Tuesday, August 24, 2010

Anak-anak Ibu


Sejak dua menjak ni adik dah pandai nak bertatih
Mula-mula selangkah dua..
Semalam dah berani skit
Dah boleh berjalan 3-4 tapak
Ada kemajuan...bagusla anakku
Moga2 bila dah pandai berjalan nanti
Tidak le panjang langkahnya
Tak reti nak dok diam..

Sama juga bila tak pandai bercakap
Dah pandai skit-sikit
Bila tengok ayah dan ibu
Ada lah bunyi-bunyi..bu...dan aaaa
Kadang-kadang ketawa jela..
Janji ada bunyi keluar
Harap-harap bila dah pandai nanti
Janganlah asyik bercakap je
Bila disuruh atau dilarang nanti
Asyik nak menjawap je

Janganlah macam tu wahai anak-anak ibu
Ibu doakan korang selalu
Menjadi anak-anak yang soleh dan solehah
Menyenangi semua orang
Membahagiakan setiap yang menyanyangimu
Ikhlas dalam setiap perkara dan perbuatan

3 comments:

  1. anak-anak ko yang comel..
    nmpak ko lovely mother..
    semoga mereka akan terus membesar dgn sempurna menjadi anak2 yang soleh dan solehah..amin..:)

    ReplyDelete
  2. Insya Allah Zue. Anak2 ko pun begitu juga...Amin

    ReplyDelete
  3. seronok dapat tenguk perkembangan anak depan mata..tentu menjadi kenangan terindah bila mereka telah dewasa nanti.

    ReplyDelete