Friday, April 4, 2014

Tukar Buku 2.0


Bissmillahirrahmanirahim



Assalammualaikum...

Photo: JOM TUKAR BUKU. Bawa buku anda dan tukar dengan BUKU PTS.

Program bermula pukul 10 pagi esok.

#BUKUPTS - BUKU UNTUK SEMUA

Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC)
Sabtu lepas Cik Akma gi tukar buku macam yang kat atas ni. Anjuran Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC)
dan ditaja oleh karangkraf, BukuPTS, Idea Kreatif n KBBF. First time pegi untuk tukar buku. Cik Akma bawa macam2 buku untuk ditukar aritu. Memang tak baca dah...klau biarkan je kat gobok tu memang takde sape nak baca pun. Bila ada peluang tukar2 buku ni, memang syioklaa... Tak mengharapkan apa2... Memang pergi semata2 nak tukar2 buku je.


Photo

Melilau juga nak cari astaka ni, tapi Alhamdulillah akhirnya jumpa juga. So belek2 buku apa yang ada kat situ. Memang tak caya, banyak buku baru2. Cik Akma dan suami bawa je buku bebanyak... tak tau buku mana yang sesuai yang diorang nak. Bila kat sana... diorang memang tak kisah pun. Janji buku cerita katenya... so kesemua 30 buah buku yang kami bawa tu kira sedekah teruslah kat situ.













Photo: Buku ni dapat free dalam program tukar buku lama kepada buku baru anjuran PTS. Terima kasih puan Akmarwati Ab Rashid.. hihi

Inilah hasilnya... tukar dengan 9 buah buku dan novel baru. Yeayyy... dah tak payah beli buku atau novel dah. Syiok juga tukar2 buku ni. Boleh pilih2 buku mana yang berkenan dihati. Tak sabar nak baca semua dan tak sabar nak tunggu kot2 ade lagi program tukar ni lagi. Boleh tukar lagi... Boleh baca buku lain pula kan... Hehe


Photo

Hari tu bawa dua orang anak dara kecik tu. Cik Pejal aritu pula jumpa kenalan masa masuk treasure hunt. yang pakai topi putih tu nama nicknamenye Atok.

Photo

Mula2 sampai macam tak ramai je, dah nak dekat tengah hari makin ramai yang datang. Seronok kan...

Okey tu aje. Next time harap RAMFC dan BukuPTS buat lagi. Best!!!







Tuesday, April 1, 2014

Feed the Homeless with Kindness



Bismillahirahmanirahimmm..

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, Sabtu malam Ahad yang lalu 29 Mac 2014 jam 11.59mlm bertempat di depan perhentian bus berhampiran McD kotaraya, Cik Akma dan suami telah turut serta program Feed the Homeless bersama dengan adik2 pelajar dari UM.



Ini pertama kali Cik Akma dan suami join walaupun dah ade niat tu dari tahun lepas lagi. Niat dah ade tapi dek kerana kekangan masa dan dok fikirkan anak2 lagi tu yang tak join2. Tapi malam tu Alhamdulillah, jadi kenyataan untuk turut serta. :)

Ambil dari page FB Kindness.my

Malam tu group kami dibahagi kepada 2 di mana 1 group akan berjalan area Petaling Street dan Bangkok Bank dan 1 group lagi area Puduraya. Apa yang perlu dilakukan oleh kami, mengagihkan makanan dan minuman pada orang2 yang tido atau tidak berumah (homeless) tu di kawasan yang dah ditetapkan. Kalau yang berjaga tu boleh terus bagi kat diorang dan yang tido tu jangan diganggu, cuma letak ajelah disebelah mereka. In Sha Allah, esok pagi makanan dan minuman yang diberikan tu boleh dijadikan sarapan atau alas perut mereka.

Tiap kali lalu dekat diorang tu rasa sebak pula Cik Akma. Kesian dan macam2 lagilah rasanya. Apa yang boleh Cik Akma lakukan hanyalah berdoa, hidup mereka akan lebih baik di masa akan datang tanpa perlu tido di kaki2 lima lagi. Itulah kehidupan malam di tengah-tengah kota raya yang maju ni. Masih lagi ade yang tak berumah dan terpaksa tido beralaskan kotak je. Tu belum tentu makan minum mereka lagi kan.

dah habis khidmat masyarakat barulah bergambar2an...hihihi


Kite2 yang bertuah ni memang boleh berkata dan bersangka je macam2 pasal mereka. Tapi hakikatnya, hanya Allah saja yang tahu hati mereka dan kesusahan mereka tu. Diorang bukan meminta2 pun. Malah ade je di antara mereka tu dikala rakan2 mereka mencari2 tempat untuk merehatkan badan dan melelapkan mata, masih bekerja walaupun hanya mengutip botol2 plastik yang ade untuk dijual dan menambahkan pendapatan.

Walaupun mak buyong ni penat berjalan-jalan, tapi ade rasa kepuasan di situ sebab dapat memberi khidmat yang tak seberapa dan semana pun pada masyarakat yang memerlukan di situ. Sambil-sambil tu terimbas dan terimbau juga kenangan silam zaman persekolahan dan bercinta dolu2. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain kan. Kisah dolu2... huhuhu


Cik Pejal kena berucap skit...hehe

Siang sangat sibuk dengan warga kota mencari rezeki tika malam berubah wajah dan terserlah satu sudut hidup yang tidak kite sangka. Sebab tulah, sahabat-sahabat nabi dan pemerintah yang baik terdahulu akan meninjau setiap malam untuk melihat rakyat negara yang mereka tadbir. Mereka sangat risau dan tidak dapat tidur lena setiap malam jika tidak dapat membantu dan menyelesaikan masalah rakyat. Di harap pemimpin2 kite sekarang pun bergitu juga. Aamiin

Okey, harap next time Cik Akma dapat join lagi. Kali ni nak bawa anak-anak sekali supaya mereka dapat ikhtibar, hati sentiasa lembut dan sedia membantu juga memberi apa jua khidmat pada yang memerlukan. In Sha Allah...