Thursday, December 20, 2012

Pantai Timur...Kami datang

Assalammualaikum...hehe orang dok nengok cite Istanbul Aku Datang, CiKema xdo pulak nak tengok. Maybe tunggu kuar kat tv je nanti. Sabar je dulu...nanti boleh je nengok yang free.

Esok, Insya Allah CiKema ngan famili akan bercuti ke Pantai Timur. Kami akan bergerak ke Kuantan untuk wedding ari Ahad ni, then ke Kuala Terengganu sehari dua kemudian ke Kota Bharu,Kelantan pula. Barang semua dah packing, tunggu en.Pejal je balik keje ni.

Gi umah mak dulu kat Bukit Beruntung, ambil anak-anak si Kakak dan Abang yang CiKema post hantar 2 minggu lepas untuk temankan nenek diorang yang kesorangan kat umah. Masa yang paling lama berpisah dengan diorang gak ni. Cuti sekolah lagipun, kira kategori balik kampung dan berkawan dengan kawan-kawan selain kawan-kawan kat Puchong ni. Belajar bersosial skit...hehe

Hajat di hati nak cuti-cuti Malaysia. Ingat nak pergi melawat tempat-tempat menarik kat area Pantai Timur sana tu. Nak gi semua Muzium yang ada. Gila muzium en.Pejal ku ni..minat Sejarah sangat. Anak-anak harap tak muak la yer. Layannnzz ayah korang tu nanti. Di samping tu harap-harap dapatlah membeli belah juga.

Nak terjah juga ke Sekolahku di Kelate tu nanti. Kebetulan, en.Pejal pun tak pernah jejak ke Kelantan tu...so bolehlah gi round Siti situ sana sini. Make keropok la sepanjang kat sana tu nanti. Nasib baiklah anak-anak semua memang suka sangat keropok. Yesss..boleh makan sampai lebammm...

Musim hujan lo ni...tapi harap semua berjalan lancar kat sana nanti. Doakan kami selamat sepanjang perjalanan. Aamiin...

Oh..Pantai Timur...Kami Datang...

Meh2 Daftar Churp2

Wednesday, December 19, 2012

Rambut banyak gugur

Assalammualaikum...Alhamdulillah kalau ada yang sudi jawap salam tu..hehe.

Hari ni nak bercerita pasal rambut gugur. Ya, Allah...tak tau nak cakap apa. Kalau diikutkan hati ade rase gusar dan risau gak bila tiap kali buka ikatan rambut....tu diaa...manyaaakk sangat rambut yang sangkut. tu belum sauk ngan tangan...apatah lagi kalau sikat rambut. Hai...dah kompem2lah akan jadi macam pic kat bawah ni...bannnyaaakkk kan..kan...

Pic dari SINI
Sejak Farihah 3 bulan sampai la ni 5 bulan dah...hari-hari rambut gugur tak hingat. Biasanya CiKema takkan sikat rambut pasal cam trauma n nak ke ala-ala histeria juga bila tengok rambut sendiri yang banyak nooo gugur... So, CiKema akan buat tak tau je. Kalau tanggal ikatan rambut tu...cepat-cepat buang or simpan rambut yang gugur tu.

Suami CiKema, en. Pejal plak suka la dia menegur...sian bini aku ni...dah nampak kulit kepala laaa..dah nak botak laa. Hishhh...dari orang tak mo pikir..boleh jadi terpikir jugalah pasal rambut ni. Sabo ajelah...

Jadi dok godek-godek terjumpalah pasal isu rambut gugur ni kat Pa&Ma. Memang sangat membantu info kat situ. Selain tu ade juga jumpa tentang punca rambut gugur dan juga tips untuk mengurangkan keguguran rambut ni. Terima kasihlah...semua tu amat-amat membantu CiKema yang kadang-kadang naik gile pressure bila fikir pasal rambut.

Takut sangat kepala botak...nanti dah xcantik...teettt..hehehe....alaaa...bukannya tak pakai tudung pun, orang tak nampak punnn nyee kan..kan...saje nak kasi hati sedap... Almaklumlah..rambut tu kan mahkota..mau naik gile meroyan kalau botak dah..xde rambut huhuhu.

Isu rambut ni dah biasa bagi CiKema atau mungkin juga pada ibu-ibu yang lain. Tambah-tambah orang yang beranak kecil yang umur baby barunya pun blom sampai setahun. Anak-anak CiKema pun bukannya sorang tapi dah 4 orang...Memang dah biasa alami masalah ni. Cuma banyak dengan tak je.

