Thursday, June 3, 2010

Pulmonari Embolisme?

Mesti ada yang tertanya2 apakah Pulmonari Embolisme (PE). Dan pasti ade yang tak percaya ngan fakta tentangnya. Cik Kema dapat tau pasal PE ni dari majalah Aniqah. Moh baca...

kusyuknye wat keje Cik Google

PE adalah sekatan secara tiba-tiba dalam arteri di paru-paru. PE merupakan komplikasi pada keadaan yang di kenali sebagai Deep Vein Thrombosis (DVT). DVT adalah darah beku yang terbentuk dalam pembuluh darah (deep veins) dan selalu terjadi pada kaki. Darah beku boleh pecah, sampai ke paru-paru dan menyekat arteri.

Siapa yang berisiko menghidap Pulmonari Embolisme?
Mengikut kajian Institut Penyelidikan Perubatan,New Zealand (NZ) dan disiarkan dalam Journal Perubatan NZ menyebut bahawa masalah ini biasanya di hadapi oleh :
1. pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing
2. pekerja industri maklumat,
3. pusat panggilan dan 
4. mereka yang duduk dalam kapal terbang terlalu lama juga
5. mereka yang menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer.

Simptom
  • Cepat penat
  • Mengah
  • Sakit Dada
  • Denyutan nadi laju
  • Lemah di bahagian kaki
  • Kurang selera makan
  • Batuk
  • Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif
Pencegahan
  1. Pakai stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (DVT). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.
  2. Perbanyakan gerakan terutama di bahagian kaki.
  3. Elakkan meminum air batu (ais).
  4. Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk.
  5. Sentiasa meminum air panas.
  6. Amalkan bersenam.
Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat bagi menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi lebih besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru. Jika PE yang dialami mengancam nyawa, doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahnya).

3 comments: