Friday, May 28, 2010

1st time kena Tag

 bila nak sampai cik google oii..
sibuk tul ber'make up'

Ni 1st time kena tag. Tak taula nape Pn. Zue ni tag2 Cik Kema. Mungkin saje nak tau rahsia kejelitaanku..wakaka... Meh jawap soklan peksa yang diberi(kakak dh abis peksa semalam, ari ni ibu kena jwp peksa plak..huhu :P). Belasah jer...

Adakah anda mempunyai lesen memandu?
Ada.

Bilakah anda mengambil lesen memandu?
2001. tapi gagal then amik 2-3 kali lagi.(haha...tak lepas bukit da...)

Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
Ni pengalaman ikut jam ke tahun? 
Setiap hari lebih kurang sejam-2jam memandu. dapat lesen dalam 6 thun lepas. so lebih kureng cam ni calculation dia ek
2jam x 365 x 6 = agak2 berapa jam? (haha..amik soklan matematik ni..)

Pengalaman pahit ketika memandu?
Tiap kali bawa kete manual berenti kat bukit, fobia tul..takut terundur da...(tu pasal lesen sangkut dolu2...)

Pengalaman manis?
1st time bawa kete sendiri...

3 tabiat ketika memandu?
1)dengar radio
2)membebel sendirian kalau ade kete or pemandu lain wat hal
3)makan

3 pantang time aku memandu bila:
1)selamba je masuk lane tanpa bagi isyarat.hingat aku nak bagi...sorilah...ngeh3
2)ingatkan dia nak terus tiba2 masuk simpang la plak...orang dh tunggu dia ni..rugi beberapa saat..ceh..haha
3)buat tak tau je bila kita dah bagi jalan..angkat tangan pun tak..hmmm..

Pernah terlibat dengan kemalangan?
Alhamdulillah blom lagi. Setakat yg kecik2 tu adelah. terlanggor kete orang, time balik dari keje,terlelap n terlupa nak free gear masa kat traffic light. tu pun cat tanggal tak delah besar mana pun, tak sampai size duit 5 sen tu.

nak tag sape ek...ha...

1. BeMie
2. Ust. Din
3. Eyriqazz

Jawab yer..nnt leh kongsi2 pengalaman memandu tu. lucu ke, berhemah ke, terejal ke... baru ade variasi dalam kehidupan kita ni..wa chaaa....

Wednesday, May 26, 2010

Alhamdulillah...dapat lagi..

Alhamdulillah... 
Cik Kema dapat hadiah lagi
Thank you so much..

hadiah pakcik google

Kali ni untuk giveaway "Di Mana Saya'. 
Hehe..ni bukan pasal kroni-kroni tau...
Pn.Zue dh explain kat blog dia ... 
wokey jom terjah sape yang bertuah tu...

Sunday, May 23, 2010

Alhamdulillah...nama tersenarai

Assalamualaikum...

Hari ni Cik Kema nak wat announcement.

Bulan lepas Cik Kema ada join contest @ giveaway E-Car.
Alhamdulillah...
Nama Cik Kema tersenarai untuk menerima hadiah saguhati.

Ngeh3..ok le tu kan saguhati pun hadiah juga...
Thanks to E-Car sebab bermurah hati bagi hadiah yang banyak.
So, peluang untuk ramai yang dapat hadiah pun banyak.
Tahniah pada semua pemenang..
Next time, Puan Penganjur buat lagi tau...
Lebiu... muaahhh cha cha... :-*


Saturday, May 22, 2010

Casino de Genitng... Banggakah Kita?


Sebelum Cik Pejal p masjid untuk solat Jumaat, sempat kasi link + cam marah je ayat dia... :(

Cik Pejal : tgk nih...&#%@ x *&@#^ (kena sensor skit...tak elok tuk budak2) kerajaan kite nih... ke main jadik top 10 casino in the world.

eh..nape ek? so Cik Kema pun p terjah le link yang dia bagi tu.

Rupa-rupanya...

judi tu haram pak cik google oii..!!!