CiKema ni pun bole tahan selalu skip makan. Bukan rambut je gugur...tenaga pun macam nak gugur gak. Memang kena makan banyak kalau menyusukan anak. Kalau tidak...ibunya pengsan...anak pun sakit perut kelaparan...kesian-kesian.

Okey...semoga hormon dalam badan CiKema ni cepat kembali normal hendaknya. Tak ada lagi masalah rambut gugur dah...so takdelah nanti Farihah nak explore meniarap merangkak dok tersangkut terperangkap ngan rambut ibu je kan..hehehe

❤ Sape nak kongsi cite pasal masalah ni? Sila-silakanlah...mana tau ade tips tu...nanti kongsilahkan sekali. 

Terima kasih sudi ke sini
Nanti jangan lupa mai lagi

campaign image

Tuesday, December 18, 2012

Petua Untuk Mudah Bangun Subuh...

Assalammualaikum...

Saje nak masukkan dalam blog ni. Panduan untuk diri sendiri yang kadang kala kantoi gak bangun subuh. Harap dapat dijadikan panduan untuk anak-anakku nanti.
Petua Untuk Mudah Bangun Subuh... :)
• Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
• Ambil wuduk sebelum tidur.
• Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
• Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
• Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
• Maafkan semua orang sebelum tidur.
• Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
• Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.

~ Ustaz Don Daniyal

Selain dari petua dia atas ni, apa agaknya lagi petua yang korang ada? Kalau sudi..kongsikanlah bersama yer...Thanks in advance :)

❤Semoga Allah menjadikanku serta keturunanku hambaMu yang sentiasa mendirikan solat. Aamiin❤

Monday, December 17, 2012

Petanda 100 Hari Sebelum Kematian

Assalamualaikum...
Ini sekadar PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI.
Petanda 100 Hari sebelum kematian... 
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung ra
mbut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”

Artikel ni CiKema ambil kat FB Tanyalah Ustaz

❤ Kadang-kadang dok leka dengan duniawi, eloklah dalam sehari sekali tu kita ingat tentang mati. Memang lumrah manusia lalai dan terlupa. Maka, kenalah diperingatkan selalu. Semoga hidup dan mati kita dalam iman. Aaamiin..

Sunday, December 16, 2012

DIY Penguin

Assalammualaikum...

Tiba-tiba tengok one of my friend punya fb publish pic penguin yang sangat cute. Terasa macam nak cuba je. Nanti boleh buat aktiviti bersama anak-anak. Jadi, tak mo lupa or tak tau nak cari kat mana pulak kang... CiKema letak dalam n3 ni. Sok2 nak try boleh godek2 balik...hehe

Pic dari Muslim Kid Genius
Bahan-bahannye cuma guna botol air 2L tu, cat atau warna air pelbagai warna, gam dan juga beberapa aksesori yang boleh dibuat sendiri untuk menghiasi penguin comel tu. Semua boleh tengok seperti dalam gambar di atas. Gambar bawah ni pun simple juga kan...

Pic dari SINI
Macam senang je. Tak sure gak selagi tak buat sendiri kan. Nanti dah buat baru tau susah senangnye..hehe... Ok...dah boleh dijadikan perhiasan di bilik anak-anak nanti. Sambil2 tu boleh develop kreativiti anak-anak sama kan. Suka-suka... :) 

Saturday, December 15, 2012

Harimau Malaya kecundang

Assalamualaikum...semuaaa...

Ibu: Selamanyaaa... Harimau Melaya....
Firzanah: Oh...Selamat Hari Raya

Eh..tetiba pulak dia...bila ibu nyanyi sekali lagi..memang betullah...Firzanah akan nyanyi selamat hari raya. Agaknye tu je yang dia pandai sebut. Belasah ajelah kan...rasanya sesuai lagi ajar anak tentang raya...dari hok laro-laro ajaaa...tetttt... :P

culik dari SINI
Ni semua kes bola semalam tulaaa... Kalah juga Harimau Melaya dipijak dek Gajah Putih..aduh..penyek sudah... 2-0 ...kosong..kosong..oooo...so aggreget jadi 3-1. Hmmm...sedey laaa..tak dapat lawan Singa auuummm...gitu. Aik..macam berjanji pulak...dolu final Malaysia vs Indon...la ni 2 dua xdapat jumpa di final AFF Suzuki 2012.

