Friday, May 21, 2010

Agar Tidur Lebih Lena

baby google sleeping


tips or info ni dari TESCO tau. Meh kita kongsi bersama..khas untuk anak2 kecil (baby le tu..ngeh3)

Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh diambil bagi memastikan bayi/anak2 anda mendapat tidur yang lena. Cubalah petua-petua mudah ini, agar membantu si manja anda tidur dengan gangguan yang minima serta tidur lena sepanjang malam.


Segalanya bermula dengan rutin
Lakukan rutin waktu tidur bermula dengan mandian, bacaan buku cerita, menyusu dan kemudian tidur sejak dari awal kelahiran lagi. Ia sememangya bermanfaat untuk masa yang akan datang.

Penyusuan di waktu siang
Sasarkan untuk menyusukan bayi anda di waktu siang, supaya dia tidak tersedar di waktu malam.

Patuhi rutin waktu siang
Sekiranya bayi anda selalu memerlukan buaian, dakapan dan belaian sebelum tidur, sudah tentu dia juga memerlukan anda apabila terbangun di waktu malam. Bagi membantu bayi anda, letakkannya di atas katil semasa dia mula merasa mengantuk. Lakukan 15 minit sebelum waktu tidurnya.

Jangan ganggu bayi anda
Jangan wujudkan sebarang gangguan setelah anda meletakkan si manja di tempat tidurnya.

Biarkan si manja anda tidur semula
Jika terdengar suara bayi anda tersedar dari tidurnya, berilah peluang kepadanya untuk cuba tidur semula. Sekiranya bayi anda mula menangis, usap dahinya (keningnya pun ok gak) perlahan-lahan dan jangan bercakap dengannya. Cukup sekadar memujuknya dengan berkata "Shhhh... " dan tukar lampinnya jika perlu.

Kawal pencahayaan di bilik tidur
Pastikan bilik si manja dilengkapi dengan lapisan fabrik gelap di sebalik langsir agar tidurnya tidak terganggu dengan cahaya matahari yang terik di waktu pagi.

Perkenalkan selimut tebal kepada si manja anda
Cuba gunakan selimut tebal sebagai objek gantian bagi memastikan si manja berasa selamat sewaktu anda tidak bersamanya. Boleh juga mencuba alternatif lain seperti mainan lembut (pastikan ia selamat untuk bayi anda), kain muslin atau selimut bayi.

Gunakan elemen muzik
Mainkan lagu yang bersesuaian untuk mendodoikan bayi anda. Ia juga berguna apabila bayi anda tersedar di waktu malam

Jangan lupakan diri anda juga!
Sekiranya anda tidak boleh tidur, letakkan aromaterapi lavender di bawah bantal atau pastikan anda mengambil snek yang mengandungi pisang atau kepingan ayam belanda; ia mengandungi tryptophan yang bermanfaat dalam meningkatkan tahap serotonin serta membantu melenakan anda.

3 comments:

  1. alahai kema cam tkleh ikut jer kaedah2 dier tue.. aku main carca marba jer nk yidokan anak..heheh..:)

    ReplyDelete
  2. blogclimbing=)climb mine back~tq
    nice post anwy..

    ReplyDelete
  3. aku pun belasah gak..tapi ade gak yg aku cuba2 ikut..ada masa jadi..ada masa..tak juga..apa2 kena jadikan sebagai rutin. baru bole kot..haha :P

    me kasih cik jedalerihati..nnt sy climb blog awak plak ek..hehe

    ReplyDelete