Wednesday, February 20, 2013

Tukar Balik

Assalammualaikum...
Baru nak buat entry, bulan Februari dah nak abis. Lantok..janji ade. Hehehe

Korang mesti pelik..nak masuk je blog CiKema je tak boleh kan..sorilah..CiKema tak mo beli domain dah. Kedekut duit sudah. Ade domain pun cam tak berbaloi..pasal CiKema bukan blogger tegar.

Mula2 gatal ade domain tu bukan pasal apa pun, kebetulan menang free domain...so rezeki jangan ditolak kan...maka CiKema pun gunalah setahun...pas tu, tahun berikutnya CiKema renew la juga. Harga domain sudah naik ikut harga cam beras, minyak, gula dan sebagainya barang keperluan rumah gitu...

Nak marahnye...boleh pulak ade n3 CiKema yang boleh terdelete. tak taulah..mungkin salah CiKema sendiri kot. Lantak lah..malas nak ingat...benda dah lepas dan n3 tu pun memang tak bole cari dah. Sedey skit je

Jadi...baru 2-3 hari lepas dah expired domain CiKema tu. Malas nak renew kan. Kembali ke asal... Tukar Balik lah..Dah...janji blog ade, bukan nak aktif sangat pun. Sekadar nak ada. Kot-kot rajin buat entry..kalau malas bersawang le blog ini..Sesuailah nama pun laman sesawang kan..

Sawang or Web

Skang nak update nuffnang plak. Macam mano nak letak pun dah lupa. Banyak lagi nak buat. Nak tukar macam juga ni...Selalu bertangguh je...kang tak buat pulak xdapat duit tabung untuk anak-anak tu.. CiKema undur diri dulu yer... Sekian

Sunday, January 27, 2013

Hadiah TERBAIK

Assalammualaikum...

CiKema memang suka sangat hadiah. Korang suka tak? Tak tau lah kan..kot-kot ada yang tak suka hadiah. Anak-anak CiKema...macam ibu dialah...suka,suka, suka..Kalau tak suka, takdelah CiKema ni gila bercontest sana sini kan... Hehe

pic dari karangkraf.com
Tapi dalam banyak-banyak hadiah tu... Dalam banyak-banyak hadiah yang kita pernah dapat...tak kiralah kecil ke besar ke, murah atau mahal ke... agak-agaknya apa hadiah yang TERBAIK yang pernah kita perolehi?

ambil dari SINI

Ya...hadiah yang kita tak dapat pegang, rasa atau dibuka kotak dan pembalutnya. Hadiah TERBAIK dan sangat istimewa jika mendapatnya dan juga untuk dihadiahkan. :)

Semoga selalulah kita berikan HADIAH TERBAIK ini untuk semua yang kita sayang. Insya Allah, Aamiin.

Saturday, January 26, 2013

Karnival Pengajian Tinggi Negara | Jom Masuk U

Assalammualaikum...

Hari ni adalah Majlis Pelancarannya. Jom lah terjah beramai-ramai.

Ambil gambar ni kat UPU (BPKP JPT)
Jangan lupa berkunjung ke Karnival ini. Zaman CiKema dulu tak de tau. Itu yang main belasah je nak masuk U janji masuk. Tapi sekarang tidak lagi. Korang boleh berkunjung ke Karnival Jom Masuk U ni untuk mendapat macam-macam maklumat dan juga Khidmat Kaunseling ke mana arah tuju korang selepas SPM.

Kalau boleh belajar tu, belajarlah ye. Ingat dan cuba ikut pesan orang yang berjaya kalau hendak BERJAYA dan jadi macam mereka. Lagipun...belajar kat sekolah tak sama belajar kat U. Kalau tak caya... Jom Masuk U :)

Kalau ada masa terluang dan kesempatan...Insya Allah CiKema pun ingin ke sana. Boleh juga support my BFF punya projek ni. Sian mak buyung tu...Dah nak terberanak pun, berhempas pulas nak kasi settle program ni. Semoga usaha beliau dihargai dan berbaloi-baloi hendaknya. Semoga Allah permudahkan dan program ini berjalan dengan lancar dan sangat BERJAYA. Aamiin

Haaa...korang nak beli Cheesy Sauce CiKema tu..bolehlah serbu kat sana...hehe, tetiba buat iklan le pulak kan...