Casino de Genting ni adalah satu-satunya yang mendapat lesen perjudian kat Malaysia ni. Jangan tak tau, pengurusan atasan yang terjebak dalam industri casino ni antaranya adalah Melayu + Islam. Banggakah Kita? Erm..susah nak jawab nih...fikir-fikirkanlah... :P

Friday, May 21, 2010

Agar Tidur Lebih Lena

baby google sleeping


tips or info ni dari TESCO tau. Meh kita kongsi bersama..khas untuk anak2 kecil (baby le tu..ngeh3)

Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh diambil bagi memastikan bayi/anak2 anda mendapat tidur yang lena. Cubalah petua-petua mudah ini, agar membantu si manja anda tidur dengan gangguan yang minima serta tidur lena sepanjang malam.


Segalanya bermula dengan rutin
Lakukan rutin waktu tidur bermula dengan mandian, bacaan buku cerita, menyusu dan kemudian tidur sejak dari awal kelahiran lagi. Ia sememangya bermanfaat untuk masa yang akan datang.

Penyusuan di waktu siang
Sasarkan untuk menyusukan bayi anda di waktu siang, supaya dia tidak tersedar di waktu malam.

Patuhi rutin waktu siang
Sekiranya bayi anda selalu memerlukan buaian, dakapan dan belaian sebelum tidur, sudah tentu dia juga memerlukan anda apabila terbangun di waktu malam. Bagi membantu bayi anda, letakkannya di atas katil semasa dia mula merasa mengantuk. Lakukan 15 minit sebelum waktu tidurnya.

Jangan ganggu bayi anda
Jangan wujudkan sebarang gangguan setelah anda meletakkan si manja di tempat tidurnya.

Biarkan si manja anda tidur semula
Jika terdengar suara bayi anda tersedar dari tidurnya, berilah peluang kepadanya untuk cuba tidur semula. Sekiranya bayi anda mula menangis, usap dahinya (keningnya pun ok gak) perlahan-lahan dan jangan bercakap dengannya. Cukup sekadar memujuknya dengan berkata "Shhhh... " dan tukar lampinnya jika perlu.

Kawal pencahayaan di bilik tidur
Pastikan bilik si manja dilengkapi dengan lapisan fabrik gelap di sebalik langsir agar tidurnya tidak terganggu dengan cahaya matahari yang terik di waktu pagi.

Perkenalkan selimut tebal kepada si manja anda
Cuba gunakan selimut tebal sebagai objek gantian bagi memastikan si manja berasa selamat sewaktu anda tidak bersamanya. Boleh juga mencuba alternatif lain seperti mainan lembut (pastikan ia selamat untuk bayi anda), kain muslin atau selimut bayi.

Gunakan elemen muzik
Mainkan lagu yang bersesuaian untuk mendodoikan bayi anda. Ia juga berguna apabila bayi anda tersedar di waktu malam

Jangan lupakan diri anda juga!
Sekiranya anda tidak boleh tidur, letakkan aromaterapi lavender di bawah bantal atau pastikan anda mengambil snek yang mengandungi pisang atau kepingan ayam belanda; ia mengandungi tryptophan yang bermanfaat dalam meningkatkan tahap serotonin serta membantu melenakan anda.

Thursday, May 20, 2010

Camne leh jadi camni?

tak tau le pesal..
tiba2 jerk..
semua blog yang Cik Kema follow dah tak de..
kompius betul la...????
pakcik google kompius

Cik Kema cam malas nak godek2...
takut nanti jadi melarat le plak...
(padahal buta IT nih..jangan buta hati sudah..)
ada sape2 tau kenapa tak?
(angkat tangan yer)
rasa-rasa dah join blog korang semua..
tapi dah tak jadi follower la plak..
kompius dan masih kompius lagi nih..
hmmm..cam no nak buek ni?
MISTERI sungguh ni...
aduyaiii...

