Wednesday, October 31, 2012

Bila Lelaki Beri Hadiah Pada Perempuan | Apa Maksudnya


❤ Setiap Pemberian atau Hadiah tu Ada Maksud yang tersirat dan tersurat. Aiikkk...macam buat surat le plak kan. Jika si Lelaki beri sesuatu pada Perempuan memang ade maksud tertentu. Semua tu boleh ditafsirkan seperti cam kat bawah ni. Jom tengok, BETUL ke BOHONG ❤

✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu ツ
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi ツ
Cantik kan...amik kat liveitlively.blogspot.com
✔ GELANG → Tanda mesra ツ
✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian ツ
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan ツ
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin ツ
✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu ツ
✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi ツ
Colorful tul payung ni...kipnap dari unguisme.blogspot.com
✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta ツ
✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan ツ
✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur ツ
✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang ツ
✔ COKLAT → Semanis cintamu ツ
Cantiknye Coklat dari adaape.blogspot.com
✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan ツ
✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat ツ



wah cantiknye hantaran Sejadah + Al-Quran kat  i-made-my-cuppies.blogspot.com
✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup) ツ

#Tetapi hadiah yang paling di nanti-nantikan oleh setiap perempuan adalah...
❤ MASUK MEMINANG → Tandanya dia serius dan betul-betul ikhlas mencintai kamu ...

Banyak2 hadiah..hadiah mana yang korang suka sangat2? Bagi CiKema anak-anak dan keluarga bahagia adalah hadiah yang paling bermakna dan tak ternilai harganya. Semoga Allah sentiasa memberkati keluarga kami dengan cahaya keimanan dan ketaqwaan. Aamiin

Wednesday, October 24, 2012

Baskin Robbins Flavor Election

campaign image
klik je utk UNDI

Dah undi blom? Aiskrim mana pilihan di hati? 
5 Calon, 5 Janji tapi sorang je pemenangnyer.

biasanya klau masa pilihanraya korang biasa dengar 
UNDI adalah RAHSIA
tapi tiada rahsia antara kita bagi CK. Hehe
So CK vote utk Hanis Zulaika

Vote tau
CK pun suka aiskrim coklat. Anak2 pun suka.
Jangan tunggu lagi... 
Janji2 mereka pun kenalah ditepati
tak gitu???

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

Mula-mula sekali nak kreditkan info yang ingin dikongsikan ini pada Cerita Ita. CiKema ambil dari Cerita Ita agar dapat dijadikan panduan buat CiKema suami isteri dalam menjadi Ayah Ibu yang baik agar dapat mendidik anak-anak kami supaya menjadi insan yang mulia dan  berakhlak tinggi. Insya Allah.


Maka...untuk itu, kesilapan-kesilapan seperti yang dinyatakan seperti di bawah perlulah dielakkan.

1. Kesilapan pertama: 

Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


2. Kesilapan kedua: 

Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.


3. Kesilapan ketiga: 

Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: 


Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.


5. Kesilapan kelima: 

Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.


6. Kesilapan keenam: 
pic dari  SINI


Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: 

Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: 


Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: 


Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: 


Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: 


Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: 


Bertengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: 


Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: 


Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: 


Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)



Semoga adenye info ini, dapat mengelakkan kita dari melakukan kesilapan2 di atas. 

♥ Semoga CiKema dan En. Pejal jadi Ayah Ibu yang dapat mendidik zuriat keturunan kami mengikut sunnah Rasulullah agar anak2 dan keturunan kami menjadi hamba Allah yang soleh/solehah. Aamiin ♥

Tuesday, October 23, 2012

Belajar Animate

Baru belajar buat gambar animate ni. Macam gerak2lah kan. CiKema guna photoscape je. 
Kena buat banyak-banyak gambar tu.

Buat ♥ 3 ketul then taip text pas 2 Save as pic 1

pas tu tukar ♥ n tukar text then Save as pic 2

tukar2 tempat ♥ n text lain plak pastu Save as pic 3

bila digabungkan semuanya guna photoscape tu then setting masa skali nak buat berapa saat untuk tukar2 gambar tu. hasilnya cenginilah

tada
.
.
.
macam biasa pic Firzanah jadi bahan ujikaji
Okey tak? Hehe...for beginner cam CiKema memang suka sangatlah. Baru pertama kali  buat past tu jadi plak. Gumbira cam nakmelompat bintang tau...Wiiiiieee...Akeke

Ha..nanti jangan lupa Follow Mollow CiKema yer...
Sekian... :)




Monday, October 22, 2012

Didiklah Anak Ikut Sunnah Rasulullah


Sumber: Ustaz Don Daniyal

Untuk dijadikan panduan agar dapat mendidik anak-anak menjadi insan yang mulia di dunia dan akhirat. Insya Allah. 

♥ Ya, Allah jadikanlah anak-ankku serta zuriat keturunanku insan yang mulia dan mendirikan solat. Aamiin 



Sunday, October 21, 2012

Santapan Rohani

Setiap hari kita memerlukan makanan untuk membina tenaga agar dapat melakukan kerja. Makanan yang baik menghasilkan tubuh badan yang baik dan sihat. Maka untuk menjadi seorang insan yang baik kita bukan lah tertumpu dari segi fizikal sahaja, malah rohani juga perlu diberi perhatian.

Pagi ni dah sarapan? Meh cuba



Sumber: Ustaz Don Daniyal

Ingat Menu kat Restoran je perlu sedap2... Menu untuk Santapan Rohani pun kenalah hebat-hebat dan terbaik juga. Selamat Beramal :)


Saturday, October 20, 2012

Antara Am dan Johan


Korang suka sape? Yang mana satu pilihan kelambu kalbu?

Amik pic ni kat FB Adam dan Hawa
Skang memang jadi sebutan jejaka or hero Melaya dua orang ni. Al-maklumlah Adam dan Hawa punya penangan. Setiap malam tak sabar menonton kan.

Kakak: Ibu suka Adam ke lelaki tu? (Johan)
Ibu: Ibu suka Johanlah (saje nak usik)
Kakak: Alaaa....ibu ni (frust le tu pasal xsama..akeke)
Ibu: Nape? Akak suka Adam kan..
Kakak: Ha ah

Dah memang heronya si Adam. Kompemlah minat Adam kan. Hehe...Kalau ikut paras rupa, si Johan tu putih dan hensem lebih dari Am lah. Dah Aaron Aziz tu best actor...ramailah orang yang suka dia kan..kan..kan..Norman Hakim pun boleh tahan...klau tak takkan Mimie tu nak..hehe

Rupa paras n kehenseman tu kan berbeza-beza pada setiap orang. Sangat subjektif. En. Pejal cakap dia suka Aaron Aziz pasal muka dia nampak bersih. Dia akui yang Aaron Aziz ni biasa2 je dan tak hensem mana pun berbanding En. Pejal sendiri ler kan..(akekeke...xbaik gelakkan orang le) tapi muka AA tu nampak ikhlas.  Maka bila dah ikhlas tu nampak kejujuran dan pastilah menyerlahkan lagi kehenseman. gitulah katenye..

Korang pula cam ne?

Rumah dengan roh Masjid



Sumber: Ustaz Don Daniyal

Walaupun jarang2 ke masjid tapi tak salah klau  kita menghidupkan suasana masjid tu di rumah kita. Semoga Allah memberkati seluruh keluarga dan keturunan kita agar sentiasa mendirikan 'masjid' di mana jua kita berada. Insya Allah. Aamiin.



Friday, October 19, 2012

Sedaaapnye Batang Buruk Cik Siti Aja


Order..order..sape mau beli kuih batang buruk Cik Siti Aja ni.

Embedded image permalink
RM10 je sebalang
Bukan je boleh dijadikan kuih untuk raya nanti...tapi boleh juga dijadikan snek time menonton movie. Memang sedap tau... CiKema dah beli dan dapat2 je..tak sampai sehari dah habis. Berebut-rebut memasing anak-beranak melantak kuih batang buruk ni.

