Last week Jumaat dan Sabtu (12-13 Apr 2013), CiKema dan famili pergi masuk kem...bukan kem asekor tu yer..ni Kem Kepimpinan Pengawas
Pengganas Sekolah...Kami ke Bagan Lalang, Sepang dan stay kat Bagan Lalang Resort, Sepang dekat2 dengan Bagan Lalang Palm Resort tu le.
en. Pejal jadi volunteer atau fasilitator untuk program tu. Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar. Tak de masalah. CiKema sendiri kagum dengan pengawas-pengawas Sekolah Menengah Sungai Rawang ni. tak susah payah pun nak jaga diorang ni. Maklumlah pengawas kan..jadi mereka ni sangatlah tidak memberi masalah malah membuatkan kami rasa sangat bersyukur jika mempunyai anak-anak seperti mereka.
Kalau nak suruh solat tu, memang tak susah pun. Mereka segera melakukannya secara berjemaah tak kira apa waktu sekalipun mau tak sejuk perut ibu mereka yang mengandungkan. Ibubapa mereka sangat bagus mendidik dan mengasuh hinggakan dapat hasil sebegitu. Harap sehingga dewasa mereka begitu dapat berbakti pada ibubapa mereka. In sha Allah. Aameen
|
bersedia utk mbuat persembahan dgn lirik yg sudah ditukar |
|
sedang berlatih |
|
khusyuk masing2 nampak |
Ok...masa 2 hari 1 malam sangat pendek. Segala modul untuk kem ini terpaksa dimampatkan dan dipadatkan untuk pengawas2 ni. Hasilnya diharap dapat memotivasikan lagi pengawas2 ni agar menjadi pemimpin yang berwibawa dan juga sangat komited dalam menjalankan tugas mereka. Harap tak delah malu2 sangat nanti.
|
yang ni macam tak puas hati je..hehe |
|
apalah yang tgh diperkatakan tu |
|
CiKema n anak2 pun menyelit sama. Hehe |
|
Bakal pemimpin akan datang.. In Sha Allah |
|
Mendengar n mencatit apa yang perlu utk menjadi pemimpin |
|
Masa ni CiKema n famili dah balik, xsempat bergambo..huhu |
|
Imam yang nampak cam brutal, sedang membuat pembentangan secara berkumpulan |
Anak-anak CiKema pun seronok join ni. Walaupun banyak perbezaan umur dengan abang2 dan kakak2 sekolah ni, diorang layankan je semua aktiviti bersama2. Harap CiKema ngan famili dapat join lagi...Hehe
Kalau ada antara korang yang nak join aktiviti cam ni...bolehlah ke fb
Kindness.my. Bukan je menjadi fasilitator malah macam-macam lagi sebagai volunteer korang boleh lakukan. In Sha Allah, segala amalan dan kebajikan yang kita lakukan walaupun kecil, diharap dapat membantu mereka yang memerlukan. Semoga Allah dapat melimpahkan rezeki dan keberkatan dalam hidup kita bukan sahaja di dunia tapi lebih banyak lagi untuk bekalan di akhirat nanti. Aameen.
Klil klik..kalau inginkan maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment