Baru je abis membaca novel Mengintai Cinta Khalifah tulisan A. Ubaidillah Alias aka Ustaz Cinta. Tak sangka ingatkan sekadar novel rekaan semata2 je..tapi dalam masa yang sama sempat juga Ustaz Cinta menyelit dan mempromosikan blognye. hehe
Mula2 baca novel ni, memang agak berat penceritaannye...novel ni cerita seorang remaja mencari erti sebuah legasi demi memimpin cintanya menuju syurgawi. Bila membaca novel ni kita turut juga termotivasi diri, dalam masa yang sama menilai kecintaan kita pada Ilahi. Betapa kita terlalu mengejar kecintaan dunia hingga terlena dek pelbagai elemen yang kebetulan terjadi di dunia yang nyata ini.
Fuhhh!!! takut gak bile diceritakan mengenai organisasi Freemason dan kumpulan Illuminati. Tambahan juga diceritakan sekali mengenai elemen yang bermotifkan diversi iaitu sex, song, smoke, screen and sport.
Diversi ialah mengalihkan perhatian umum daripada fokus terhadap perkara prioriti. Diversi ini dilakukan untuk membuang rasa tanggungjawab dan obligasi dalam jiwa setiap individu. Agar terpenuh dalam mindanya adalah populariti artis, fesyen, trend, hiburan, fantasi dan mimpi-mimpi duniawi.
Menariknya novel ni turut dimuatkan tauladan dan sunnah nabi antaranya seperti petikan ini...
"Nabi tidak pernah memarahi isterinya dalam soal keduniaan. Sebarang urusan makan minum, menjahit pakaian dan mengemas rumah semuanya diuruskan oleh nabi sendiri. Malah dia tidak pernah menyuruh isterinya membuat kerja untuknya. Sebaliknya dia akan sama-sama membantu isterinya membuat kerja. Nabi adalah seorang yang optimis dan mudah bekerjasama."
"Sebaik-baik manusia yang paling baik terhadap isteri dan anak-anaknya, dan akulah manusia yang terbaik di kalangan kamu." Hadis ini menyeru supaya kita menirusikap nabi yang penyabar dan tahu mengawal emosi.
Memang padat dengan ilmu agama. Kalau baca novel ni mesti membuatkan korang ingin belajar lebih mendalam lagi tentang kecintaan mengikut cara yang sebenarnya. Cara Islam...betapa indahnya cinta agama itu...Islam itu indah...apabila kita mencintai ilmu Islam itu sendiri.... Insya Allah, Allah akan membuka seluas-luasnya kasih sayangnya pada kita. Waalhualam...
Pasni rasa-rasa ada orang nak buat filem x novel..
ReplyDeletebetul tu kalau cerita best mcm ni di adaptasikan jadi filem mesti best kan.. mcm ombak rindu gitew..
ReplyDeleteKalau buat filem pun best ni.. ;)
ReplyDeleteHa ah kan..tapi rasenye lambat lagi kot..kna tunggu peram lama2 baru leh jadi filem..hehe
ReplyDeleteTerima kasih puan Akmar sebab sudi baca dan komen. :) Doakan akan terhasil sesuatu dari novel ini. :D
ReplyDeleteInsya Allah... kalau ade rezeki tak ke mana. :)
Delete