Friday, January 29, 2010

Pagi2 Mengomel

Pagi ni kopak sudah duit ibu sebab membayar balance program selama 30 hari dengan Herbalife. Nak kurus punya pasal,tapi gemuk ke ibu sebelum ni?Huahua. Apa yang pasti ibu tetap maintain walaupun berat ibu naik 1kg dari minggu lepas. Haha :P Hari ni juga, ibu dapat botol 2ltr air teh untuk diminum. Ha..bolehla ibu bagi Abang, sebab Abang ada minta ngan ibu nak botol air untuk dibawa ke rumah Mummy kan.

Ada pun begitu, ibu tak berapa suka sangat tempat tu. Bukan apa, ada sorang
coach tu yang macam tak mesra alam skit.Hai macam manalah nak mengadap orang2 kat situ yang kebanyakannya adalah Chinese n tak mesra pun selama 26 hari lagi? Mungkin tanggapan ibu je kot. Harap2 diorg ok.

Tapi sib baik ade auntie ni nama dia Chong, baik dan peramah. Dia ingat ibu since pertama kali jumpa. Dia jugala promote pada ibu tuk masukkan anak2 ibu ke sekolah cina (bukan promote pasal Herbalife). Katanya sekarang dah ramai orang Melayu yang hantar anak2 ke sekolah cina. Memang ibu ade berhajat, tapi apakan daya fulus tak berapa nak ada. Jadi, anak2 ibu sekolah jela mana2 pun janji Kakak, Abang n Adik tak buta huruf n buta hati.Huhu

Ha, cite pasal produk tu korang boleh cari je kat google, nak ceritakan pun tak reti maklumla baru cuba 4 hari.
Coach2 kat situ pun tak berapa reti nak explain, mungkin sebab tak fasih berbahasa Melayu dengan ibu. Haha...:P Berapa lama diorang jadi rakyat Malaysia tapi nak cakap bahasa Malaysia pun cam susah je. Teringat petikan dari akhbar baru2 ni, ramai warga emas Cina ambil tuisyen Bahasa Melayu sebab nak dapat taraf kewarganegaraan.

Thursday, January 28, 2010

1st time



aku ngan anak2


Wah2...pertama kali buat blog sendiri. Yeah!! Berjaya! Tengok2 gak blog2 orang lain,so saje try2, teringin gak nak ade blog sendiri.Tak taula macam mana jadinya..huhu :P. Apa2 pun nak ucapkan terima kasih pada member lama aku ni Zue or zueyie (so jadilah follower dia ek http://zueyie.blogspot.com/) kerana disebabkan dialah tangan aku gatal2 membuat blog ni..wakakaka..

Ada lagi ni... klau nak tau, yang membuatkan aku lebih tertarik nak ade blog sendiri ni disebabkan banyak sangat contest (best2 contest kat blog ni http://babyibu.blogspot.com/ -->klik jangan tak klik) kat blog2 yang macam2 ada n gatal sungguh tangan aku dok klik2 ni.Giler betul, banyak tuuu...tak sangkalah ramai betul orang yang dah ade blog. Aku je yang macam ketinggalan. Tak pe akan ku kejar korang juga nanti,hehe... boleh ke? So, diharapkan semua memberi komen dan tunjuk ajar dalam bidang yang baru aku ceburi ini. Thank you so much in advance..hehehe

Eh..eh..ape ni?? Klik je..hehe :P