Wednesday, March 24, 2010

Motor Ayah

Modenas GT 128

Wah Ayah dah beli motor baru. Senang dah keje ibu past ni. Dah tak yah terkejar-kejar dan kepenatan lagi. Dah tak sangkut dalam jam lagi. Boleh gak jimatkan minyak lagi. Maklumla harga minyak sekarang tak menentu. Pasaran dunia ada gak turun naiknya, tapi kat Malaysia ni walaupun salah satu pengeluar minyak dunia, harga asyik naik je. Kalau turun pun sikit je. Pas tu mencanak-canak naiknya. Harga barang keperluan pun boleh berjangkit. Sabo ajelah. RAKYAT DIDAHULUKAN? Hmm...

contoh je...motor ayah kaler kelabu

Lama dah ibu tak naik motor, sejak hilang motor Honda C70 pemberian Tuk Choi 6 tahun yang lalu. Tak tau le macam mana leh kena curi. Hampeh tul. Dah buat police report tapi takde feedback pun. Dah barai le tu. Kena jual dek pencuri.Huhu

AYAH. dah boleh pi balik keje bila-bila masa yang ayah suka.
IBU. dah tak penat nak pi balik amik ayah.
KAKAK. kecik-kecik dah merasa naik motor tuk choi. motor baru ni blom naik lagi..sian dia.
ABANG. paling kecoh + seronok naik motor ngan ayah. bercita-cita nak beli motor besar.
ADIK. tak pernah naik motor lagi.

No Sweat

Pengumuman Penting. Mari-mari adik-adik, kakok-kakok, abe-abe, kaum kerabat & saing-saing (friends) sekalian.

It's about

NO SWEAT
(tiada peluh, tak berpeluh,tiada keringat)

Easy-to-Grab
Easy-to-Spray
Easy-to-Bring

What ever you do
Where ever you go
(Dating, Watch Movie, Hanging Out with Friend
after futsal game/tournament or other sports should be no problemla pas ni)

just use # action 3

from

ADIDAS
kecek omputih pulok. Belasah ajela..janji kita 1 Malaysia.
1Nation not 1Israel. Betul tak?

# Action 3

the best defence against sweat with triple action
  • Dry
  • Max
  • System
dig cover & explore the triple action

cooling protection against perspiration

anti-whitening

0% alcohol

40% more efficiency

for Him or for Her
(biasanya tuk lelaki je. bukan je sesuai tuk Cik Pejal
tapi Cik Kema pun boleh pakai juga.Kongsi jelaa...haha :P)

Cik Kema nak jugalah mengajak rakan-rakan semua tuk join Project Alpha ni. Boleh dapat duit segera tau. Lagi ramai, lagi seronok kan. Cubalah hari ini. More info click...


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

Thursday, March 18, 2010

All About Mee di Blok E, Pusat Bandar Damansara

Jom Makan. Orait...Lunch tadi Cik Kema bersama Cik Pejal pi makan lunch kat All About Mee di Pusat Bandar Damansara (PBD). Saje makan berdua je. Romantik skit.Haha...:P

all about mee not all about me

Kafe ni kecik je tapi ramai betul orang datang makan kat sini. Terletak di antara El Wafa Travel ngan kedai Roti. Berdekatan dengan MAHSA College. Kafe ni hanya dibuka dari pukul 10am hingga 4pm je setiap ari bekerja. So klau nak pergi tu, tak bole pi masa hujung minggu atau cuti umum. Hmm..frust gak..tak leh nak bawa anak2 makan sama2.Huhu..apa2 pun kalau nak seribu daya...kan. Enjoys!

menu lunch kami

Cik Pejal makan Nasi dengan Ikan bersos Thai (Rice With Fish Thai Sauce) dan Cik Kema plak makan kueh teow sup. Menu kat sini ade banyak tapi lebih kepada mee la..nama kedai pun all about mee kan.hehe...

kusyuknye Cik Pejal santap

Cik Pejalnye cam sedap je. Nasi dia bukan ngan ikan je, siap ade coselow lagi. Cam makan western food la plak. Biasala..ngap skit..best3..

makan sampai abis....licin...

Dek kerana kesedapannya yang tak terhingga, habis licin kiteorang makan..nyum..yum..Plus lapar gak sebenarnya. Yer la time lunch.

lokasi kafe

So kalau sape2 nak mencuba. Jom la ke sana. Usha google map laa. Haha..tokei kedai ni kena blanja Cik Kema pas ni sebab promote kedai dia..ngeh3 :P

Monday, March 15, 2010

Mana Satu ni

Cik Kema tak tau nak pilih yang mana satu ni.


Yang ini


@

yang ini?

Kedua-duanya Cik Kema maen belasah je reka...haha :P.
Sebarang komen amatlah dialu-alukan.

Dah Dapat Hadiah

Ibu dah dapat hadiah yang ibu menang untuk contest yang ibu join ari tu. Lama betul, baru sekarang nak update...hehe :P. Ni saje nak tunjuk..taraa...

dah siap buat isi macam2 kat dalam ni.

Terima kasih banyak-banyak pada BabyIbu iaitu penganjur yang murah hati dan moga-moga murah rezeki. Next time, bagilah hadiah lagi. Insya Allah.

Friday, March 12, 2010

Bee Costume Adik

Haha... ari ni ibu saje nak letak gambar-gambar adik ngan Bee Happy Costume. Bukan masuk mana-mana contest pun. Saje nak tunjuk pelbagai aksi adik yang nak belajar meniarap dan merangkak tu. Cute plak tengok...haha perasan :P. Terasa cam nak beli banyak-banyak baju costume cam tu.

Comel tak saya?

Sian Kakak dan Abang. Tak pernah merasa baju-baju macam ni. Tak pelah ye..mungkin rezeki Kakak dan Abang kat barang-barang lain.

Wednesday, March 10, 2010

Chicken Chop at Station 21, Food Court Bangsar

Jom Makan. Ni cik Kema nak kongsi tempat tuk jom kita pi makan. Cik Kema ngan family dah pergi beberapa kali ke gerai Station 21 ni. Memang sedap tuk makan segala jenis Western Food. Chicken Chop ada, Beef Steak ada, Speghetti ada..eh..macam-macam adalah..

Bulan lepas Cik Kema n family together2 p sana makan Chicken Chop. Haha lambat tul upload.

Chicken Chop Black Papper Sauce
Harga : RM12.00/plate


Kalau nak minum plak, ade dua gerai yang jual air buah gelas besar. So kali ni Cik Pejal yang pilih air Teh O Limau Laici. Sedap...

tengok tu, adik pun siap pegang sebab nak minum air Teh O Limau Laici
Size Jumbo Harga: RM7.00

Kalau nak cari tempat ni memang senang sangat. Food Court Bangsar dan Bangsar Village landmarknye. Tak pun meh tengok peta ni.

google map kan senang

Apa lagi..kalau dah teringin tu...jom serbu..hehe :P