Thursday, May 30, 2013

Emoticon di FB

 Assalammualaikum...

Saje nak letak. Kadang dah share2 kat FB, bila nak cari entah di mana dan tak jumpa le pulak kan. Maka buat le n3 tentang emoticon ini. Hihihi

 Kalau nak diikutkan banyak lagi. Tapi yang ni pun kadang-kadang guna. Maka jangan tamak haloba. Hahaha

Wednesday, May 29, 2013

Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus


Assalammualaikum...

Wah tak sangka Ustaz Azhar Idrus ni... makin tua..makin menjadi gitu kan. UAI selamat bernikah satu lagi. Tahniah3...ini adalah isteri ke 3 UAI. Nampak macam muda lagi tu. Hehe kalau dah jodoh kan...


Di apit oleh Isteri2


ustaz-azhar-uai-kahwin-3
Sebelah sini pun isteri UAI juga.

Semoga perkahwinan UAI berkekalan hingga ke akhir hayat juga hingga ke syurga hendaknya. Aamin :)

Pada yang masih bujang tu...Moh kita usha3 apalah tip2 perkahwinan UAI ni yer. UAI dah 3... korang tu bila lagi? Hihi



13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Sumber: Islam Itu Indah

Tuesday, May 28, 2013

Rahsia Memotong Kuku

Assalammualaikum

Dah potong kuku blom? Ha..jangan sebarang2 nak potong kuku tau. Kalau boleh nak potong tu biarlah ikut sunnah yang diajar oleh nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Insya Allah banyak keberkatan dan pahala yang kita akan perolehi. 

Gambar diambil dari SINI

Rahsia Memotong Kuku mengikut Sunah Rasulullah SAW.

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Update: Kite ikut hari yg di sunnahkan je kalau nak potong kuku, Hari Isnin, Khamis n Jumaat tau. Hari lain2 tu kurang2kanlah...tak tau sumber betul ke dak perkara di atas tu...so CiKema dah potong. Hehe yang baik kite jadi ikutan...yang buruk kite jauhkan. Selamat BERAMAL... :)

Monday, May 27, 2013

Kedai Ibu Aqmar

Assalammualaikum...

Sempena ulangtahun kelahiran anak sulung CiKema, buat julung-julung kalinya...aacece ayat cam gempak je kan... CiKema telah membuat page KEDAI IBU AQMAR untuk memulakan dan menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis produk yang 'NGETOP' n 'MELETOP' kat pasaran terutamanya di FB dan juga di alam maya ini.

Kenapa bagi nama Kedai Ibu Aqmar yer? Dah macam ala-ala Indon le pulak kan...tak de maknenye Indon or Cik Enon bagai. Kedai tu letak nama Ibu Aqmar pasal semua anak-anak CiKema panggil CiKema Ibu. Masing-masing anak-anak ade nama Aqmar tu kan. Maka terhasillah Kedai Ibu Aqmar atau singkatannya KIA. Unik tak? Akeke

Kedai Online untukjana pendapatan keluarga

Niat dihati adalah untuk menjana pendapatan keluarga. Daripada dok goyang kaki katenyeee... surirumah tak keje kan...katenyeee... eloklah berniaga apa yang patut untuk bantu suami. Itulah katenyeee yang menganggap surirumah tak buat keje apa-apa. Huhu

Diharap korang semua sudilah menge'LIKE' page KIA- KEDAI IBU AQMAR ni yer. Doakan juga Kedai Ibu Aqmar ni berjaya, maju, sukses dan mendapat sambutan HANGAT di pasaran n HOT gitu. Aamiin

Saiful Bukhari dah kawin :)

Assalammualaikum...

Musim cuti sekolah ni, memang ramailah yang nak menamatkan zaman bujang masing2. Tak ketinggalan Saiful Bukhari yang dikaitkan dengan DSAI dan juga pengakuan sumpah laknatnya pun nak kawin juga. Alhamdulillah.



gambar ambil kat SINI

Saiful Bukhari telah pun selamat bernikah dengan pilihan hatinya Nik Suryani di Masjid Kristal, Terengganu dengan mas kahwinnya sebanyak RM41,101. Tahniah buat pasangan ini.

Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Diharap lepas ni, no more kontroversi. Jagalah isteri yang dikasihi yer. :)

Friday, May 10, 2013

BN menang Pilihanraya Umum ke 13

Assalammualaikum... lama dah CiKema tak update blog ni. Terlalu menumpu ke FB sangat itu le pasalnye. Kalau dah buka FB, macam2 terbaca, tertengok, tergelak, tercontest...ter..ter.. kadang2 tu dah bukak blog ni...entah kenapa tak de la nak meng'update' pun. Sian kat blog ini. Bagai di anak tirikan le pulak yer..sop sop...

Eh...apa da cerita ke lain. Tajuk lain...story ke lain. huhuhu...

Ha..Tahniahlah pada Barisan Nasional kerana berjaya mentadbir negara untuk kali yang ke 13. Buat kesekian kalinya, CiKema sudah dapat agak BN akan menang kali ni. Macam-macam hal timbul...isu Bangla la, Black Out la...Racist laaa...hmmm

nampak ke dalam gelap tu?

Kadang-kadang tak paham juga. Susah sangat ke nak buat secara adil, jujur dan saksama. Bila rakyat tahu dan pasti akan kejujuran BN, pasti tak akan terdengar suara-suara sumbang. Pihak Pakatan Rakyat juga akan senyap, tak perlu dah buat macam-macam.

PM masih sama

Seriusnya...CiKema agak kecewa dengan perkara yang berlaku sejak PRU13 ni. Apa-apa pun, CiKema percaya...Allah merancang sesuatu yang lebih baik buat pihak Pakatan Rakyat. In Sha Allah, 'Tsunami Rakyat' akan berlaku lagi sekiranya...pentadbiran negara tidak mendahulukan rakyat seperti yang dicanang-canangkan. Perjuangan belum selesai kan..kan..Think positif..hehe

CiKema doakan yang terbaik buat Rakyat Malaysia semua, agar kita sama-sama bersatu padu dan berganding bahu untuk memakmurkan dan menambahbaikkan negara demi masa depan generasi akan datang. Aamiin