Salam semua…mesti tak caye kan.biar betul..berjanggut? eeeyakkk…gelilah..padahal
En. Pejal pun berjanggut gak..tp sejemput je..hehe… tak taule betul ke idak cite ni..itu terpulang pada individu masing2lah kan. Ade yang suka..ade gak yang tak suka kan..ni CiKema baca dalam
Majalah Harmoni oleh
Noridawati Nahrawi..
Ramai noo yang minat dia la ni
Jom kite terjah ape yang menarik sangat Lelaki Berjanggut ni sampai boleh buat wanita-wanita caiyaq tuuu…diaaaa…. sampai tergolek-golek dok jatuh cinta kat depa..
“Bagi jejaka yang masih solo dan sukar mencari gadis idaman hati untuk dijadikan suri hidup, apa kata ubah penampilan anda di Hari Raya nanti. Sekiranya anda serasi dengan imej wajah ‘bersih’ tanpa janggut selama ini, apa kata lakukan transformasi dengan mengubah imej tersebut.
ni pun ramai yang kejor
Pasti ada suatu kejutan yang bakal anda alami dengan penampilan baru itu. Siapa tahu, hari tersebut bakal menrubah hidup anda yang sepi tanpa wanita bergelar kekasih sebelum ini.
Justeru, bagi lelaki yang tidak suka ‘menyimpan’ janggut, lebih baik anda mula mempertimbangkannya hari ini. Kerana, berdasarkan satu kajian yang dijalankan, didapati ramai wanita mudah terpikat pada lelaki berjanggut.
ni CiKema minat..hehe
Hasil tinjauan yang dilakukan terhadap beberapa wanita yang berusia sekitar 18 hingga 44 tahun mendapati lebih daripada 50% wanita memilih untuk berdampingan dengan jejaka berjanggut. Bagi mengenal pasti lelaki pilihan mereka, setiap gadis ditunjukkan 15 foto lelaki yang memiliki imej berbeza-beza, iaitu daripada yang dagunya mulus tanpa janggut sehinggalah mereka yang menyimpan janggut. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri lelaki yang dianggap dewasa, romantic, agresif dan serius dalam menjalinkan hubungan cinta.
Nabil pun ade janggut gak..tu yang Nazirah jatuh cinta kot..akeke
Ternyata, hasilnya begitu mengejutkan kerana majority daripada wanita-wanita tersebut memihak pada lelaki berjanggut.. Ini kerana bagi mereka, lelaki yang tidak bercukur memiliki daya tarikan tersendiri. Malahan, mereka juga turut memilih lelaki berjambang untuk menjadi teman hidup mereka. Jadi, mulai sekarang jangan cukur janggut kamu wahai kaum Adam.”
antara pemimpin yang berjanggut
p/s: dalam Islam pun digalakkan menyimpan janggut. Banyak malaikat bergayutan di janggut tu..tu yang ramai wanita tertarik agaknye kan…Wallahualam..
Apa kate korang plak?