam kalau kita pinjam buku kat Perpustakaan Negara (PN) gak.

Oleh kerana jauh dari Kuala Lumpur, nak pergi PN tu agak jauh ambil masa sejam juga le, CiKema mengambil alternatif lain untuk ke library. Saje nak mengalakkan anak2 minat pada buku juga..maka kiteorang pun pilih untuk ke RATU pula sebab dekat ngan rumah. Jarak pun dekat malah masa dan minyak pun dapat dijimatkan. Puchong-Shah Alam lebih dekat daripada Puchong-Kuala Lumpur kan...hehe

Layan je lah gambar masa pertama kali ke RATU. Lama dah Februari lalu...hehe baru nak cite ke? hehehe

Seronoknye si tecik ni

nak buat peace tak tau

dok atas bear ke apa tah ni???

Bawah pokok

ni plak baring2 kat tengah alam

main pijak2 bubble

kusyuk layan buku

sitecik ni pun sama

tak pandai baca..tengok gambar ajelah

Banyak buku2 kat sana. Kalau pergi RATU, biasanya CiKema akan ke bahagian kanak2 je. Bahagian dewasa tak pernah masuk. Kat area kanak2 tu pun banyak buku2 ilmiah, novel, motivasi dan macam2 untuk parents yang temankan anak2. So tak payah susah2 nak ke bahagian dewasa pun.

Nanti kalau sape2 yang berkunjung ke Shah Alam tu,boleh singgah dan tengok sendiri RATU tu. Maklumat lanjut boleh terjah http://www.ppas.gov.my/

1 comment:

  1. baru pergi minggu lepas anjuran kolej. besttttt ! pegi semua level. nyaman ja dok sana. tp jauh la dari KL nak ke sana . takleh g selalu :(

    ReplyDelete