Tuesday, May 18, 2010

Aksi Adik with CD

Jom usha adik pakai CD
.
.
.
Taraaaa...

purple color
Ibu saje je beli kaler purple..
dah abis kaler pink
lagipun kaler ni pun faberet ibu..
haha :P

tergolek & tertonggeng

Nampak selesa je kan..
@@@@
Anak kita boleh bergerak bebas
~~~~~~
sambil menjimatkan duit poket ayah dan ibu.
$$$$

panjat memanjat

Kalau dalam masa sebulan ni tak de apa2 masalah...
Insya Allah ibu akan tambah lagi..

Monday, May 17, 2010

Hepi Besday Kakak

Happy Birthday
to
Aqmar Farhana Muhammad Faizal

my princess

Hari ni besday Kakak
Moga-moga menjadi anak yang solehah,
kakak yang baik,
berjaya dlm pelajaran,
berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.
Semoga dipanjangkan umur dan hidup diberkati.
Amin.

besday google

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru

buat semua guru-guru di Malaysia.

Semoga kalian tetap sabar untuk mendidik anak bangsamu.

Saturday, May 15, 2010

Park Joo Bong vs Park Ji Sung

Park Joo Bong

Masa tengok badminton Malaysia vs Jepun yang lepas, komentator ada menyebut pasal Jurulatih pasukan Jepun bernama Park Joo Bong. Dia ni pernah main untuk Korea. Sekarang jadi coach plak. Patutla Jepun sekarang memberi saingan. Malaysia siap kalah lagi. Kiranya dia ni berjaya membawa Jepun untuk cuba merebut Piala Thomas. Nape tak latih negara sendiri ek...hanya dia yang tau kenapa..huhu

Park Ji Sung

Masa tengah memperkatakan tentang badminton, boleh plak tersebut nama Park Ji Sung.. ngeh3..terkompius skjap... my laling cakap tu pemain MU la.. hehe.. Bukannye tak kenal. Malah dah jadi fan MU ni.. semua gara-gara abang le ni..hehe..

Apa yang pasti, kedua-dua nama ni membanggakan negara Korea. Walaupun berbeza usia dan acara sukan yang mereka ceburi itu bukan penghalang untuk mereka berjaya dalam sukan.

Moh kita bersukan...

Friday, May 14, 2010

CD = Cloth Diapers

Last week, ibu ada order CD dari kawan ibu. Saje nak test. So, semalam dah dapat...

pos laju

Balik umah, terus bagi adik pakai. So far sampaile pagi tadi pakai..ok je.. Boleh berjimatla lepas ni...kan..kan...

cloth diapers

Kalau ada siapa-siapa yang berkenan or teringin nak order CD ni bolehla contact kawan ibu ni.

Norhafizah Hasamuddin
013-224 2274

Thursday, May 13, 2010

Al-Kiblah dan I Luv Islam


Al-Kiblah Travel & Tours Sdn Bhd
sekarang dah buat promosi kat
I Luv Islam


Dapatkan I Luv Islam
setiap hari Jumaat.

Apa tunggu lagi..jom beli sekarang!!!

Piala Thomas

Tengok Piala Thomas lagi. Abang balik, masuk je dalam umah tiba-tiba jerit badminton-badminton. Masa tu tengah tengok Timmy Time (cite kartun daa...)

Dato' Lee Chong Wei

Layannzz...Dato' Lee Chong Wei dan beregu 1st Malasysia dah menang.(terlepas lagi,kelmarin pun sama gak..huhu) Kali ni Malaysia lawan dengan Denmark (Den Mak..teringat lawak majalah Ujang)Memang sengit...(bukan minah senget tu..)

Asyik berdebar-debar je. Hati rasa tak keruan gitu. Dub..Dab...Dak Dik Duk...di dalam dada... sampai kawan si Apon (kawan my laling loo...) anto sms "Nyawaku di hujung reket gitu"...fuuhhh...

Hafiz Hashim

Alhamdulillah.Permainan Hafiz Hashim (Juara All England ni...) tidak menghampakan. Malaysia berjaya masuk ke peringkat Separuh Akhir esok. Malaysia melalui jalan berliku dan berduri gitu untuk mengejar bagi merebut dan menjulang kembali Piala Thomas.