Nanti sape2 yang nak order, boleh bagitau CiKema kat no ni
012-2642259
free delivery kat Lembah Klang (Klang Valley)

boleh gak kalau nak tweet sendiri ngan tuan empunya diri

Cepat2lah order yer...nanti takut kempunan pulak bila tak dapat rase..hehe

Doa Perbaiki Diri

Biasanya kite memang tak sedar/sengaja buat kesilapan. Memang itu adalah lumrah hidup manusia, tapi kita bole berdoa Memohon agar Allah memperbaiki diri kita setiap masaseperti d oa di bawah ni:



Sumber: Ustaz Don Daniyal

Allah sangat suka pada hambanya yang sentiasa merendah diri memohon apa sahaja dariNya
Sememang itulah tugas kita dan kewujudan kita di alam fana ini hanya menjadi hambaNya yang soleh, beriman dan bertqwa padaNya.

Semoga hidup dan mati kita hanya kerna Allah. Aamiin



Thursday, October 18, 2012

Thanks Bosses Ayah :)

Bismillah hirrahman nirahim dan Assalammualaikum buat semua.

Ni patutnya dah lama cite. Sorilah lambat pula berterima kasih pada bos-bos ayah. Hadiah dah dapat tapi tak sempat le pulak nak say thank you. Maybe Ayah dah say thank you...

Mr.Tan siap ambil utk bagi pada Ayah
Farihah suka tido kat sini
Sempena kelahiran Aqmar Farihah, bos-bos Ayah ade berikan hadiah. Cantik playmat Singa with bantal Bee tu. Farihah sangat suka terutamanya Sun yang sentiasa tersenyum tu. Buat Farihah senyum jika tiada siapa yang nak layan dia.
Ayah's Bosses
Anak-anak ibu nak say  something to Ayah's Bosses ke?

Ada Ibu. Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Bos pada semua bos-bos Ayah dengan ucapan

17 Oktober

Kakak: Semoga Bos Ayah semua be nice to Ayah (Aamiin)
Abang: Abang harap bos Ayah kasi bonus banyak2 sebab Ayah work hard everyday (Aamiin)
Kak Firzanah: Semoga Ayah jadi bos macam bos2 Ayah (Aamiin)

Owh..ade gak hari untuk bos yer. Selalu untuk pekerja je kan. Anyway, Hepi Belated Bos Day untuk semua bos-bos di mana jua berada. Bekas majikan ibu pun, ibu nak wish juga. La...ni Ayah pula jadi bos ibu. Hehe



Saturday, October 13, 2012

Jom kite Gelak sat

Tak tau nak buat n3 apa ari ni...
Apa kata kita main 1 permainan
bergelak sebentar atau senyum sejenak, release tension~

i) Pilih bulan kelahiran anda:
... Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

** sambungkan tu..jadikan 1 ayat..
KONGSI-KONGSILAH JAWAPAN ANDA~
(JAWAPAN JUJUR BARU BEST) ~
p/s:buat slamber ja..x payah serius2....kita enjoy...


Wednesday, October 10, 2012

MCKK tu nickname untuk MC gay gay katenyaa...

Isk isk..tak taulah nak kate ape? Berlagak ke hape tah le... kenapa suka2 hati buat status cengitu. Mau mengamuk nanti orang-orang yang ada kena mengena ngan MCKK dan juga KSAH ni. Tak pasal2 je kan..kan..

klik utk tumbesaran


Add caption here



Alumni MCKK


Sumber: Wikipedia/MCKK

SAHC Crest
Alumni KSAH

Sumber : Wikipedia/KSAH

♥ CiKema tau 2 sekolah ni sekolah hebat. Tapi tak perlulah mengelar begitu begini antara satu sama lain ye dak...sabo ajelah...CiKema sekolah biasa2 aje..hehe 

Saturday, October 6, 2012

Carik-carik bulu Ayam, lama-lama...

TOGELLL jadinyaaa..akeke

Sumber gambar Maafkan saya kalau terkasar bahasa.
Jumpa pic ni kat FB, tergelak sat. Ni kes cari kutu ke...memang saje nak carik-carik bulu ayam tu sampai togel dibuatnya. Nak kesian kat ayam yang togel ke kat monyet yang dah penat cari-cari kutu...last skali geram sangat...mungkin terlampau banyak kutu agaknyeee..tu yang ngan bulu-bulu semua dia cabut. Akeke

Terhiburlah hendaknye... kurangkan stress kalau ade...:)