Friday, August 6, 2010

Al-Fatihah buat Pak Cik Sidek

Semalam dapat panggilan phone dari ayah
Baru je 1 jam ibu masuk keje
Kelmarin dah cuti emergency
tup..tup..ari ni kena cuti lagi


Pak Cik Sidek meninggal (anak-anak ibu panggil Tok Sidek)
Jadi Ayah bergegasle balik semula tuk pick up ibu
Then berkumpul le adik-beradik plus ipar-duai kat Cheras
Kul 12 trus bertolak ke Melaka


Adeh..disebabkan dah lama tak balik Melaka
Asyik2 tersalah jalan je
U turn adela kat 2-3 kali kat area Batu Berendam tu
Padahal senang sangat jalannye
Masuk jalan kat Airport je


Sampai2...arwah dah dimandikan
Kami tunggu hingga arwah dikapankan
Kemudian disembahyangkan dan di tanam
Perkuburan yang sama dengan Arwah Mummy tempoh hari


Tahun ni dah dua orang adik-beradik Tok Choi dijemputNya
Suratan atau kebetulan?
Esok lusa siapa pula...
Apa-apa pun, pengkebumian semalam berjalan dengan lancar
Moga-moga arwah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman
Amin..


Alhamdulillah...kami selamat sampai
Meneruskan hari-hari seperti biasa
Bersama-sama dengan yang tersayang
Hargailah sementara ada...
Moga diberkati dan dirahmatiNya selalu
Insya Allah...


Al-Fatihah untuk Arwah Pakcik Sidek

Saturday, July 31, 2010

Hargailah Suami Anda...

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksudsaya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apalagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu..Allah kurniakankan kita akal yang boleh berfikir maka fikir-fikirkan lah ..renung-renungkanlah....kebahagian dunia hanya sementara..akhirat jua kekal abadi.........
(Jadilah isteri yang mulia...sebelum anda mahu suami yang setia)
- petikan dari wawancara dato' dr. fadzilah kamsah

lebih menarik utk dibicarakan
layari Cinta Seratus Peratus

Friday, July 30, 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu

Dapat email dari kawan Cik Kema. 
Rasa nak kongsi bersama-sama TEMAN2 dan SAHABAT2 
yang bergelar/bakal suami isteri. 
Meh kita renungkan bersama-sama...

Menangis
Jika isteri menangis dihadapanmu….
Hargailah dia sebelum terlewat…
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, 
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, 

Dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, 
kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, 
Tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu 

Sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, 

Tolong jangan menyia-nyiakannya. 
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. 
Lihatlah jauh kedalam matanya. 
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ?

Dibalik KELEMBUTANnya dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang diCINTAInya. .
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…



Sebarkan ini kepada SEMUA ISTERI2 yg solehah dan 
SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa 
bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA… 
Dan sangat berHARGA.