Monday, October 18, 2010

Al-Fatihah untuk Arwah Ewe

Salam buat semua. Al-Fatihah buat arwah Ewe @ PakWe Ani @ Norani bin Nong Teh (bapa saudara Cik Kema). Ewe adalah abang kepada Mak, baru saje meninggalkan dunia pada pagi Sabtu lalu 16 Okt 2010 bersamaan 08 Zulkaedah 1431. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 7 orang anak yang merupakan sepupu2ku.


Tak sangka, raya yang lalu merupakan raya terakhir dengan keluarga arwah. Kebetulan pula, Cik Kema dan keluarga menumpang kasih pada raya lalu kerana mak beraya di Mekah. Ada lagi kebetulan, arwah baru saja menyambut ulangtahun kelahiran isteri tercinta pada Jumaat 15 Okt 2010 dan ini merupakan ulangtahun terakhir bersama. Tarikh ini pasti menjadi tarikh keramat dan ingatan yang takkan dilupakan.
grandpa n cucu2
Semua tidak menyangka pemergian arwah, kerana arwah cuma sakit2 badan pada malamnya. Arwah dibawa ke hospital, Jengka Pusat dan menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan isteri tercinta. Agak terkilan, anak sulung arwah tidak sempat menatap wajah arwah dan mencium arwah buat kali terakhir. Segala yang berlaku adalah ketentuanNya. 


Alhamdulillah, segala urusan untuk pengkebumian arwah berjalan lancar.Semua yang menguruskan adalah anak menantu arwah, sepupu2 arwah dan sanak saudara juga tak lupa juga orang2 masjid dan orang2 kg. 


Semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.

No comments:

Post a Comment