Wednesday, April 17, 2013

Pergi Kem

Last week Jumaat dan Sabtu (12-13 Apr 2013), CiKema dan famili pergi masuk kem...bukan kem asekor tu yer..ni Kem Kepimpinan Pengawas Pengganas Sekolah...Kami ke Bagan Lalang, Sepang dan stay kat Bagan Lalang Resort, Sepang dekat2 dengan Bagan Lalang Palm Resort tu le.

en. Pejal jadi volunteer atau fasilitator untuk program tu. Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar. Tak de masalah. CiKema sendiri kagum dengan pengawas-pengawas Sekolah Menengah Sungai Rawang ni. tak susah payah pun nak jaga diorang ni. Maklumlah pengawas kan..jadi mereka ni sangatlah tidak memberi masalah malah membuatkan kami rasa sangat bersyukur jika mempunyai anak-anak seperti mereka.

Kalau nak suruh solat tu, memang tak susah pun. Mereka segera melakukannya secara berjemaah tak kira apa waktu sekalipun mau tak sejuk perut ibu mereka yang mengandungkan. Ibubapa mereka sangat bagus mendidik dan mengasuh hinggakan dapat hasil sebegitu. Harap sehingga dewasa mereka begitu dapat berbakti pada ibubapa mereka. In sha Allah. Aameen

bersedia utk mbuat persembahan dgn lirik yg sudah ditukar
sedang berlatih
khusyuk masing2 nampak
Ok...masa 2 hari 1 malam sangat pendek. Segala modul untuk kem ini terpaksa dimampatkan dan dipadatkan untuk pengawas2 ni. Hasilnya diharap dapat memotivasikan lagi pengawas2 ni agar menjadi pemimpin yang berwibawa dan juga sangat komited dalam menjalankan tugas mereka. Harap tak delah malu2 sangat nanti.

yang ni macam tak puas hati je..hehe
apalah yang tgh diperkatakan tu
CiKema n anak2 pun menyelit sama. Hehe
Bakal pemimpin akan datang.. In Sha Allah

Mendengar n mencatit apa yang perlu utk menjadi pemimpin

Masa ni CiKema n famili dah balik, xsempat bergambo..huhu

Imam yang nampak cam brutal, sedang membuat pembentangan secara berkumpulan

Anak-anak CiKema pun seronok join ni. Walaupun banyak perbezaan umur dengan abang2 dan kakak2 sekolah ni, diorang layankan je semua aktiviti  bersama2. Harap CiKema ngan famili dapat join lagi...Hehe

Kalau ada antara korang yang nak join aktiviti cam ni...bolehlah ke fb Kindness.my. Bukan je menjadi fasilitator malah macam-macam lagi sebagai volunteer korang boleh lakukan. In Sha Allah, segala amalan dan kebajikan yang kita lakukan walaupun kecil, diharap dapat membantu mereka yang memerlukan. Semoga Allah dapat melimpahkan rezeki dan keberkatan dalam hidup kita bukan sahaja di dunia tapi lebih banyak lagi untuk bekalan di akhirat nanti. Aameen.

Klil klik..kalau inginkan maklumat lanjut.

Tuesday, April 9, 2013

Blogger Prihatin 2013

Assalammualaikum...

Sape sini memang suka tolong orang? Sangat Prihatin tentang masyarakat setempat juga yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Siapa yang memang sekarang ni terlibat dengan aktiviti kebajikan dan sukarelawan. Seorang blogger dan juga mahasiswa... Berumur tak melebihi 31 tahun ( adui..selalu syarat ni CiKema akan kantoi...dah terlebih umuq..huhu ) Sila angkat tangan... Haaa..mungkin andalah orang yang dicari-cari untuk dinobatkan sebagai Blogger Prihatin 2013.

from myMetro
Kena buat entry atau karya tidak melebihi 120 patah perkataan. Alaaa..mesti kacang je ni budak sekolah pun boleh buat kan..kan.. inikan pula korang pelajar U. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat link di myMetro Pelancaran Blogger Prihatin 2013. Sila rujuk Terma dan syarat. Tarikh tutup penyertaan 30 April.

Apa tunggu lagi...jadilah Blogger Prihatin :)

Thursday, April 4, 2013

Ciri-ciri Pemimpin

Assalammualaikum...

Parlimen dah BUBAR semalam kan. Tak lama lagi berkempenlah yer...
Pilihlah pemimpin yang ada ciri-ciri cam gambar kat bawah ni.

pinjam dari iluvIslam

Kalau susah sangat nak pilih... nak memangkah calon-calon yang sesuai sebagai pemimpin kita akan datang. Apa kata kita buat solat istikarah dari sekarang. Moga-moga Allah beri ilham atau panduan untuk memilih bakal suami pemimpin kita nanti. In Sha Allah

*ingat nak pilih bakal suami je kena buat solat istikarah...nak pilih pemimpin pun kena juga kan...