Hmm..agak-agak korangla.. Malaysia berjaya ke menewaskan China esok? Hanya mengharapkan keajaiban jela untuk ari esok. Tungguuu...

Majulah Sukan untuk Negara

Wednesday, May 12, 2010

Piala Thomas & Piala Uber

godek2 kat mohamadazhan

Piala Thomas & Piala Uber berlangsung dari 9hb - 16hb Mei 2010 di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Semalam, tengok gitu-gitu je Piala Thomas dan Piala Uber.Badminton Wanita,Malaysia telah tewas kepada China untuk Piala Uber. Malaysia 0 China 5.Badminton Lelaki pula, Malaysia telah ditewaskan oleh Jepun 3-2. Ni untuk Kumpulan B, tapi Malaysia masih boleh ke peringkat Suku Akhir. Ada plak kekecohan berlaku...mungkin kecewa sebab kalah kot..meh rujuk kat Berita Harian pasal beregu lelaki ni.....hehe

Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's Day

mother's google

Selamat Hari Ibu untuk Ibu, Maa, Mama, Mak, Mummy, Mum, Mother, Ummi dan apa saja yang anda panggil untuk orang yang melahirkan anda di dunia, menjaga anda mahupun mendidik anda menjadi seseorang yang bergelar manusia.

Kenangilah jasa-jasa dan kasih sayang yang dicurahkan oleh mereka untuk membesarkan kita semua, sementara mereka masih ada di sisi.

Pada mereka yang telah kehilangan satu-satunya orang yang disayangi ini, diharapakan tabah menghadapi hari-hari mendatang. Hargai insan yang menyanyi anda sementara mereka masih ada.

SELAMAT HARI IBU


dedikasi ini di tujukan untuk

Mak
(insan yang melahirkan dan membesarkanku)

Ibu
(Ibu mertua ku)

Kak Long dan Kak Ngah
(kakak-kakak iparku)

Makcik
(birasku)

juga untuk ibu-ibu sedunia...

Thursday, May 6, 2010

The Man Who Win Is The Man Who Thinks He Can

Winnner... Roger Federer

If You Think You Are Beaten, You Are,

If You Think You Dare, You Won't,
If Your Think To Win, But You Think You Can't,
It Is Almost Certain You Won't,

If You Think You'll Lose, You're Lost,
For Out Of The World We Find,
Success Begin With A Fellow's Will,
It's All In The State Of Mind,

If You Think You Are Out Of Classed, You Are,
You're Got To Think High To Rise,
You're Got To Be Sure Of Yourself Before,
You Can Even Win A Prize,

Life's a Battle Don't Always Go,
To The Stronger Or Faster Man,
But Sooner Or Later The Man Who Wins,
Is The Man Who Thinks He Can.

-Anonymous-

Learn from Abraham Lincoln

Abraham Lincoln(1809-1865)
Let the hard facts in the life story of Abraham Lincoln(1809-1865) inspire you. All failures can be friendly guide. Post that lead to the summit of success.


Age
Failure & Success of Abraham Lincoln
22
Failure at business
23
Failure at Election to Legislature
24
Failure at business again
26
Death of sweetheart
27
Nervous breakdown
29
Failure at Election for Speaker
34
Failure at Election for Congress
39
Failure at Election for Congress
46
Failure at Election for the Senate
47
Failure at Election for the Vise President
49
Failure at Election for the Senate
51
Success at Election as the 16th President of the USA


Wednesday, May 5, 2010

Hepi Besday My Lovely

macam mat bunga je..sowii..last minutenye keje ni...

Hepi Besday tuk Suami Tersayang...

05.05.2010

MUHAMMAD FAIZAL BIN RASOL

yang ke

29 tahun
(tua dah ni...)

Moga di panjangkan umur,
Rezeki bertambah
(bukan tambah cawangan ek..ngeh3 :P)

dan
Kita sekeluarga hidup aman bahagia hingga akhir hayat.
Amin.