Monday, June 24, 2013

Jerebu ada di mana2

Assalammualaikum...
Skang berjerebu je kan. Fening dah kepala ni haaa.. Duk umah pun rasa tak sihat je. Mana tidaknye dalam rumah, dalam bilik pun ade terbau asap walaupun tak keluar rumah. Macam mana nak sihat nyer?

Dengar cerita punca Jerebu ni adalah kerana pembakaran yang berlaku kat Indon tu. Nak dapat baja semula jadi dengan cara mudah dan cepat. Maka dibakor je segala pokok-pokok atau tanah-tanah yang bersemak-samun tu dan juga tanaman-tanaman lama dan tua tu. Senang nak buat penanaman baru gitu. Wahhh...fikir senang dia je kan. Tak delah fikir kesihatan manusia dan rakyat serantau ni haa... Kijam betul.

Perkara ni tiap-tiap tahun berlaku. Ade je alasan diorang ni...konon-konon syarikat yang terbabit tu adalah syarikat-syarikat dari negara serantau juga. Apa daa... siapa punya negara ni? Macam tak reti nak kuatkuasakan undang-undang la pulak kan. Siapa yang patut ikut cakap siapa ni? Jangan kerana nak naikkan ekonomi negara...apa yang berlaku buat-buat tak nampak je. Ini sudah lebeyyy...

Kesihatan rakyat serantau ni macam mana yer? Kalau dah tak tau nak buat macam mana, mintalah bantuan. Ini masih lagi sombong. Menyusahkan saja.. Penyudahnya... ramai yang dok hidu asap dan juga gas beracun ni ha... Sabo ajelah kan.

Stress dah ni. Baru nak baik selsema..dapat pula sakit tekak dek kerana udara yang tidak sihat. Alangkan orang dewasa pun rasa sakit...inikan pula bayi dan kanak-kanak. Kerajaan Malaysia pun macam lambat je bertindak. Bila tah nak buat pembenihan awan tu? Takkan takde bajet dah... Habis kat kempen-kempen dan poster billboard tu ke? Hmmm...sedeyy2..

Ya Allah, kau tabahkan kami semua menghadapi ujianMu ini. Permudahkanlah usaha untuk mengatasi masalah jerebu ini agar kami semua kembali sihat. Aamiin

4 comments:

  1. salam blogwalk..

    jerebu di mana2 kan.. kat port klg ni, dh mcm jrk penglihatan 200m je kot... tmbh dgn rabun.. adoiii rase nak klua umah kejap nak masukkan anak dlm kete before gerak ke taska pun ase cam x slamat..

    huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. maka sekolah pun cuti..cuti2 pun,dok umah kena asap juga..sian ank2 kan...

      Delete
  2. lagi sakit hati bila menteri dia cakap "memang akan jadi jerebu nya tapi ngak sangka awal pula jadinya " wahhhhhhh....memang melampau betul..geram jer bila dengar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..eh..dia buat kita cam bebudak pula yer..dahlah dibiorkn je pembakaran tbuka tu..pas tu buat2 xsangka pula yer...sabo ajelaa kan

      Delete