Thursday, September 30, 2010

ADAM HIFDZAN 1st BESDAY GIVEAWAY by ZuraZari

Cik Kema join ga ni.
Due on 10 Okt 2010. (10.10.10)Wah cantik tul nombor  kan.

gambar yang dipertaruhkan adalah 
Nama: Aqmar Firzanah binti Muhammad Faizal
Umur: 11 bulan (08.10.2009)

gambo ni diambil masa kat giant, batu caves.adik tengah beraksi distereng kete dengan gaya mengigit stereng kete itu...sib stereng kete tu keras, klau tak abis dimakannya hahaha... walaupun kete mainan... janji kete kan. sebab kete ni tak bergerak pun..akeke... Moga2 dengan gambor ni, adalah tuah untuk adik mendapat hadiah (Amin). Sagu hati pun tak pe. janji ada...hehe 


orang yang biasa kena tag..akeke


Maklumat lanjut rujuk SINI.

Monday, September 27, 2010

"Sape nak hadiah free? =)"

Mesti ramai yang nak hadiah free kan. 
Apa tunggu lagi jom join ramai2.
Due 08 Okt 2010. 
tag orang dulu
Zue, Seti, Pak Zue, Kak Aisah & Maly


More detail klik SINI

Friday, September 24, 2010

Mama_Balqis 2nd GiveAway

Mama Balqis nak bagi hadiahlah.
ga ni dianjurkan bersempena
Sambutan Ulangtahun Kelahiran Mama yang ke 26
(wah mama muda macam Cik Kema.. tapi ah kak terlebih umur skit...akeke)

Di sini dengan ingatan tulus ikhlas dan 
berbesar hati,Cik Kema nak wishla skit

"Moga2 Mama Balqis jadi seorang mama yang penyayang, 
solehah dan berjaya dalam segala hal, 
ceria bersama keluarga tercinta dan 
bahagia hingga akhir hayat. Amin."

Dateline 08 Okt 2010
Maklumat lanjut klik laaa yer


Contest Terbaru Di farawahida.com

Wah ada lagi contest. Tamat 03 November 2010.
Kali ni dari Cik Farahwahida
Farah nak promote  blog baru dia iaitu Lirik Lagu.
Nak tau lebih lanjut kena terjah dulu  
Ramai yang berpeluang untuk menang tau. 
Tunggu apa lagi..terjah le sekarang
email Cik Kema antasia_aima@yahoo.com

Lynn's First Lucky Draw

Assalammualaikum semua.
Cik Kema join lucky draw ni. 
More detail rujuk blog Lynn.
Jom cuba, moga2 murah rezeki semua.

Thursday, September 23, 2010

Krisis Air

Hari ni kat opis ade krisis ayor la plak.
bukan tak bayar tau..
lambat bayar je. akeke...
abis terpaksa menahan seksa zahir dan batin
sampai dapat ayor besok
klau takdo gak... 
sok den amok kat SYABAS
sape soh potong cepat sangat?
time2 raye la dia rajin wat keje
konon2 nak dapat duit raya le tu
abis satu building ni kena
bukan opis Cik Kema je


ekceli sebelum raya dah bayorkan
tapi derang tak update
nak kena bagitau plak
aduyai... 
sib baik dah petang2 baru tau ayor takde
n nasib baik gak bos tak de ari ni
sorilah bos..bukan takmo bayar
paham2 jelah ekonomi cam ne..huhu


esok tak tau le cam ne
harap dapat air semula
sebab dah wat ape yang patut tadi
so i will wait for u
end for today...tata..

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H


Cik Kema dan Cik Pejal sekeluarga ingin mengucapkan 

Selamat Hari Raya 
buat semua 
Maaf Zahir Batin

Wednesday, September 8, 2010

Duit Raya

sekarang dah siap2 isi duit raya untuk anak2 buah. 
tahun ni macam biasa, sama gak macam tahun lepas.
tu je la yang mampu.
yang penting keikhlasan dan tidak menjadi beban.
tak gitu?
raya bukan sebab nak duit raya kan..
tapi yang paling utama adalah hubungan kekeluargaan
dan sesama Islam dan Ukhwah
semoga sentiasa terjalin dan berkekalan
Insya Allah. Amin

Majlis Berbuka Puasa Bersama KJ

Ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya. Cik Kema dan Cik Pejal sempatla berbuka berdua di luar atas undangan salah seorang rakan dalam KJ's FC.(2-3 minggu lepaslaa...baru nk update..haha :P) Sempatle berkenalan dengan rakan sekolah CP ni. Boleh tahan dia ngan hubby hebat berpolitik, bukan calang2 orang ni. CK n CP cuma datang atas dasar menerima jemputan. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. tak gitu? 

juadah berbuka...ada gak pic Cik Pejal kat sini, 
walaupun tak pandang kamera..hehe
majlis berbuka
KJ kat area meja CK..akeke :P
pic. crt to REDPhotography

Terkejut gak, masa tengok KJ depan mata. ini 1st time. di n3 sebelum ni pasal KJ join Wataniah tu, CK tgk cam berisi je. la ni dah kurus sangat. dah boleh maintain berat badan lepas join wataniah tu. makin ramai le yang nak kejar KJ nnt. Akeke.. ye ke?

antara gambo yg CK amik mlm tu...biasalah guna kamera hp

Malam yang sama, wife KJ tak dpt datang.kebetulan bertembung dengan majlis tahlil arwah mak mertua dia. (Arwah datin sri Endon)dia terpaksa datang kat majlis berbuka ni, sebab dah dirancang awal2 oleh orang kuat KJ's FC. lepas majlis berbuka, dia kena pegi ke majlis tahlil tu.

Apa2 pun, Alhamdulillah makanan sedap ari tu.  Hahaha Terima kasih daun keladi, next time ajaklah lagi..akeke :P
antara yang CK mkn malam tu...


rezekilah, dpt makan free...
buruk lantok..akeke :P

Raya tanpa Mak | pergi Umrah 2 Minggu

Assalammualaikum
Lagi 2-3 ari nak raya.Semalam hantar mak ke KLIA.Mak pergi mengerjakan umrah selama 2 minggu.Terasa raya ni seolah-olah tak lengkap je. Terasa kehilangan gitu,walaupun mak pergi tak lama. Moga2 mak dapat menunaikan umrah dengan tenang nnt. Selamat pergi dan selamat pulang hendaknya. Amin.

aksi2 di KLIA

Macam-macam ragam...

ayah mithali ni,sampai tertido si kecik...

lambaian dari cucu2

Masa kat KLIA, tak sangka plak terjumpa dengan kawan2 lama dan kenalan CP. Masing-masing datang dengan tujuan yang sama, menghantar ahli keluarga or bakal jemaah yang hendak menunaikan umrah.

Bila dah ramai2 tu, macam tak sabar je rasa untuk turut serta mengerjakan umrah. Bilalah agaknye yer. Moga2 Allah permudahkan setiap impian yang baik.Insya Allah. Amin

Monday, September 6, 2010

Al-Fatihah untuk Pak Uteh


Sorang lagi adik-beradik Ayah (Tok Choi) dijemputNya.
Pak Uteh telah kembali ke Rahmatullah pada Sabtu lalu. 
04 Sep 2010 bersamaan 25 Ramadhan 1431.
Moga-moga arwah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Amin.

gambar ni diambil masa 
sebulan yang lalu

Cubaan....


Salam semua.
Ni Cik Kema gatal tangan saje nak menerai gambo gerak2 ni
belajar sesuatu yang baru pada Cik Kema
entah ape derang panggil tak tau le
Cik Kema ni buta graphic ... akeke
copy dari Budak Buchuk

Amat menarik blog dia nih
http://www.cute-smiley.com
hepi go lucky je budaknye
Suka Cik Kema tengok blog dia yang lovely
Puji sakan la plak...
 tu je kot...sekian...haha :P



Sunday, September 5, 2010

Ceramah Ustaz Kazim | Terbaeekk !!!


Moga-moga kita mendapat ilmu yang terbaik untuk diri kita bersama. Insya Allah.

Saturday, September 4, 2010

Ceramah Ustaz Kazim | Untuk Peringatan Bersama




Tambahkan Ilmu dan lipat gandakan amalan di bulan Ramadhan ini. Moga-moga dapat dijadikan saham untuk akhirat nanti. Insya Allah.

Friday, September 3, 2010

Tak puas hati

Semalam buka puasa di Medan Mara
Pekena bubur Ani Sup Utara
Paberet tu..boleh kongsi dengan si kecik
Menu Cik Pejal ngan Kakak n Abang
Nasi ngan Sup Daging / Ayam
Air sampai 3 jenis Laici,Sirap Limau dan Limau Ais
Kawan2 Cik Pejal dengan juadah masing2lah


Tengah dok menunggu time berbuka
Ada pula pengemis @ peminta sedekah datang
Biasalah...CK rasa diorang ni under sindiket
sebab tengok muka masing2 cam seronok je buat keje tu
dah tak segan or malu dah pun
biasanya orang2 yang dijumpai akan buat isyarat tak mo la
ade juga yang bagi je singgit dua sebab nak soh derang blah cepat
klau tak lagi lama derang kat situ


yang CK tak puas hati ni
ada sorang akak ni lah
nampak sihat walafiat je
pakai tudung labuh..berbaju kurung
pakai selipar tp CK nampak dia siap pakai gelang kaki lagi
kiteorang buat tak tau jelah
muka tak nampak cam orang susah pun
selamba je minta duit kat orang2 yang tengah nak berbuka kat situ


yang tak tahannye...kat jari2 tangan dia
amboi...banyak benor cincinnye..bling2 you...kalah CK tau..
emas plak tu..siap tindik hidung lagi
yang kat hidung tu pun emas juga
macam tu susah ke? mewah je
dah jadi tak kesian pun
jadi menyampah adalah...
ade hati lak tu nak repeat
boleh datang lagi kat tempat kiteorang after berbuka
adeh..selamba tak malu tahap dewa..akeke


bila dok pk2 balik
sehari derang minta sedekah mau jumpa orang more than 100 kan
yelah..tambah2 time skang ni..ramai yang sibuk shopping raya kan
kompom derang dapat lebih wang
kalah orang yang bekerja ni
aduyai..keje senang betul derang kan...


so CK rasa pihak berkuasa kena ambil tindakan lah
janganlah biarkan gejala ni berleluasa
mencemarkan imej negara je
apa kata korang plak?

Ceramah Ust Kazim Elias | Untuk Renungan Bersama Suami Isteri




Ceramah ni bukan hanya untuk menjaga isteri, tetapi untuk renungan bersama Suami Isteri. Berpesan-pesan kepada kebaikan. Moga-moga kita mendapat hidayah dan sentiasa melakukan kebaikan.Insya Allah.

Thursday, September 2, 2010

Ceramah Ust Kazim Elias | Memang Layan





Bulan Ramadhan ni layan Ceramah Ustaz Kazim Elias. Memang layan dan banyak ilmu yang kita dapat. Terasa sangat ilmu agama ni, masih banyak yang perlu kita pelajari. Moga-moga kita sentiasa diberikan RahmatNya dan diLindungi olehNya.Insya Allah.