Thursday, July 8, 2010

Mati Husnul Khatimah

Setiap insan pasti akan menempuhi saat kematian. Ini dijelaskan dalam Al-Quran, maksudnya: 


"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya." 
-Yunus:49-
Ajal pasti akan tiba
Kematian yang Baik
  1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika hampir mati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:  "Sesiapa yang akhirnya 'La Ila Ha Il Lallah' nescaya masuk syurga"
  2. Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi."
  3. Mati di malam Jumaat atau harinya , sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tiada seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur."
  4. Mati syahid di medan perang demi menegakkan agama Allah.
  5. Mati kerana sakit taun, sakit perut, ditenggelami air atau ditimpa kemalangan.
  6. Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak, seorang yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit-birit.
  7. Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas.
  8. Mati kerana mempertahankan maruah, agama dan nyawa.
  9. Mati kerana bertugas di dalam perjuangan Islam.
  10. Mati ketika beramal soleh, yakni ketika melakukan amal ibadat seperti berpuasa, solat dan sebagainya.

Monday, July 5, 2010

GIVEAWAY at F.O.S

Assalammualaikum...


Tarikh: 24 Jun - 8 Julai 2010

Barangan F.O.S

handmade bags

baju muslimah

Maklumat Lanjut terjah Firdanii Online Shop (F.O.S)

Friday, July 2, 2010

Tanggungjawab atau Keistimewaan?

Rakyat didahulukan?

"Mula-mulanya satu jawatan itu merupakan tanggungjawab, bukan keistimewaan tapi oleh kerana sifat natural manusia itu sendiri, tanggungjawab sudah beransur kurang sebaliknya menjadi keistimewaan. Bukan kita hanya menyalahkan pemegang jawatan yang terpilih tetapi orang yang bertanggungjawab memilih mereka juga harus dipersalahkan, kerana sama-sama tidak jujur dan luhur dalam memainkan peranan masing-masing dalam masyarakatnya. Ya...begitulah soal kasih, soal mendapatkan pengaruh dan pelbagai soal kemanusiaan yang lain tetap wujud, sehinggalah sekarang ini semuanya sudah melampui garis-garis moral dan etika. Kadang-kadang sudah diketahui garis pemisah antara yang baik dengan buruk, yang jeliknya kalau pun masih ada manusia-manusia murni sekarang ini, mereka tidak mampu mengembalikan kemurnian kemanusiaan itu semula."

Jerebu - ms 226
Abdul Talib Mohd Hassan

Istana Negara baru: Isunya bukan derhaka kepada raja

Hujah mudah para pelobi, kalau kos pembinaan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di Putrajaya, boleh mencapai RM800 juta dan apabila dicampur kos pengubahsuaian mencecah sehingga RM1 bilion, masakan kos pembinaan Istana Negara di bawah paras itu!