Assalammualaikum semua...
Seperti yang dah diketahui umum, sejak Sabtu lepas dah kecoh pasal kapal terbang MAS MH370 yang hilang tu. Sejak peristiwa tu negara kita ni dah menjadi tumpuan kerana ramai yang nak membantu dalam pencarian MH370 ni.
Macam-macam usaha dah dibuat tak kira dari luar negara mahupun dari rakyat Malaysia sendiri. Cik Akma harap kite sebagai rakyat yang prihatin ni janganlah putus asa dalam memanjatkan doa untuk mangsa-mangsa yang terlibat. Ramai tu penumpang dalam kapal tu termasuk anak2 kapal sekali. 239 orang bukan jumlah yang sedikit tak kiralah ianya penumpang dari negara mana sekalipun, tapi ini berkenaan dengan nyawa kan. Tambah2 lagi jika salah seorang dari mereka tu ada kena mengena ngan kita. Mungkin juga kaum kerabat atau kenalan kita. Maunye tak sedih kan...
ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
”Dan
Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan
kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]
Apa-apa pun Cik Akma mengharapkan MH370 ditemui dengan segera. Jika mereka ditimpa malapetaka, harap sangat ade petanda di mana-mana. Sekarang ni langsung xde kabar berita waima bangkai pesawat pun tak jumpa inikan pula penumpang2nya. Cik Akma tetap mengharapkan ade keajaiban... tapi Qada' dan Qadar Allah itu kite kena juga terima kerana kekuasaan Allah mengatasi segalanya.
Semoga usaha pihak yang terbabit dipermudahkan Allah. Diharap keluarga penumpang MH370 dapat menghadapi ujian Allah ini dengan tabah.
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]
#PrayForMH370
Jangan berhenti Berharap...