Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H


Selamat Berpuasa kepada semua

Gemukkan Iman, Kuruskan Badan
Kurangkan Juadah, Banyakkan Sedekah
Moga-moga Amalan kita diterimaNYA
Insya Allah, Amin.

Tuesday, August 10, 2010

Kelebihan Seorang Wanita..


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, 

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, 

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. 
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.




Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 

Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. 

Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. 

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. 

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. 

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. 

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. 


Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. 

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 

Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. 


Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. 

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. 

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.



Moga2 kita menjadi WANITA yang solehah di dunia dan akhirat. Amin.

Friday, August 6, 2010

Al-Fatihah buat Pak Cik Sidek

Semalam dapat panggilan phone dari ayah
Baru je 1 jam ibu masuk keje
Kelmarin dah cuti emergency
tup..tup..ari ni kena cuti lagi


Pak Cik Sidek meninggal (anak-anak ibu panggil Tok Sidek)
Jadi Ayah bergegasle balik semula tuk pick up ibu
Then berkumpul le adik-beradik plus ipar-duai kat Cheras
Kul 12 trus bertolak ke Melaka


Adeh..disebabkan dah lama tak balik Melaka
Asyik2 tersalah jalan je
U turn adela kat 2-3 kali kat area Batu Berendam tu
Padahal senang sangat jalannye
Masuk jalan kat Airport je


Sampai2...arwah dah dimandikan
Kami tunggu hingga arwah dikapankan
Kemudian disembahyangkan dan di tanam
Perkuburan yang sama dengan Arwah Mummy tempoh hari


Tahun ni dah dua orang adik-beradik Tok Choi dijemputNya
Suratan atau kebetulan?
Esok lusa siapa pula...
Apa-apa pun, pengkebumian semalam berjalan dengan lancar
Moga-moga arwah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman
Amin..


Alhamdulillah...kami selamat sampai
Meneruskan hari-hari seperti biasa
Bersama-sama dengan yang tersayang
Hargailah sementara ada...
Moga diberkati dan dirahmatiNya selalu
Insya Allah...


Al-Fatihah untuk Arwah Pakcik Sidek