Semua orang dok marahkan pengadil tak fair n lovely lah...tuan rumah kasi padang cam sawah lah...tapi sedar tak sedarlah kan...kite tak perasan pun kesalahan sendiri. tapi lagi sekali...tak masuk si Fadhli yang kena kad merah tetiba tu yer...tu memang pengadil tidak adil...ini tidak adil...ini tidak adil...bagimu... ha..yang tu memang bikin panas. nampak le juga dia mengeluarkan perkataan yang tak elok pada pengadil tu. sib pengadil k-pop tu tak paham kan...kalau tak haruan je..huhu

Sape punya keje ni?
Back to cerita...kalau Malaysia dah memang terror, kenapa kat tempat sendiri hanya dapat sumbat 1 gol je? Nape aritu xsumbat bergol-gol...xdelah korang marah-marah tak tentu pasal pada warga Thai. Tak pasal-pasal nak boikot segala produk Thai. Akekeke... Ni, kat Thai tu jugalah nak try buat macam-macam. Udahle sana banyak bomoh Siam...dah tentulah tokleh nak lawan. huhuhu

CiKema tak bole nak boikot...Bab makan tak boleh tahanaa...wowoo...semua makanan Thai sdap kot. Tom Yam...Som Tam.. Nasi Goreng Pataya...hehehe...Walaubagaimanapun makanan Malaysia tetap dihati. kan..kan..

Biasalah bola ni...memang adatle... hari ni menang sok pula kalah cengitu lah seterusnya. Kalau nak menang selalu, kenalah rajin berusaha lagi. Korang macam mana plak semalam? Ape cite yer?

❤ Oklah...nak layan Running Man plak...oppss...jangan marah...lariikkkkk...hehehe 



Friday, December 14, 2012

TAKASIMA Livia isofa

Assalamualaikum...

Dah tengok iklan TAKASIMA Livia isofa ni? Kalau blom..dinasihatkan tengok...kelakar tau...tak caya sila tengok yer...hehe



Amacam? Mesti terasa nak membelinya ye dak..dak dik dok...di dalam dada...eh layan dangdut le plak. Mau taknye... Badan boleh jadi langsing tiba2 kannn...habislah segala produk kecantikkan yang ado kat pasaran...menangis semua yang tengok...tak gitu? Apa merapu tuuu...

Ting tong sudah masuk air gamaknya. Apa yang penting? Iklan tu sangat comel kan...kan...Ok nampak macam membawa mesej soh para suami menghadiahkan kerusi itu bagi me'maintain'kan kelangsingan isteri. Jadi masalah badan naik tiada lagi...Isu gemuk pun tiada...lihat pinggangku...ramping kan...kan..

Ok..sila pilih warna kegemaran. CiKema cop kaler Kuning tu. Berangan ala-ala permaisuri raja...dreaming is free right? Jadi..mimpikan yang indah-indah...hahaha..

Macam2 kaler ado...Merah, Kuning, Biru, Kelabu...mana satu pilihan kalbu?
Back to serius... Dari apa yang CiKema perasan, Livia isofa brand TAKASIMA ni nampak sangat menarik tak macam kerusi urut yang biasa kita tengok tu. Biasanya warna-warna dia macam hitam atau putih je kan. Lepas tu material dia daripada kulit. Kali ni tengok nampak lagi comfort je. Lagi menarik...tertarik..ko memang deboommm...kan..kan..tergoda i...en. Pejal sila belikan 1 yer...akekeke

Nampak lebih santai...barulah syiok bila balik keje tu...sambil badan kita diurut...boleh gak jadi tempat untuk beristirehat. Dalam masa yang sama badan yang demok or gempal tu boleh dilangsingkan sekali...dah tak payah susah nak gi gym kot...eh! tu tak sure sebenarnya...nak tau kena cuba beli dulu...Beli pun nak cuba gak ke? Hehehe..

Special Features
  • Pelvic Corrective Exercises
  • Relaxation
  • Buttocks Firming & Waist Trimming
  • Body Sculpting
  • Stretching Exercise
  • Lifestyle Furniture
Maklumat lanjut boleh terjah kat TAKASIMA Livia isofa jenama No. 1 di Jepun. Di Malaysia ni...jenama apa yang no. 1 yer? Semua layan kot...apa2 pun boleh janji berkualiti dan berpatutan..Apa kata anda?

CiKema xpernah beli kusi urut2 ni. Stakat cuba kat umah sedara mara adelah. hehehe

Thursday, December 13, 2012

Sunyi Sepi tanpa komenMu

Assalammualaikum...

Lama sudah ku menyepi
Mencari idea tak kunjung tiba
Buka blog tapi xde entry
Macam mana orang nak komen daaa

Akekeke...saje cuba berbalas pantun ngan korang gitu. Entahle nape, selalu gak CiKema buka blog ni...tapi bila time nak buat entry je..idea tu mesti menghilang...walhal..sebelum tu meluap2 je rasa nak kabor kat semua orang yang ah kak ni haa...nak bercerite macam2...nak mengayat korang sampai caiyak...nak merapu meraban...nak cari pasal... tak termasuk mengumpat or mengeji yer...

