Monday, May 27, 2013

Kedai Ibu Aqmar

Assalammualaikum...

Sempena ulangtahun kelahiran anak sulung CiKema, buat julung-julung kalinya...aacece ayat cam gempak je kan... CiKema telah membuat page KEDAI IBU AQMAR untuk memulakan dan menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis produk yang 'NGETOP' n 'MELETOP' kat pasaran terutamanya di FB dan juga di alam maya ini.

Kenapa bagi nama Kedai Ibu Aqmar yer? Dah macam ala-ala Indon le pulak kan...tak de maknenye Indon or Cik Enon bagai. Kedai tu letak nama Ibu Aqmar pasal semua anak-anak CiKema panggil CiKema Ibu. Masing-masing anak-anak ade nama Aqmar tu kan. Maka terhasillah Kedai Ibu Aqmar atau singkatannya KIA. Unik tak? Akeke

Kedai Online untukjana pendapatan keluarga

Niat dihati adalah untuk menjana pendapatan keluarga. Daripada dok goyang kaki katenyeee... surirumah tak keje kan...katenyeee... eloklah berniaga apa yang patut untuk bantu suami. Itulah katenyeee yang menganggap surirumah tak buat keje apa-apa. Huhu

Diharap korang semua sudilah menge'LIKE' page KIA- KEDAI IBU AQMAR ni yer. Doakan juga Kedai Ibu Aqmar ni berjaya, maju, sukses dan mendapat sambutan HANGAT di pasaran n HOT gitu. Aamiin

No comments:

Post a Comment