Seblom ni CiKema pernah cite yang CiKema kena balik pasal tak cukup 10 hari overdue lagi kan.. Okeylah pas 2 hari..kira hari yang ke 10 tu, CiKema datang lagi ke Hospital Serdang. Cam ari tak jadi masuk spital tu..Skali lagi doktor cek laluan kat bawah nak tau samada dah buka ke blom. Sblom ni tak buka pun..kali ni doktor slok dah buka 2cm. Jadi dah boleh masuk wad katenye. Kena cucuk dulu menda untuk masukkan air kat tangan CiKema cam pic kat bawah ni.
kena cocok...buat sakit tangan je
Sakit boleh tahan gak le..siap mengalir darahku kat atas katil tu pasal tutup putih tu tak ditutup dengan cepat ditambah pula ngan Hb CiKema yang agak rendah dan kurang dari 11Hb. Jadi darah agak cair dah lambat skit nak stop. Mula-mula doktor nak ambil darah dari tempat tu juga...cam susah dan agak sakit le juga kawasan tu..dia pun ambil kat area lengan CiKema je. Dah isi darah, then kena tunggu untuk kemasukkan ke wad. Lama gak menunggu...sampai nak tertidolah...
CiKema check in kat spital dalam kul 2 petang gitu...dah cek-cek apa yang patut settle dalam kul 4 juga lah. Nak masuk ke wad adelah nak dekat-dekat kul 5 ke 6 petang. Barulah boleh masuk wad dan dapatlah katil untuk tido malam tu. Al-maklumlah wad penuh katenya...katil pun tak de kalau nak tido...boleh gitu???
muka tak leh blah..berkerut je..hehe
Maka bermalamlah CiKema di spital aritu 4hb Julai 2012 kat katil no 11 wad 5F. Tu kira wad kelas 3 lah... tu je yang mampu, nak wad kelas atasan sangat kang takut gak...dibuatnye dok sorang ke...naya je..CiKema ni penakut orangnye. Elok gak dok wad yang ramai-ramai, biar bising pun...sekurang-kurangnye tak sunyi..so tak le seram sangat..hehe
Dengar dari nurse dan pesakit kat situ, wad 1 dan 2 selalu penuh. Nak kena tunggu kekosongan baru boleh masuk. So penuh gak kan...elok le kat mana-mana wad pun..janji ade katil untuk tido kan..kan..
no katil kat wad
Petang tu dapatlah CiKema makan makanan hospital. Bolehlah...dah lapar kan..makan jelah, nak memilih sangat bukan boleh kuar pi membeli-belah pun kat kafeteria or kedai-kedai kat bawah nun. Walaupun ado duit, bukannye mak guard tu kasi turun pun...takut apa-apa berlaku pada mak buyong sekalian. Naya je...
Malam tu, kehausan la plak...CiKema tak terfikir nak bawa cawan. Minta kat nurse, derang pun takde cawan...sedehhh tul...kalau ade pun jug air n termos air panas je. Takkanlah nak togok ngan jug tu ye dak...so tabah ajelah malam tu sambil berpesan pada en. Pejal untuk bawakan cawan esok hari.
Kebetulan malam tu Nisfu Syaaban..sempatlah baca 3 kali Yassin untuk buku baru. Alhamdulillah... Bermulalah hari yang macam-macam kite boleh lihat kat wad. Insya Allah..akan CiKema ceritakan nanti.
Kesian pula dgr nak minum takde cawan... Skrg ni dah bersalin ke belum? Baby nk tunggu raya baru nak keluar ke? Nak rasa mkn rendang dulu ;)
ReplyDelete