Memang...macam-macam ado je raso yang den nak luahkan....tapi sayangggg...idea den..ilek...tetiba je otak jadi kram...tetiba je..terlayan BW...terlayan FB...terlayan cerita itu ini di blog sensasi...maka xjadilah entryku di sini..xdolah BE/ME...huhu...sop..sop...sedey konun...

Kosong..kosong..ooo

Hai...memang macam air Najwa Latif dah jadinye...air ape? Kosong...kosong..ooo... xde sape nak komen. Xde n3...maka tiadalah komen. Kini daku Sunyi Sepi tanpa KomenMu. Apo nak buek yooo? Ce cite...

Wednesday, December 5, 2012

Kunci Kebahagiaan

Assalamualaikum...lama xupdate. Banyak sangat nak buat sampai satu pun xterbuat..hehe
Apa2 pun CiKema nak share tips atau kunci Kebahagian ni



Macam mana? Okey tak... Marilah kita sama2 lakukan apa yang terbaik untuk kebahagian bersama.

♥Ya Allah, kurniakanlah Kebahagian kepada kami sekeluarga, kepada sahabat2 kami, kepada saudara kaum kerabat kami, kepada kaum muslim dan muslimat semua. Semoga hidup dan mati kami hanya padaMu Ya Allah. Aamiin.♥

Sunday, November 18, 2012

Nadiya Nisaa si Ain Hawani

Hari ni CiKema jadi stalker..nak jadi penyiasat tok leh inikan pula CSI ejen.jadi stalker jela kejenye yek. Bermula ngan fb Yantie Sayang (xskolmate en.Pejal) sampai le ke mak Nadiyatul Nisaa' iaitu  Norma Norris Moc.

Ha nilah hasil kidnap'an CiKema.

Nadiya Nisaa ngan mak serta adik beradiknya

ni masa wedding dia

mengandung baru nampak besar skit

ni dah kecik balik

Nisaa dan anaknya Omar...ni dalam MW kot

Semua pic di atas di ambil dari Norma Norris Moc. Jangan marah ye maknye. Suka betul CiKema nengok keluarga bahagia Nadiyatul Nisaa' atau si Ain ni. Semoga berbahagia selalu.

sepupu dia rupanya
merisik ring

Dua gambar di atas ni pula CiKema kidnap kat Yantie Sayang. Ni masa merisik si akaknye Nadiyatul Nisaa'. Adik kawin dulu dari akak, maklumlah orang cantik kan...tu yang takut lari kenalah dimiliki cepat-cepat. Langkah bendul pun xpe. Untung kakak dia...dapat cincin banyak. Hehe

Ni semua gara-gara Adam dan Hawa. Tak memasal je sibuk hal orang. Adeh...



Monday, November 12, 2012

Rahsia Perangai Anak

Bercerita pasal anak-anak pula. Nak tengok perangai masing-masing. Boleh dijadikan panduan mengenali mereka nanti.

ambil dari SINI

Anak Sulung

Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
-anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
-sering berjaya dalam hidup.
-lebih pandai mengambil hati orang tua.
-mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

Anak Tengah

Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga terasa terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

-lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
-lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
-suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
-sering merasakan diri mereka terpinggir.
-terlalu mengalah

Anak Bongsu

Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
-happy go-lucky dan yakin diri.
-manja.
-berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
-sukar membuat keputusan sendiri.

Anak Tunggal

Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

-sering merasakan diri mereka kesunyian.
-lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
-lebih bijak bergaul.
-lebih cepat matang.
-terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
-sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

p/s : Berikut ini disenaraikan ciri-ciri atau perangai-perangai seseorang mengikut kiraan bilangan anak dalam jumlah adik beradik. Sama adanya ianya tepat atau pun tidak, anda nilailah sendiri. Yang pasti, semua ini ditulis berdasarkan cerita-cerita orang tua, dan pengalaman-pengalaman orang lama. Ini adalah rahsia orang dulu-dulu dalam mengenali watak anak.

Sumber: Adam dan Hawa

Doa Nabi Ibrahim a.s (Surah Shaffat: Ayat 100)


Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!




Sunday, November 11, 2012

1 minit ingat Allah

1 minit ingat ALLAH. Macam mana caranya? Marilah kite ikut dan cuba

* Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LA I LAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LA ILAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHI WA SAHBIH AJMA'EEN

* Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

* Langkah 3:
* Forward / share ini kepada orang yang anda kasihi.

* Hasil 1:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat.

Sumber: Islam Itu Indah

Share2lah sesama kita. Insya Allah adelah saham untuk akhirat nanti :)